Hi Korang,
JACK ‘n JILL Potato Chips, yang merupakan antara jenama snek kegemaran di Malaysia, telah melancarkan perisa baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan lokal yang langsung tidak diduga – Asam Pedas Ikan!
Hidangan savuri ini yang cukup sinonim dengan gabungan rasa pedas dan masam sentiasa menjadi kegemaran orang ramai dan pastinya perisa baharu JACK n' JILL Potato Chips baharu ini menjadi kegemaran ramai peminat snek di negara ini.
Pelancaran perisa baharu ini merupakan sebahagian daripada kempen JACK ‘n JILL Potato Chips iaitu Waaajah Baharu, Waaa Asam Pedas Ikan, Waaa Bestnye! Antara sorotan penting dalam kempen ini adalah pembungkusan baharu untuk keseluruhan rangkaian JACK ‘n JILL Potato Chips, yang menonjolkan reka bentuk lebih moden, kemas dan bertenaga yang memberi fokus terhadap perisa-perisanya.
Ini merupakan perisa tempatan kedua yang dilancarkan oleh JACK ‘n JILL Potato Chips. Perisa tempatan pertama – Sambal Udang – telah dilancarkan pada 2020 sebagai sebahagian daripada kempen “Temanmu Selalu” bagi meraikan hubungan mesra yang terjalin antara JACK ‘n JILL Potato Chips dengan rakyat Malaysia semenjak 1984, di mana jenama ini telah berkongsikan kelazatan perisanya dalam setiap kunyahan selama ini. Justeru, untuk terus “menemani” rakyat Malaysia dalam misi pencarian snek mereka, JACK ‘n JILL Potato Chips mengambil kesempatan untuk memperkenalkan perisa Asam Pedas Ikan yang semestinya menepati cita rasa orang ramai.
Sentiasa berpegang teguh pada pendiriannya untuk mengunakan hanya bahan berkualiti tinggi, JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan adalah diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dengan sempurnanya dalam bentuk V untuk memberikan tekstur yang lebih ranggup, lalu digaul bersama perisa hebat yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional Asam Pedas Ikan. Ia kemudiannya digoreng sehingga mencapai keranggupan paling sempurna, sekaligus memberikan sensasi pedas berserta rasa savuri ikan yang menggiurkan – ibarat menikmati Asam Pedas Ikan sebenar!
“Susulan kejayaan pelancaran perisa Sambal Udang pada tahun lalu, kami berasa teruja untuk terus mempromosikan perisa tempatan menerusi JACK ‘n JILL Potato Chips perisa Asam Pedas Ikan pula. Melalui perisa terbaharu ini, diharapkan agar JACK 'n JILL Potato Chips akan terus menjadi ‘Temanmu Selalu’ kepada para penggemar snek di Malaysia dan keenakannya membuatkan mereka terluah kata 'Waaa Bestnye!' Pembungkusan baharu juga telah menyuntik nafas segar kepada produk ini dengan wajah modennya menyerlahkan lagi profil perisanya,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia.
Bagi meraikan pelancaran JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan dan reka bentuk pembungkusan baharunya, JACK ‘n JILL Potato Chips ingin mempelawa peminat-peminatnya untuk menikmati semangkuk Asam Pedas Ikan di warung-warung yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Pada 13 November 2021, bawa bersama bukti pembelian JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan (bertarikh di antara 15 Oktober 2021 hingga 13 November 2021) untuk menebus satu set makanan bawa pulang berupa hidangan Asam Pedas Ikan bersama nasi putih. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk mendorong orang ramai menyokong perisa tempatan, tetapi juga pengusaha-pengusaha warung setempat terutamanya sepanjang tempoh sukar perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman Facebook jenama ini di @jnjpotatochips.
JACK ‘n JILL Potato Chips juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Naim Daniel, yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu untuk musim yang kedua. bagi pelancaran kali ini. “Saya amat gembira untuk melihat kerepek kentang kegemaran saya kini berwajah baharu dan ranggi. Reka bentuknya dah lah unik; profil perisanya pula cukup terserlah. Ia membuatkan saya ingin memakannya sekarang juga! Saya juga menyukai perisa terbaharu Asam Pedas Ikan, yang sememangnya menjadi perisa tempatan kegemaran peribadi saya. Setiap kunyahan memberi nikmat dan kepuasan tidak terhingga – Waaa Bestnye!”
JACK ‘n JILL Potato Chip perisa Asam Pedas Ikan kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan Instagram (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).
#JacknJillPotatoChipsAsamPedasIkan
#JacknJillPotatoChipsWaaaBestnye
#JacknJillPotatoChips
#sapotlokal
Perisa asam pedas ikan pulak dah. Belum cuba belum tau.
ReplyDelete