Saturday, May 28, 2022

REVIEW | 10DRS PROBIOTIC ACNE SERIES

Hi Korang,

Lama tak cerita pasal produk kan, so kali ni kak lily nak citer mengenai satu jenama yang tidak kurang hebatnya.

Pernah dengar tentang jenama 10Drs?


Jenama ni mengandungi pelbagai produk dari skincare hingga ke penjagaan badan harian seperti shower oil & lotion. Skincare 10Drs Probiotic Acne Series yang dirumus khas untuk membantu mengurangkan masalah kulit jerawat, warna kulit tidak sekata & liang pori tersumbat. Eventho kak lily ni dah berusia but still jerawat tetap memunculkan diri nak-nak lagi bila time masanya bendera merah kann hehehehhe

But thats normal bagi kak lily tapi bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat ni, inilah solusi yang tepat untuk korang.

10Drs Probiotic Acne Series

Skincare 10Drs Probiotic Acne Series ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal hingga ke berminyak. Kak lily telah pun mencuba set lengkap Probiotic Acne Series ni, memang best!

Rasa berangin dan segar setelah di gunakan. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim panas, memang kulit senang rasa panas dan merah, jerawat kecil pun senang singgah, sangat sesuai kalau anda gunakan skincare 10Drs Probiotic Acne Series ni.

Apa yang perlu korang tahu, produk 10Drs Probiotic Acne Series ni adalah water-based. Jadi ianya mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan menggunakan teknology water-lock yang membantu melembabkan kulit. Selain itu, skincare ini juga membantu mengawal pengeluaran serum dan menguatkan pertahanan kulit dari sinar UV bahaya.


Bahan-bahan yang terdapat di dalam 10Drs Probiotic Acne Series adalah seperti :

1. Ekstrak Daun Melia Azadirachta (Neem)
Emolien, antiseptik dan anti-jerawat

2. Niacinamide
Bersifat anti-radang

3. Ekstrak Kulit Kayu Phellodendron Amurense
Menghapuskan bakteria jerawat

4. Glycolic Asid
Merangsang pertumbuhan kolagen, mengelupas dan melawan bakteria penyebab jerawat

5. Ekstrak Kulit Salix Alba (Willow)
Mengandungi salicin (asid salisilik semulajadi) yang mempunyai ciri anti-radang yang sangat baik

Tinggi dengan tanin, asid fenolik, flavonoid dan pelbagai mineral yang membantu menenangkan kulit dan membantu dalam penjanaan semula sel, menjadikan kulit wajah lebih muda dan segar

6. Ekstrak Akar Rehmannia Chinensis
Meningkatkan metabolisme kulit dan mengubah komposisi sebum
Kesan pelembab yang tinggi, lembut pada kulit dan bersifat antioksidan

7. Ekstrak Biji Glycine Soja (Kacang Soya)
Mempunyai vitamin E yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan proses penuaan seperti kedutan dan garis halus

8. Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis
Melawan tanda-tanda hiperpigmentasi, bintik-bintik gelap dan jumlah pigmentasi yang berlebihan pada permukaan kulit

9. Houttuynia Cordata Ekstrak
Bersifat antioksidan, anti-bakteria dan anti-radang

Produk 10Drs Probiotic Acne Series ni adalah water-based. Jadi ianya mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan menggunakan teknology water-lock yang membantu melembabkan kulit. Selain itu, skincare ini juga membantu mengawal pengeluaran serum dan menguatkan pertahanan kulit dari sinar UV bahaya.

Produk yang terkandung di dalam Set 10Drs Probiotic Acne


Probiotic Gel Cleanser (RM68)

Mengandungi Niacinamide, AHA, BHA, Lactobacillus yang membantu membersihkan liang roma tersumbat, sel kulit mati & mengurangkan masalah white & black head. Selepas penggunaan cleanser ni, kulit muka rasa 'sejuk' dan menyegarkan. Kulit rasa lembab dan selesa.


Probiotic Renewing Toner (RM68)

Mengandungi 3 jenis AHA & BHA yang membantu membersihkan & melembutkan sel kulit mati. Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan PH kulit normal. Ianya tidak berminyak dan meresap terus ke dalam kulit.


Probiotic Gel Hydrator (RM88)

Selepas toner sebati ke dalam kulit, korang boleh lah menyapu gel hydrator ke kulit secara lembut. Gel ini membantu menguatkan dan melindungi kulit wajah dari bakteria berbahaya serta melembabkan kulit. Mempunyai teknologi water-lock yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Gel ni tidak melekit. Terus meresap ke dalam kulit.


Probiotic Sun Protector (RM78)

Kak lily gunakan pada waktu siang untuk melindungi kulit dari sinar UV & mengurangkan masalah liang tersumbat. Probiotic Sun Protector ini mengandungi SPF30 PA+++. Didatangkan dalam pack kecil, memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.


Probiotic Acne Cream (RM48)

Jika mempunyai jerawat kecil, sapukan acne cream ini pada kawasan jerawat sahaja. Ianya cepat mengecilkan jerawat baru, membunuh bakteria penyebab jerawat dan menenangkan.

Menarik kan produknya?


Seriously kak lily memang tertarik dengan produk 10Drs ini, memang kak lily syorkan kepada mereka yang memerlukan terutamanya adik-adik yang sedang meningkat dewasa di luar sana.

Beli Trial Set 10Drs Probiotic Acne Series di Shopee

Kalau korang yang ingin mencuba 10Drs Probiotic Acne Series ni, boleh lah beli dalam bentuk trial set di Shopee dengan harga cuma RM88 sahaja. Dalam trial set ini mengandungi Probiotic Gel Cleanser, Probiotic Renewing Toner, Probiotic Gel Hydrator & Probiotic Sun Protector.

Untuk info lanjut boleh ke:

Website : https://www.10drs.com/
Instagram : 10drs.official 

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!