Friday, September 24, 2021

Sambut Bulan KOPI ANTARABANGSA Dengan NESCAFÉ® dan Menangi Hadiah - Hadiah Hebat!

Hi Korang,

Bersempena Bulan Kopi Antarabangsa tahun ini, jenama kopi kegemaran sedunia, NESCAFÉ® bakal menyambutnya secara besar-besaran dengan menganjurkan “Peraduan NESCAFÉ® – Vibe Kopi” melalui aplikasi WhatsApp. Sebanyak 324 buah hadiah bernilai hampir RM290,000.00 sedia untuk dimenangi melalui peraduan hebat ini, termasuklah 18x motosikal Honda Vario 150 Repsol! 

Peraduan ini akan berlangsung dari 6 September - 7 November 2021.


Bertemakan “Vibe Kopi” (Suasana Kopi), NESCAFÉ® Sedia-untuk-Diminum ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk menikmati minuman kopi kegemaran masing-masing di mana sahaja mereka berada sambil meraikan kenikmatan kopi.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong, “Kami cukup teruja kerana NESCAFÉ® Sedia-untuk-Diminum memiliki pelbagai jenis produk untuk dikongsikan bersempena Bulan Kopi Antarabangsa ini. Tiada lebih sesuai untuk menyambut bulan yang bermakna ini dengan menawarkan ganjaran menarik ini buat para pengguna setia kami. Ketika memilih hadiah-hadiah peraduan ini, kami mengambil kira bagaimana ia dapat membantu kehidupan mereka dalam norma baharu, sama ada untuk membantu mereka mencari sumber pendapatan tambahan, mengisi masa lapang di rumah, mahupun memberi kredit e-dompet untuk menyokong kesejahteraan hidup mereka. Kami berharap agar NESCAFÉ® dapat terus dinikmati dan disukai oleh semua rakyat Malaysia.”



Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyertai:

Langkah 1 : 
Beli mana-mana produk NESCAFÉ® Tin/Botol/Cawan dengan nilai terkumpul sebanyak RM6 dalam satu resit asal dari mana-mana peruncit terlibat (di kedai atau dalam talian).

Langkah 2 : 
Tuliskan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di muka depan resit dan hantarkan gambar resit yang JELAS memaparkan jumlah amaun resit tersebut ke talian WhatsApp penganjur: 018-388 0070. Kesemua penyertaan hanya akan diterima melalui WhatsApp sahaja.


Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi adalah:

Hadiah Utama x 18
Motosikal HONDA Vario 150 Repsol (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Pertama x 18
Konsol PS 5 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Kedua x 18
Komputer riba Dell Inspiron 15 (2 pemenang mingguan x 9 minggu)

Hadiah Saguhati x 270
RM 50 kredit e-dompet Touch ‘n GO (30 pemenang mingguan x 9 minggu)




PELBAGAI HADIAH TAMBAHAN UNTUK DIMENANGI DARI 7-ELEVEN DAN LOTUS

Para peserta yang membuat pembelian mereka dari 7-ELEVEN dan LOTUS juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tambahan yang terdiri daripada Kerusi Gaming TT-Racing dan konsol Nintendo Switch.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini dan hantarkan penyertaan anda sebelum peraduan berakhir pada 7 November 2021.

Bagi merancakkan lagi sambutan Bulan Kopi Antarabangsa buat rakyat Malaysia tahun ini, NESCAFÉ® telahpun melancarkan dua perisa baharu Siri Kopitiam NESCAFÉ® [NESCAFÉ® Kopi-C & NESCAFÉ® Cham]. 





Di samping itu, NESCAFÉ® juga menyerlahkan rasa nikmat pencuci mulut kegemaran tempatan dalam kopinya dengan memperkenalkan tiga lagi perisa Edisi Terhad, yang hanya boleh didapati melalui tiga peruncit tertentu sahaja iaitu; NESCAFÉ® Gula Melaka (di 7-Eleven), NESCAFÉ® Sirap Bandung (di Petronas), dan NESCAFÉ® Pandan (di Shell). Jadi, tunggu apa lagi ? Pastikan anda singgah di kedai berdekatan untuk mendapatkannya dan mulakan hari korang dengan NESCAFÉ®.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nescafe.com.my


1 comment:

  1. terima kasih bagi info..menarik ni..bolehlah join cuba nasib

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!