Saturday, September 25, 2021

ALAMANDA HULURKAN BARANGAN MAKANAN BERNILAI RM10,000 KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL PUTRAJAYA

Hi Korang,

Pusat Beli-Belah Alamanda yang terkenal dengan pendekatan mesra komuniti menyambut ketibaan Hari Malaysia pada tahun ini dengan memperingati keringat dan pengorbanan warga kerja barisan hadapan Hospital Putrajaya yang sehingga kini berhempas pulas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.


Tanggal 22 September, sekali lagi Pusat Beli-Belah Alamanda telah menyalurkan peruntukkan makanan yang bernilai RM 10,000.00 kepada Hospital Putrajaya. Ini adalah sumbangan yang ketiga untuk tahun ini yang mana serahan sumbangan pertama dan kedua diberikan pada 11 Februari dan 3 Mei.


Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’I Mohd Said berkata “Saya mewakili seluruh warga kerja dan rakan seperjuangan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda di atas inisiatif murni dalam menghulurkan bantuan khususnya di kala tempoh getir ini untuk ramai pihak”.

Turut mengulas, Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata sumbangan makanan dan minuman ini adalah kesinambungan tema “We Are With You” yang mana pihak pengurusan akan terus meperkasakan tema ini untuk membantu pejuang barisan hadapan negara.


Beliau turut mengulas lanjut, “Hari Malaysia adalah sambutan yang perlu diwacanakan sebagai titik penilaian aspek kemanusiaan dari sudut yang lebih dalam. Seiring dengan usaha rakyat Malaysia yang terus melawan wabak Covid-19, sokongan yang konsisten buat petugas barisan hadapan tidak boleh di ambil mudah. Lanjutan dari kerjasama murni dan sifat bermurah hati dalam kalangan pelbagai pihak ini secara tidak langsung akan terus memberikan semangat dan kecekalan untuk kita bersatu hati meneruskan perjuangan melawan pandemik”.


Pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda membeli bekalan yang berbentuk makanan dan minuman sejuk daripada penyewa runcit pusat beli-belah itu sendiri, untuk disumbang kepada warga kerja Hospital Putrajaya. Pembelian dibuat daripada peruncit seperti Sushi King, Dunkin Donuts, Famous Amos, Tealive, Mahnaz Food dan Joybean.

Tambah Brien, “Pendekatan aktiviti tanggungjawab sosial pada kali ini diteruskan untuk menyambung inisiatif Pusat Beli-Belah Alamanda yang sedia membantu para pejuang barisan hadapan dan kelompok komuniti. Dengan sedikit kelainan, bantuan yang dihulurkan b erupa makanan dan minuman sejuk untuk sesi minum petang selain dari menambah variasi bantuan makanan kering. Pihak pengurusan ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan petugas hadapan dan berharap agar sambutan Hari Malaysia kali ini adalah sambutan yang akan di ingati.”

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!