Hi Korang,
Lama betul tak citer pasal makan-makan di Bangi ni ek.
Yelah lately ni jarang sangat makan luar sebab nak elakkan berada di tempat yang sesak kan, gitu lah gamaknya hidup di norma baru zaman Covid 19 ni lah. Memang ada kak lily makan kat luar tapi di luar Kawasan Bangi cam tuh macam bila balik kerja, ktorang terus singgah pi makan Kawasan tempat kerja jer.
Kebetulan pulak blogger Rawlins ajak jumpa reramai sebab lama sangat tak jumpe so ktorang plan cari restoran ataupun café yang berdekatan dengan tempat ktorang je yang di Bangi ni hah. Usha punya usha dapatkan ada satu kafe nieh iaitu Chef Lyn’s Pastry And Café.
Seriously kak lily pun tak tau kat mana ade café yang tak berapa ramai crowd ni di Bangi nieh. Maklumlah Bangi ni terkenal dengan syurga makanan, pusing kiri kedai makan, pusing kanan restoran, jalan depan sket ada café, pusing belakang ada gerai tepi jalan plak. Pendek kata, memang memacamlah makanan yang ada di Bangi ini.
Comey benau Café Chef Lyn ni, cantik dengan dekorasinya yang minimalis.
Masa ktorang sampai tuh ada 2-3 pelanggan yang tengah makan di sini so taklah crowded sangat kan, nasib baik Rawlins dah buat reservation sesiap tau, kalau tak mau lama menunggu untuk makan kan.
Meh sini kak lily kongsikan sedikit latar belakang Chef Lyn ni yer
Chef Haslin Binti Hasan atau juga dikenali sebagai Chef Lyn adalah pemilik kepada kafe ini. Ia baru sahaja beroperasi sejak tahun 2020 dan terjejas sikit sewaktu PKP selama dua tahun dan kini setelah kerajaan benarkan semua industri beroperasi mereka mula aktif kembali. Pada mulanya ia fokus kepada pastri dan kek melalui perkhidmatan penghantaran terus kerumah pelanggan. Tapi kini kafe ini telah dibuka untuk terima tetamu menjamu selera di kafe mereka dengan masakan barat.
Berpengalaman dalam kulinari lebih daripada 20 tahun dan juga menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini membuatkan beliau lebih matang dan tahu menghasilkan juadah yang pastinya enak dan juga harga sangat berpatutan. Orangnya ramah mesra melayan pelanggan yang hadir ke restoran mereka, ya ampung ktorang seronok betul berborak dengan Chef Lyn ni ada je topik-topik yang beliau boleh masuk untuk berbual heheheh
Borak-borak jugak, jom kak lily kongsi beberapa menu yang ktorang dah order sesiap tau. Senanglah Chef Lyn plan nak masak hari tuh.
Lamb Stew With Soft Bun
Well well well lain macam rasa Beef Stew nye, kak lily tak makan lamb yer. Sangat pekat dan full of flavor. Dagingnya lembut dan hancur terus bila di kunyah, kuahnya cukup segala rempah ratusnya. Di makan sekali dengan roti aduimak, rasa nak tambah jer rotinya kan.
Geram betul bila tengok saiz salmonnya tuh arghhh.. dah ler beso di masak sempurna dan kulitnya garing weii. Berebut-rebut ktorang makan hah, spagethi ermm al dente tau!
Satu hidangan lengkap yang ada ayam panggang, nasi, sayur dan juga sos cendawan berlada hitam. Even makan ayam pun dah sedap kan. Hidangan yang simple namun sangat mengenyangkan.
Ini adalah menu baru dari Cafe Chef Lyn tau. Nampak macam sizzling biasa tapi lain machiam tau. Meenya itu digoreng dahulu untuk memberikan rasa yang rangup dan di curahkan sos istimewa dan di hidangkan panas-panas. Erm hambik ko berebut-rebut lagi ktorang makan ek hehehhehe
Ia beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Kalau tak sempat nak singgah boleh jer order dengan FoodPanda, GrabFood ataupun apa jua perkhidmatan penghantaran yang lelain nya.
Korang juga boleh dapatkan produk makanan lain yang dihasilkan sendiri oleh Chef Lyn seperti kuih muih, pastry, kek dan juga sos istimewa dimakan terus atau dimasak panas.
Di sini terdapat banyak pilihan sos seperti Bolognese Sauce, Black Pepper Sauce, Salted Egg Sauce, Mushroom Shoup, Beef Stew & Lamb Stew. Kak lily kira just nice untuk 2 orang makan untuk satu hidangan.
Lokasi Chef Lyn’s Pastry And Cafe
Kafe yang Maha maksudkan itu terletak di kawasan Bangi Gateway Bandar Baru Bangi. Ia dekat sahaja daripada lebuh raya Sg Besi menghala ke Seremban masuk ikut Tol Bangi nanti round about pertama tu ambil pukul tiga dan jumpa dah area kawasan yang baru membangun ini. Kafenya bernama Chef Lyn's Pastry And Cafe. Ada banting tulisan kat kafe itu.
Ini alamatnya:
Ground Floor, Unit 23, Block B, Jalan Gerbang Wawasan 1, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi.
Maklumat lanjut dan juga promosi dan beli produk yang dihasilkan di Chef Lyn's Pastry And Cafe layari:
Tel : 013-3500638
Facebook :
Instagram :
Pembelian dalam talian :
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!