Hi Korang,
Pernah dengar Selangor Fruit Valley??
Mungkin ada yang pernah dan yagn tidak but for me errmm teruk ye duduk Selangor dah lama tak tau pun kewujudan destinasi agropelancongan yang tidak kurang hebatnya.
Untuk info Agropelancongan merupakan antara cabang sektor pelancongan yang melibatkan aktiviti pertanian atau penternakan. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang mana biasanya dilakukan oleh golongan petani mahupun penternak. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dilakukan secara individu bahkan seisi keluarga boleh sertai dan Selangor Fruit Valley (SFV) antara lokasi agropelancongan yang sedang mendapat perhatian ramai.
Hari tuh ada kesempatan untuk ke sini, haruslah kak lily tak lepaskan peluang. Drive sendiri ermm terasa seram jugak pada mulanya kerana kena lalu sedikit hutan kecil sebelum sampai ke mari daripada Pekan Rawang tapi seronok jugak sebab dapat menikmati keindahan alam.
KM7, JALAN RAWANG -BESTARI JAYA,
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR.
WAKTU OPERASI:
9 PAGI – 4 PETANG (SABTU- KHAMIS)
TUTUP HARI JUMAAT
Untuk pengetahuan semua, Selangor Fruit Valley (SFV) terletak di KM 7 Jalan Rawang-Bestari Jaya. Satu kawasan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2017.
Pelbagai Haiwan Jinak di Selangor Fruit Valley (SFV)
Anak-anak pastinya paling teruja apabila berada di sini.
Seperti menerokai sebuah mini zoo, anak-anak boleh mendekati dengan rusa, arnab, burung, kambing, itik, menangkap ikan dan pelbagai lagi.
Bukan sahaja boleh bergambar, bahkan kita boleh dekati dan memberikan haiwan jinak ini dengan makanan yang disediakan.
Begitu banyak arnab di sini, ada pelbagai saiz dan warna yang mana kita boleh sentuh dan bermain dengan mesra dengan arnab di sini.
Selain arnab, terdapat juga landak, hamster, burung dan juga anak ikan.
Pelbagai Jenis Tanaman di Selangor Fruit Valley
Kawasan Selangor Fruit Valley agak luas iaitu didalam 1000 hektar keluasannya. Untuk pengunjung yang datang ke sini jangan risau. Ini kerana perkhidmatan tram ada disediakan yang boleh membawa anda pusing ke seluruh kawasan Selangor Fruit Valley (SFV) ini.
Di sini terdapat lebih 25 jenis tanaman. Antaranya seperti Kelapa Pandan, Nangka, Nangchem, Nanas, Jambu Batu.
Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti berkaitan agropertanian antaranya seperti memetik buah jambu, menghasilkan telur masin, melihat penghasilan madu Kelulut, menuai sayuran dan pelbagai lagi.
Belajar membuat telur asin. Proses tidaklah terlalu rumit tetapi apa yang penting kita perlu ada tanah bersih, serkam padi, telur itik dan pelbagai lagi.
Kita akan lihat pelbagai jenis proses tanaman di sini. Ada yang masih di peringkat penyemaian biji benih, masih proses berbunga/berbuah dan tanaman yang sudah boleh dikutip.
Berehat Sebentar Di Rumah Melayu Tradisi Hilangkan Lelah
Sempat juga kak lily singgah di rumah melayu tradisi di Selangor Fruit Valley (SFV). Selain binaan kayu yang masih kukuh dan cantik, di bahagian laman juga kelihatan beberapa pokok buahan dan sayuran yang biasanya ada ditanam rumah-rumah kampung.
Berkesempatan untuk mencuba sendiri minuman air kelapa pandan yang dipetik segar-segar dari pokok. Memang puas menikmatinya terutama ketika cuaca panas.
Rumah bertiang tinggi, di bahagian beranda juga agak luas. Memang sesuai dijadikan ruang untuk lepak-lepak santai bersama keluarga.
Menikmati buah-buahan potong hasil tanaman dari Selangor Fruit Valley (SFV). Memang manis dan sedap ya!
Boleh Dapatkan Benih dan Produk Tanaman Dari Selangor Fruit Valley
Oh ya! Selangor Fruit Valley (SFV) juga ada menjual anak pokok buah-buahan, benih sayur-sayuran, nanas MD2, anak pokok Pisang Kultur Tisu. Kita juga boleh mendapatkan buahan-buahan yang ditanam disini seperti Kelapa Pandan, Nangchem, Jambu Batu, Belimbing dan banyak lagi.
Laman Herba
Selain itu pengunjung juga boleh meninjau Taman Herba di sini.
Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang biasanya kita akan guna samada dalam masakan ataupun rawatan penyakit.
Ada banyak lagi sebenarnya tanaman herba di sini.
Setiap pokok mahupun tumbuhan sudah dilabelkan dengan nama dan info bagi memudahkan pengunjung mengetahui tentang tanaman tersebut.
Antara Lain Menarik di Selangor Fruit Valley (SFV)
Bagi yang datang bersama keluarga atau berkumpulan boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti sukan air di Tasik Keranji. Disediakan juga tempat memancing bagi mereka yang gemarkan aktiviti ini.
Terdapat juga pameran haiwan eksotik yang dibawa khas ke Selangor Fruit Valley (SFV). Terutama bagi mereka yang suka melihat haiwan ini dengan lebih dekat.
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley (SFV)
Boleh dapatkan tiket di kaunter yang terletak berdekatan dengan pintu masuk. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Warga Malaysia :
RM15/seorang (dewasa) , RM10/seorang (kanak-kanak/warga emas/OKU/Pelajar).
Warga Asing :
RM30/seorang (dewasa) dan RM25/seorang (kanak-kanak).
Dengan harga tiket ini membolehkan korang menaiki tram, mengelilingi ladang buah, mengunjungi Carambola Pavilion, laman herba, Taman Rusa, Taman Arnab dan rumah kampung.
Untuk mereka yang ingin melakukakan aktiviti seperti memetik buah nanas, menuai kelapa pandan, menorah getah, aktiviti berbasikal, membuat telur asin, memancing, korang boleh dapatkan pakej istimewa dengan menghubungi :-
Selangor Fruit Valley di talian 016-6680792 / 012-3432971 /012-3445033
atau emel ke selangorfruitsvalley@gmail.com
Layari www.selangorfruitvalley.my dan FB (1) Selangor Fruits Valley | Facebook untuk informasi dan sebarang urusan berkenaan Selangor Fruit Valley (SFV).
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!