Hi Korang,
Negeri Selangor mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk dikunjungi! Anda boleh melihat sendiri keunikan Negeri ini, termasuk kepelbagaian budaya. Negeri Selangor juga merupakan sebuah negeri yang selamat dan bersih serta sesuai bagi kunjungan para wanita sama ada bagi aktiviti melancong atau bersiar - siar.
Sempena Hari Wanita Sedunia, berikut merupakan 5 tempat yang boleh dikunjungi bersama insan tersayang atau rakan wanita anda di Negeri Selangor pada Hari Wanita Sedunia tahun ini!
1. Sarapan Pagi di Q BISTRO, SS15 Subang Jaya
Q BISTRO ialah restoran yang memenangi anugerah khusus dalam masakan menu Malaysia. Ia adalah restoran pertama di Malaysia yang menjamukan "Menu Kegemaran Malaysia" semuanya di bawah satu bumbung. Q Bistro menawarkan makanan seperti nasi lemak, roti canai, roti bakar, mini pau dan dim sum stim. Q Bistro ialah salah satu peneraju utama dalam perniagaan makanan dan minuman di Lembah Klang, dan cawangannya di SS15, Subang Jaya amat digemari oleh penduduk setempat.
Alamat : Lot No, 103, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
2. Kembangkan Kreativiti Anda Di Clay Expression Enterprise, Subang Jaya
Clay Expression adalah tempat untuk mengembangkan kreativiti anda melalui pembuatan tembikar. Tenaga pengajar disini melatih mereka yang ingin menjadikan pembuatan tembikar sebagai hobi, menjadi artis seramik, untuk memulakan kerjaya perguruan baharu atau untuk melegakan tekanan. Pembuatan tembikar adalah lebih daripada mengubah bola tanah liat menjadi sebuah bentuk objek yang diinginkan. Melalui proses pembelajaran, ia memerlukan anda untuk menyentuh dan merasa tanah liat yang sedang anda hasilkan tersebut. Sangat menarik, ia menenangkan fikiran dan mampu membantu menumpukan perhatian anda. Selain dari itu, ia juga mencabar keazaman anda, mengembangkan ekspresi diri, serta meregangkan kemahiran dan imaginasi anda.
Alamat : 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor.
3. Beli-belah Di Central i-City, Shah Alam
Pusat Beli-belah Central i-City di Negeri Selangor, ialah Pusat Beli-belah serantau antarabangsa yang pertama di Negara ini dan terletak di Seksyen 7, Shah Alam, iaitu 22 kilometer dari Kuala Lumpur. Pusat Beli-belah ini adalah sebahagian daripada i-City, sebuah projek pembangunan yang dipromosikan oleh Kerajaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pusat Beli-belah adalah salah satu contoh terbaik bagi menggambarkan gaya hidup serta unsur hiburan yang terdapdi Negeri Selangor.
Alamat : No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.
4. Bersiar-siar Di Taman Maya, Eco Ardence, Setia Alam
Taman Maya ialah taman hijau dalam bandar Eco Ardence serta menawarkan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung. Di tasik tersebut terdapat sebuah jambatan yang menghala ke pelantar berstruktur empat segi dan bermotifkan harmoni. Strukturnya menyala pada waktu petang dan malam, menghasilkan imej cermin yang indah di tasik. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah seperti berjoging, berjalan kaki, berbasikal, fotografi dan melihat matahari terbenam. Terdapat juga banyak restoran dan kedai makan di Ardence Lab, yang terletak di sebelah tasik ini.
Alamat : 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
5. Santai Malam Di Uptown Relax Faithful Nature / Santai, Setia Alam
Santai Setia Alam berkonsepkan pasar malam atau Uptown, terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan menawarkan pelbagai barangan yang berpatutan dan murah, serta makanan dan minuman terbaik yang lazat. Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 pagi, ia menyediakan suasana yang menyenangkan untuk anda akhiri lawatan sehari anda ke Negeri Selangor!
Alamat : 27, Jalan Setia Trade, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Selain dari tempat-tempat yang disenaraikan atas, Negeri Selangor mempunyai pelbagai lagi tempat pelancongan yang menarik yang perlu anda terokai terutamanya pada tahun 2022. Kunjungan ke Negeri Selangor akan memberikan anda pengalaman yang unik tidak seperti apa-apa yang anda pernah alami sebelum ini.
Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan yang utama di Malaysia, mengekalkan kedudukannya sebagai gabungan unik bandar moden dan kepelbagaian budaya dan warisan serta bersih dan selamat untuk dikunjungi bersama insan tersayang dan rakan wanita anda. Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini rancang percutian anda dan Pusing Selangor Dulu!
Bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!