Monday, June 14, 2021

ORYN Skincare – Kecantikan Kulit Bersama Vitamin C

Hi Korang,

Lately ni vitamin C memang jadi satu keperluan di dalam kehidupan seharian kita. Maklumlah di musim-musim pandemik ni kan, salah satu solusi yang penting untuk mencegah jangkitan Covid 19 adalah mengamalkan pengambilan Vitamin C yang cukup.

Itu untuk keseluruhan badan untuk melindungi antibodi kita daripada pelbagai penyakit yang datang. Bagaimana pula dengan kulit muka kita? 

Eh haruslah di jaga jugak takkan di biarkan begitu ajer..



Bagi mereka yang masih tercari-cari lagi produk kecantikan vitamin C untuk di jadikan rutin harian, kak lily syorkan dapatkan produk kecantikan jenama tempatan iaitu Oryn Skincare.




3 Produk yang merupakan best selling bagi jenama ORYN Skincare ini adalah :  

1. ORYN Hydrabright Cleanser

2. ORYN Hydrabright Moisturizer

3. ORYN Clear Gel (for acne)



ORYN HYDRABRIGHT CLEANSER

Ianya terhasil dari untuk membantu membersihkan, hidrasi dan mencerahkan kulit wajah. Mild Foam Formulation di sini juga bermakna Cleanser ini menghasilkan kurang buih ketika digunakan untuk mengurangkan kekeringan pada kulit.


BAHAN-BAHAN DAN MANFAAT

· Vitamin C – membantu mengurangkan jerawat pada kulit wajah serta mencerahkan tona kulit

· Sodium Hyaluronate + Panthenol – membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengembalikan kekenyalan kulit dan mengelakkan kulit wajah dari kekeringan.

· Niacinamide – membantu mengecilkan liang pori, mengurangkan masalah jerawat dan bantu menyelesaikan masalah kulit rosak.

· Saccharide Isomerate – membantu untuk beri kelembapan yang berpanjangan pada kulit

· Natural Phyto – membantu mengurangkan breakout pada kulit wajah dan kerengsaan pada kulit sensitif.

Apa yang korang boleh jangkakan pada kulit korang setelah memakai ORYN HYRDRABRIGHT CLEANSER, paling yang suka kulit wajah akan kurang berminyak, akan rasa lebih segar dan kurang kering.

Cara menggunakannya :

Basahkan muka, sapukan 1-2 pam ORYN HydraBright Gentle Cleanser ke kulit, urut perlahan-lahan ke kulit dengan gerakan bulat dan bilas dengan air suam.

Kak lily rasa :

Kulit muka langsung tak kering setelah mencuci, rasa lembut dan segar



ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER

Produk pelembap kulit ini mampu untuk memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan bantu mencerahkan kulit wajah.


Apakah 5 Manfaat Utama di dalam ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER?

1. Moisturizer – melembapkan kulit

2. Serum – mencerahkan kulit

3. Primer – sebagai foundation sebelum menggunakan make-up

4. Anti Wrinkle – mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan di kulit

5. Night Cream – membantu menyuburkan kulit


BAHAN-BAHAN DAN MANFAAT

· Vitamin C – mencerahkan kulit dan membantu kulit jerawat

· Sodium Hyaluronate + Panthenol – mengekalkan kelembapan kulit

· Saccharide Isomerate – membantu melembapkan kulit sehingga 12 jam

· Natural Phyto – mengandungi Tumbuhan Comfrey dan Aloe Vera untuk bantu memperbaharu kulit dan mengurangkan rengsa pada kulit sensitif

· Hexapeptide – membantu mengurangkan tanda penuaan, berfungsi hampir sama dengan Botox tetapi lebih selamat.


Cara menggunakannya :

Sapukan ORYN HydraBright Moisturizer setelah muka di cuci dengan ORYN HydraBright Gentle Cleanser. Ia akan memberikan penghidratan yang lebih kuat pada kulit muka dengan serta-merta.

Kak lily rasa :

kulit wajah jadi lebih lembap, lebih lama dan bantu untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit.

ORYN CLEAR GEL (FOR ACNE)

ORYN HydraBright Clear Gel (untuk Jerawat) dirumus secara khusus dengan Vitamin C Multi-Action yang tinggi yang dapat membantu merawat jerawat dan cela. Gel yang jernih dan ringan ini mengekalkan tahap pH yang mesra kulit yang membantu mengurangkan jerawat.


BAHAN-BAHAN DAN MANFAAT

· Vitamin C – membantu mengurangkan cela, mengawal penghasilan sebum dan mencerahkan titik gelap pada wajah.

· Silanediol Salicylate – membantu mengatasi masalah jerawat

· Ekstrak Aloe Vera – mengekalkan kulit berseri dan segar

· Niacinamide - Niacinamide adalah sejenis Vitamin B3 yang membantu mencegah Kerusakan UV pada kulit seperti pigmentasi. Ia juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan meminimumkan penampilan liang pada kulit.


Bagaimana nak guna:

Cuci muka dengan bersih dan keringkan dengan baik. Gunakan sejumlah kecil Clear Gel ORYN (untuk Jerawat, Whitehead & Blackhead) ke hujung jari dan sapukan pada jerawat atau kawasan bintik gelap. Sapukan sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. 

Kak lily rasa :

Selepas kak lily gunakan seketika, tanda-tanda kemerahan akan mulai pudar dan jerawat akan kurang kelihatan. Ianya bertindak pantas untuk mencapai kulit yang sempurna dan berseri.

Jadi, kepada korang yang masih lagi tercari-cari produk penjagaan kulit wajah yang berbaloi, korang boleh mencuba produk ORYN Skincare ini. Mahu hasil yang optimum, kak lily sarankan korang membeli set penuh ORYN Skincare.


Layari www.orynskincare.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

* Untuk kegunaan luar sahaja. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu.

Untuk maklumat lanjut:


Facebook: ORYN Skincare

Instagram/Twitter: @orynskincare


#ORYNSKINCARE #PRODUK #KECANTIKAN

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!