Hi Korang,
Kita kembali lagi ke senarai buffet ramadan 2022 di belog www.ciklilyputih.com
Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepanjang bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.
Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi buffet bermula pada 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.
Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri yang juga merupakan pemilik serta chef di restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian. Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi lstana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan lstana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi bufet tersebut.
Antara menu lstana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, lkan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal lkan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet Ramadan yang termurah di ibu negara pada tahun ini.
Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.
Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat), 017-6534133(operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).
Harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga
Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian:
Dibuka pada setiap hari kecuali lsnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
G3A. Sentul Village Service Apartment,
No 10. JIn Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
Instagram : https://www.instagram.com/ummishijaukasturi
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
Mengenai Ummis Hijau Kasturi
Restoran yang telah bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astra, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!