Hi Korang,
Guardian Malaysia meraih reputasi
yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit
yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan
kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya. Guardian turut terkenal
sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras
pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.
Reputasi yang dicemburui yang
diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya yang sentiasa
mengutamakan pelanggan!
Anna Ng, Pengarah Pemasaran
Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty berkata:
“Di Guardian, pelanggan adalah
nadi dalam segala usaha yang kami lakukan. Kami mendengar keperluan mereka dan
berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan
untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa
kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan
“Kami juga merasakan bahawa
pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama
yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah Guardian
2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini.
“Peraduan penghargaan jenama
tahunan yang sangat popular ini benar-benar memberi suara kepada pelanggan kami
dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan TERBAIK yang boleh
didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.
“Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat. Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna.”
Peraduan tersebut akan menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah dalam ENAM kategori utama iaitu; Jenama Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.
Kategori Jenama Baru Terbaik
menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan
kepada Guardian.
Untuk
kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah
menjemput tujuh orang influencer
popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan
Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka
dalam kategori yang mereka minati.
Sebagai
contoh, kami telah menjemput pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam untuk
memilih produk-produk dalam kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Lelaki manakala
hos dan penyampai radio, Joe Chang pula memilih produk kegemaran beliau dari
kategori Penjagaan Diri Untuk Lelaki.
Untuk
produk kategori Penjagaan Peribadi Untuk Wanita, kami telah meminta
bintang gaya hidup dan kecantikan di
Youtube, Bella Khan dan Coco untuk memilih kegemaran mereka. Untuk kategori
Penjagaan Kulit Untuk Wanita, kami menjemput Anna Khayalan, seorang pengeluar
kandungan digital popular dan untuk kategori Solekan Wanita, kami menjemput
jurusolek artis profesional Nurul Hazirah untuk memilih kegemaran beliau. Akhir
sekali, untuk kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita, kami menjemput ratu
kecantikan, pencipta kandungan dan ibu kepada seorang anak, Elecher Lee untuk
memilih produk penjagaan kesihatan wanita terbaik kegemaran beliau.
Pelanggan Guardian boleh
menyaksikan video ulasan produk kegemaran
mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.
Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.
Undian dibuka dari sekarang
sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian.
Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my
menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan
juga tidak dikenakan.
Setelah undian dibuat, setiap
pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian
Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh
peraduan ini berlangsung.
Semua pelanggan yang mengundi
berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk
sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.
“Selari dengan peningkatan
dalam pembelian dalam talian kerana sekatan PKP, kami percaya lebih ramai
pelanggan akan mengundi dalam Anugerah kali ini. Ia pasti menarik untuk
mengetahui jenama mana yang paling banyak memberi impak sepanjang persekitaran
pandemik.
Anugerah Guardian 2021 - Yang
Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan adalah sebuah platform undian pelanggan yang
benar-benar unik yang lebih relevan hari ini
kerana Guardian didorong untuk berhubung, berinteraksi dan memahami
keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah
dan berkembang terutamanya dalam tempoh Covid-19 ini.
“Jadi kepada semua pelanggan di
luar sana, mulalah mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan rebut peluang
untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” kata Anna.
Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!