Hi Korang,
Salah satu jenama tempatan yang mula meningkat naik namanya seiring dengan pencapaiannya iaitu MEERACLE terus mengorak langkah menjadi pemacu produk kecantikan tersohor di Malaysia apabila menjalin kerjasama dengan syarikat pembuatan produk gergasi, COSMAX yang berpengkalan di Indonesia dalam membangun dan menghasilkan produk-produk terbaharu.
Hasil kerjasama terbesar buat julung kalinya ini, dijangka bakal menyaksikan lebih banyak produk dihasilkan bagi memenuhi pasaran kecantikan secara global.
"Hari yang bermakna buat MEERACLE kerana kini kami selangkah ke depan dalam memasuki pasaran global, dan sasaran syarikat adalah untuk menembusi pasaran di Asia Tenggara dengan lebih agresif pada tahun ini.
"Hari ini kita juga dapat menyaksikan pelancaran produk terbaharu, MEERACLE Brightening Booster Ampoule hasil kajian pembangunan dan penghasilan produk dilakukan oleh COSMAX serta kerjasama dengan team R&I MEERACLE," ujar Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE, Bella Luna.
COSMAX adalah sebuah syarikat pembuatan terkenal di dunia yang telah menghasilkan produk-produk kecantikan untuk jenama-jenama gergasi dan terkenal di Amerika Syarikat dan Korea.
Pada tahun 2020, COSMAX telah menjadi syarikat pembuatan produk kecantikkan NO.1 secara global yang telah mencapai jualan tahunan sebanyak USD 2 bilion dan berkapasiti menghasilkan dan mengeluarkan produk sebanyak 2. 73 bilion unit setahun.
Dengan kerjasama ini, MEERACLE dengan rasminya memperkenalkan MEERACLE BRIGHTENING BOOSTER AMPOULE yang mengandungi 12 peratus Niacinamide bagi menghasilkan Concentrated Booster, digunakan untuk mencerahkan kulit wajah.
MEERACLE BRIGHTENING BOOSTER AMPOULE mampu memberi kesan pencerahan seawal tiga hari dengan cara penggunaan yang betul dan konsisten dan paling penting ianya selamat dan halal untuk digunakan.
Dapatkan produk terbaru dari MEERACLE ini di ejen-ejen sah MEERACLE atau pembelian secara atas talian menerusi Shopee.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!