Monday, June 27, 2022

Pelancaran Lagu dan Video ‘Mudahnya Berzakat’ Kolaborasi Omar dan Hana Bersama PPZ-MAIWP-

Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan Omar dan Hana!!

2 karektor kartun Omar dan Hana, dua anak kecil yang comel dengan keletahnya, bijak dan suka bertanya, kini mendapat tempat di hati anak-anak sekali dan kini kartun animasi Omar dan Hana telah berkolaborasi bersama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan lagu yang bertajuk "Mudahnya Berzakat".


Jika selama ini Omar dan Hana cukup dikenali sebagai animasi yang menyajikan cerita dan lagu-lagu tauladan seperti cerita sahabat nabi, solat, puasa dan pelbagai lagi. Kali ini pihak Digital Durian telah berkerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP bukan sahaja menghasilkan lagu bahkan video digital "Mudahnya Berzakat". Satu inisiatif yang hebat bukan sahaja dapat menarik perhatian anak-anak kecil bahkan para ibu bapa juga tentang kewajipan berzakat.


Apatah lagi sekarang ini pihak PPZ-MAIWP sendiri menyediakan pelbagai saluran memudahkan masyarakat Malaysia untuk mengeluarkan zakat. Antaranya seperti melalui:-

10 Kaunter PPZ-MAIWP

Sepuluh kaunter yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan dan waktu operasinya adalah dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Manakala 8.15 pagi hinga 12.45 tengahari, hanya dibuka pada minggu 1 dan minggu 3 untuk dua hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.


Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)

Cara ini paling mudah, dimana bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Kita boleh daftar Skim PZB melalui laman web ptg.zakat.com.my. PPZ sendiri memang menggalakan masyarakat Islam membuat potongan berjadual melalui skim ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.zakat.com.my

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

Pembayar zakat boleh berurusan tanpa perlu ke mana-mana kaunter dengan cara membuat temujanji yang diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses pembayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan melalui myteujani.zakat.com.my

Perkhidmatan Door to Door

Ini merupakan perkhidmatan khas yang mana pembayar zakat ingin mendapat layanan secara esklusif, lebih personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter. Pembayar boleh menggunakan perkhidmatan Ride2U dan juga Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757. Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bayaran melalui portal rasmi

Ini terutama zakat harta boleh dibayar melalui portal rasmi zakat.com.my

Ejen Kutipan Zakat

Kita juga boleh mebayar melalui perbankan internet. Ada 15 bank yang boleh kita pilih. Ataupun melalui e-wallet samada Boost, Shopee dan GoPayz.

Aplikasi MyZakat

Kini lebih mudah dengan adanya aplikasi MyZakat. Pembayar boleh kira, bayar dan semak penyata zakat. Boleh muat turun MyZakat menerusi Google Play Store dan juga Apple Store.


Majlis Pelancaran Lagu ‘Mudahnya Berzakat’ Di Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju.


Kak liy bersama rakan-rakan lain berkesempatan untuk menyaksikan sendiri majlis pelancaran lagu ‘mudahnya berzakat’ bersama-sama team PPZ-MAIWP dan juga karektor Omar dan Hana itu sendiri dan di sertai jugak dengan karektor Ustaz Amin.



Pelbagai aktiviti menarik di sajikan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz mudah dan juga nyanyian bersama-sama kanak-kanak yang berkunjung ke roadshow ini.

Melalui pengenalan lagu "Mudahnya Berzakat" sememangnya dapat melahirkan generasi muda yang celik zakat dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan pada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf.

Sebenarnya berzakat tidak hanya untuk orang dewasa sahaja, bahkan kanak-kanak juga tidak terkecuali.



Cuma dalam kewajipan menunaikan zakat haruslah menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh ibubapa/penjaga kanak tersebut.

Untuk info lanjut sila ke www.ppz.com.my


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!