Hi Korang,
Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-54 selepas dua tahun berdepan dengan ujian berikutan ancaman wabak, Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan para pelanggan dan masyarakat.
Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd berkata: “#guardiancare adalah sebuah inisiatif yang lestari, yang prihatin terhadap pelanggan kami, keluarga mereka, pilihan membeli-belah yang mereka miliki dan juga komuniti dimana mereka tinggal.
“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan dalam membuat pilihan yang sihat dan lestari ketika memilih jenama-jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka percayai di Guardian. Paling utama, kami ingin pelanggan untuk ‘peduli’ tentang apa yang mereka beli dan seterusnya menjadikan persekitaran lebih baik.
“Di Guardian, kami percaya bahawa kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk peduli, bersama-sama kita dapat melakukan perubahan.”
“Oleh itu, inisiatif ini berpaksi pada sentimen ‘kerana saya peduli’, dan akan memfokuskan kepada tiga teras utama yang berkaitan dengan tujuan jenama Guardian.
Teras tersebut adalah:
1. Kesihatan – kesihatan dan kesejahteraan pelanggan dan komuniti yang baik
2. Komuniti – mendidik masyarakat tentang masalah kesihatan mereka
3. Alam Sekitar – menggalakkan penggunaan dan amalan-amalan pengeluaran yang bertanggungjawab, mengurangkan penggunaan plastik sekali guna
Sentimen “iCare” adalah seperti yang tepapar dalam logo
Untuk melancarkan inisiatif ini, Guardian memulakan kempen kesihatan mereka dengan menyumbangkan 10,000 pek #guardiancare, bernilai RM400,000, kepada kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh negara, dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia. Setiap pek #guardiancare akan mengandungi sebuah Buku Panduan Covid-19 yang direka khas, yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta produk kebersihan diri seperti pencuci tangan, cecair pembasmi kuman, topeng muka, tisu dan vitamin Gummies untuk kanak-kanak.
From left_ Muhammad Hilmi Nawang, SMK Segambut Jaya, Dato Lawrence Low, MyPerintis, Loh Yen Hon, Supply Chain Director, Guardian Malaysia, Singapore & Brunei & Ahmad Nawawi Sha'ari, Headmaster SMK Segambut Jaya
A happy SMK Segambut Jaya student with her #guardiancare pack
Happy SMK Segambut Jaya students with their #guardiancare packs
Pek-pek #guardiancare ini akan diagihkan kepada kanak-kanak sekolah dari golongan B40 di sekolah-sekolah yang dikenalpasti oleh stor Guardian yang berdekatan.
Teras kedua iaitu Komuniti dan kesihatan mereka. Guardian, yang mempunyai jaringan ahli farmasi terbesar di Asia Tenggara, akan mendidik komuniti secara aktif tentang isu-isu kesihatan utama, terutamanya dalam musim Covid-19 menerusi platform media sosial Guardian dan pengaktifan di stor.
Guardian telah memulakan program Bantuan Ahli Farmasi Komuniti menerusi segmen Facebook Live dan Instagram dimana para pengikut boleh menanyakan soalah-soalan berkaitan masalah kesihatan secara ‘langsung’ kepada ahli farmasi dan mendapat jawapan serta-merta.
Selain itu, Guardian juga akan mendidik pelanggan tentang produk yang menawarkan ‘Clean Beauty’ dengan bahan-bahan semula jadi dan produk ‘bebas kekejaman’ (diuji tanpa menggunakan haiwan) dan dengan pembungkusan yang lestari, produk yang dibungkus dengan pembungkus boleh dikitar semula atau diguna semula.
Untuk menjaga Alam Sekitar, Guardian telah memperkenalkan beg #guardiancare mesra alam dan boleh diguna semula di stor mereka yang kini dijual dengan harga hanya RM1.
Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Kebangsaan Malaysia yang disambut pada 21 Oktober 2021, kami ingin mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di stor dengan menggalakkan pelanggan untuk menggunakan beg #guardiancare yang boleh diguna semula berkali-kali dan tahan lama. Beg-beg ini mampu menampung lebih banyak beban berbanding beg plastik sekali guna. Dengan cara ini, kedua-dua pelanggan dan Guardian dapat bersama-sama menjaga alam sekitar,” jelas Angela.
“Kami berharap pelanggan dapat turut serta dan menyokong usaha #guardiancare ini. Seperti yang dapat anda saksikan, terdapat banyak program iCare yang sedang dijalankan dan kami akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi usaha sebegini pada tahun 2022 bagi memastikan #guardiancare menjadi satu aspek penting yang bermanfaat besar dalam kehidupan mereka, keluarga dan masyarakat,” tambah Angela.
Untuk memberi lebih ganjaran kepada pelanggan, dalam bulan Ulang Tahun ini, Guardian telah mengadakan Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54, di semua platform media sosialnya, dengan tawaran hebat potongan 54% untuk pembelian item kedua bagi barangan penjagaan diri, penjagaan kesihatan dan penjagaan kulit, produk rambut dan mandian Botaneco.
Terdapat juga promosi Beli 1 Percuma 1 untuk produk kosmetik termasuk peraduan Beli & Menang di Facebook Guardian dimana pelanggan hanya perlu ‘like’ posting Beli & Menang Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54 dan menghantarkan resit pembelian mereka di Guardian dari 1 Oktober hingga 27 Oktober untuk merebut peluang memenangi lima hadiah berupa Kotak Kejutan bernilai RM400 sekotak.
Terdapat juga peraduan Beli, Wave dan Menang dengan MyDebit yang berlangsung pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2021. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM30 dalam satu resit menggunakan kad ATM MyDebit mereka dan berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah menarik bernilai RM520,000 dalam tiga cabutan bulanan. Selain itu, terdapat juga tawaran GrabPay dimana pelanggan akan menerima diskaun RM6 apabila berbelanja minimum sebanyak RM60 dalam satu resit menggunakan GrabPay yang sah dari 1 sehingga 31 Oktober 2021.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengakses paparan #guardiancare di laman web kami di www.guardian.com.my atau mana-mana platform media sosial, FB, Instagram dan Tik Tok.
#guardiancare
#guardianmy
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!