Hi Korang,
Rumah rumah rumah!!
Inilah yang senantiasa bermain di fikiran eskutif muda yang mula bekerja di Kuala Lumpur ini.
Lokasi tempat tinggal memang memainkan peranan penting di dalam pemilihan sesuatu pekerjaan. Kadang-kadang apabila kita memiliki pekerjaan dan gaji yang memuaskan hati namun perbelanjaan banyak di habiskan dengan membayar parking kereta, minyak dan toll yang di anggap tidak munasabah langsung akibat lokasi tempat tinggal di kawasan yang tidak strategik dengan tempat kerja.
Kak lily berkesempatan ke showroom Astrum Ampang yang dibangunkan oleh Setia Awan di Phileo Damansara, sebab ramai yang cadangkan rumah di Astrum Ampang ni so kite pilah check it out kan, manalah tau kot -kot berkenan kan.
Oh ya, kalau nak tau yang Astrum Ampang merupakan pembangunan pertama dengan konsep Transit Oriented Development (TOD) dan SOHO Transit di negara ini, kemudahan-kemudahan unik dan canggih juga yang menjadi daya tarikan bagi profesional muda yang bekerja di Kuala Lumpur.
Apa itu Transit Oriented Development (TOD)?
Transit Oriented Development (TOD) atau Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar. Di Astrum Ampang, akses jambatan secara terus ke stesyen LRT iaitu 150 meter sahaja untuk anda sampai ke stesen LRT Jelatek.
Dengan penggunaan LRT, korang boleh ke mana-mana je!
Rumah Apartments Yang Cantik Lagi Selesa
SOHO Transit Astrum Ampang mempunyai kawasan seluas 280 kaki persegi, manakala SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments masing-masing terdiri daripada 450 kaki persegi & 550 kaki persegi.
Meh sini kak lily tunjukkan rekaan dalaman di rumah contoh yang kak lily pi tengok hari tuh
Nampak luas kan
bilik air pun taklah sekecil mana pun kan
suka betul rekaan seperti ni, simple dan moden
boleh letak sinki sekali hah
dinding bilik air merupakan cermin yer so lagilah bertambah cantiknya
Kesemua lot-lot rumah ini di pasang dengan Smart Wifi door lock!!
Bukan itu sahaja, dengan adanya Google Assistant, korang boleh setkan beberapa aktiviti yang Google Assistant boleh lakukan seperti membuka tingkap, menghidupkan penghawa dingin, menghidupkan semua lampu dan pelbagai lagi.
Pendek kata ianya sebagai pembantu korang di rumah, ermm tak ke senang tuh.
62 Kemudahan Yang Terdapat Di Astrum Ampang Untuk Para Penghuninya.
Bila kak lily mendengar penerangan dari Ms. Mei mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di Astrum Ampang terus kak lily jatuh cinta. Yelah betul-betul memang canggih dan awesome wei, totally moden sungguh la kan.
Antara kemudahan yang ada
- Taman Permainan Kanak-kanak
- Dewan serbaguna
- Smart Gym
- Ruang Kerja
- Kafe
-Teater Luar
- Swimming pool yang mempunyai pelbagai fungsi
- Jakuzi
- Gelanggang Tenis
- Bilik refleksologi
- Virtual Cycling
- Futsal court
Smart Gym Assist
Semuanya menggunakan aplikasi yang boleh di download nanti
Selain itu, terdapat 27 unit kedai yang ada di situ, kemudahan-kemudahan ini dirancang untuk memberi penduduk gaya hidup bandar yang lebih sofistikated dan menarik.
imbas kod aplikasi yang di download di phone korang
Sistem keselamatan yang berwaspada, aplikasi komuniti pintar di Astrum Ampang Soho Transit menghubungkan penduduk dengan bandar dan dengan aktiviti aktif mereka dengan cara hidup yang lebih bijak
Lokasi Strategik Sekitar Kuala Lumpur
Astrum Ampang yang dilengkapi keselamatan pengecaman wajah 5G dan keselamatan 24 jam dengan pengawasan cctv ini terletak berhampiran dengan pelbagai lokasi menarik dan juga kemudahan.
· 150m dari Stesen LRT Jelatek
· 4km dari Menara Berkembar Petronas.
· Berhampiran Pusat Perubatan
· Berhampiran Pusat Membeli-belah
· Berhampiran sekolah serta pusat-pusat kerajaan
Harga Yang Mampu Milik
Harga nya pula menjanjikan para pemiliknya sebagai mampu milik tau. Untuk fasa pertama terdiri daripada SOHO Transit ( 1360 unit ) dan Rumah Mampu Milik ( 712 unit) untuk pembeli rumah pertama bermula dengan harga RM230,000 hingga RM270,000.
Harga yang berpatutan ini memberi peluang kepada golongan muda yang bekerja untuk memiliki rumah moden di tengah-tengah Kuala Lumpur. Di sini mereka dapat menikmati banyak kemudahan moden dan lokasinya juga berdekatan dengan pengangkutan awam.
Memang tak payah bawak kereta bila tinggal di sini nanti.
Untuk korang yang teringin untuk melihat sendiri, sila ke showroom dan pameran Astrum Ampang di Phileo Damansara.
Ermm kak lily dah start feeling – feeling dah nieh tau
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, korang boleh lawati
Instagram: https://www.instagram.com/astrum_ampang/
Facebook: https://www.facebook.com/AstrumAmpang
#astrumampang
#setiaawan
#xmconsultancy
#rumahidaman
#property