Sunday, May 30, 2021

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYANTUNI PASUKAN BARISAN HADAPAN SEBAGAI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

Hi Korang,

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah menyumbangk barangan bernilai RM35,000 kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya yang diharapkan dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Sumbangan barangan makanan dan penjagaan diri ini merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan kerja keras pasukan ini yang sedaya-upaya mengekang wabak Covid-19.


Ketika bulan Ramadhan pada Pada 5 Mei yang lalu, Suria KLCC telah menyumbangkan barangan makanan benilai RM20,000 kepada lebih 3,500 pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh untuk mempermudahkan mereka berbuka puasa dengan juadah yang telah dipesan khas oleh Suria KLCC dari salah sebuah restoren yang beroperasi di pusat membelibelah itu, Serai, beserta kueh raya. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur oleh pengurus komunikasi korporat Suria KLCC, Sherina Khairi.


Pada 3 Mei pula, pusat membeli belah Alamanda Putrajaya telah mengagihkan barangan makanan bernilai RM15,000 beserta bubur lambuk kepada pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan pasukan polis daerah Putrajaya. Ianya telah diserahkan oleh Pengurus Besar pusat membeli belah Alamanda Putrajaya, Ameer Thajudeen kepada Timbalan Pengarah Pentadbiran Hospital Sungai Buloh, Puan Nur Hazwani Binti Rabuan yang menerima bagi pihak Hospital Putrajaya dan ACP Hj. Mohd Fadzil Bin Ali, OCPD Putrajaya.



Di Pantai Timur pula, Mesra Mall meneruskan tradisi menceriakan masyarakat tempatan dengan menyumbangkan duit raya kepada 25 anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Kemasek bernilai RM250 pada 2 Mei. Ketika majlis itu juga, anak-anak yatim ini juga menerima barangan makanan sumbangan peniaga-peniaga di pusat membeli belah ini seperti Siti Khadijah, Big Apple Donuts & Coffee, Al-Ikhsan, Nasi Kandar Hameed, Muslym Shop, Yong Tau Foo dan Rasa Sayang. Pengurus Besar Mesra Mall, Baldev Singh telah menyampaikan duit raya dan barangan makanan tersebut kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Bin Mohamad Desa di perkarangan Mesra Mall.

Sebelum itu, pada 29 April, Mesra Mall juga telah menyerahkan bubur lambuk kepada pekerja barisan hadapan pegawai keselamatan dan pasukan Bomba di dalam Daerah Kemaman sempena sambutan Nuzul Quran.

Ketua Pegawai eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Ketika negara berusaha menangani pandemik ini, Suria KLCC berbesar hati untuk sama-sama memainkan peranan menjadikan pusat membeli belah kami selamat untuk membeli belah dan menjamu selera. Sebagai pemilik pusat membeli belah yang bertanggungjawab, kami sentiasa buat yang terbaik bagi memastikan kebersihan diutamakan untuk pelanggan kami pada setiap masa untuk terus berganding bahu dengan pasukan barisan hadapan dalam membanteras pandemic ini.”

Untuk info lanjut mengenai pusat membeli belah kami, layari:


Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre



No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!