Hi Korang,
Di bulan ramadan yang mulia ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pesona Raya Noir 2021, anjuran NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai.
Majlis pelancaran dan juga acara berbuka puasa ini dihadiri pengasas jenama Noir iaitu Puan Eriyca Baiduri yang lebih dikenali sebagai Madammu turut disertai oleh rakan niaga dan usahawan-usahawan Noir. Semua hadirin yang hadir begitu bergaya dengan berbaju kurung mahupun baju melayu mengikut warna tema yang diberikan iaitu pastel.
Kalau korang nak tahu yang pengasas Noir ini iaitu Puan Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.
Mengekalkan keyakinan setiap wanita dalam mencapai kecantikan secara sihat dan selamat, Noir memperkenalkan 4 pakej-pakej istimewa untuk semua pelanggan setia Noir yang merangkumi produk-produk penjagaan wajah, makanan tambahan kesihatan dan kosmetik sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Istimewanya pakej yang ditawarkan ini memfokuskan kepada aspek utama menampilkan pesona wanita, Noir mengetengahkan pakej kecantikan dan kesihatan secara selamat dengan promosi produk Noir yang premium, halal dan selamat.
Yang penting, kulit tampil sentiasa muda dan anjal menerusi rumusan bahan-bahan yang sesuai dan terbaik untuk kulit wanita. Amalan Noir dalam mendapatkan wajah tampak berseri dan mencapai kecantikan secara alami, menggunakan unsur-unsur semula jadi. Memulihkan kesejahteraan demi kesihatan yang optimum dan kulit yang sihat dan jelita, dari dalaman.
Kenapa Perlu Dapatkan Pakej Pesona Raya Noir
Atas kesedaran masalah kulit wajah yang sering dialami oleh wanita, Noir melancarkan pakej-pakej kecantikan dan kesihatan istimewa pada bulan Ramadhan untuk membantu menyelesaikan masalah para wanita menjelang menyambut Aidilfitri.
Antara masalah kulit yang sering dialami oleh para wanita ialah:
a. Kulit kusam
Masalah yang paling sering dialami wanita adalah kulit kusam. Kulit kusam disebabkan oleh kulit kerap terdedah dengan sinar matahari, radikal bebas dan pencemaran persekitaran. Kulit kusam mengakibatkan penampilan kulit terlihat lebih gelap.
Kulit kusam ternyata bukan sekadar masalah luaran semata-mata. Kebanyakan orang mungkin berpendapat bahawa kulit hanyalah pelindung luar, padahal kulit juga adalah organ yang sama pentingnya dengan bahagian tubuh lain dan memiliki banyak tugas penting.
b. Kulit Berjerawat
Jerawat tidak hanya muncul semasa usia menginjak zaman remaja sahaja. Bahkan orang dewasa hingga usia 40-an juga sering mengalami masalah kulit muka berjerawat. 20% di kalangan wanita pasti akan mengalami masalah ini.
Jerawat baik berupa komedo kecil hingga jerawat batu, turut meninggalkan kesan kehitaman pada wajah malah ada juga yang mengalami luka dan parut.
Jerawat pada wajah yang disebabkan oleh minyak berlebihan yang mengakibatkan liang pori-pori tersumbat.
c. Kedut dan garis halus pada wajah
Ini adalah masalah kulit yang sering dialami, terutamanya wanita yang bekerja di luar. Kulit berkedut juga biasanya dikaitkan dengan bertambahnya usia. Padahal masalah ini melibatkan pelbagai faktor yang mempercepat terjadinya garisan halus di wajah, seperti gaya hidup, pola makan dan persekitaran.
Antara penymbang utama adalah terdedah kepada matahari dan radikal bebas yang menyebabkan hilangnya pelindungan kulit. Sinar ultraviolet akan menyebabkan wajah akan menjadi lebih tua dengan pantas.
d. Hiperpigmentasi atau jeragat
Hiperpigmentasi adalah keadaan kulit yang terkesan dengan munculnya bintik-bintik berwarna gelap. Jeragat menjengkelkan yang muncul pada kulit itu tidak ada hubungannya dengan usia.
Hiperpigmentasi juga terjadi akibat inflamasi kulit, yang menimbulkan warna gelap pada bekas kulit yang terluka atau yang mengalami keradangan.
Lakukan eksfoliasi untuk mempercepat pergantian sel atau menggunakan essence dan serum untuk sehingga bintik-bintik penuaan memudar. Jangan lupa untuk selalu menggunakan sunblock.
Sunblock adalah cara pencegahan terbaik untuk menghindari berbagai masalah kulit, termasuk bintik-bintik hitam.
Pakej Pesona Raya Miniset
Memperkenalkan pakej kombinasi set mini keluaran terbaru Noir dan produk best-seller, Noir UV White Foundation.
Set mini, Flawless Beauty dan Crystal Skin disasarkan untuk memudahkan para pelanggan untuk membuat pilihan yang tepat dalam rutin penjagaan kulit masing-masing. Dan UV White Foundation melengkapi rutin ini dengan melindungi kulit dari sinar matahari.
Flawless Beauty, set yang fokus kepada kulit jenis berminyak. Dilengkapi dengan rutin penjagaan yang lengkap terdiri daripada Mousse Purifying Cleanser (30ml), Skin Relax Scrub (10ml), Skin Refining Essence (20ml), Noir Acne Serum (15ml) dan Whitening Gel Hydrant (10g).
Set mini ini ditampilkan untuk:
• merawat masalah kulit berjerawat
• mengawal kulit berminyak
• mengecilkan liang pori yang membesar dan tersumbat
• mencerahkan dan sekatakan warna kulit
Crystal Skin, rumusan khas untuk kulit normal, kering dan kombinasi. Set ini mengandungi Malachite Crystal Cleanser (30ml), Moisturising Facial Scrub (10ml), Hydrant Activating Essence (20ml), Skin Revitalising Serum (15ml) dan Whitening Gel Hydrant (10g).
Fokus untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan kulit kering dan kombinasi iaitu:
• memelihara kelembapan kulit
• anti-penuaan dan mengatasi kedutan wajah
• mengurangkan jeragat dan pigmentasi kulit
• mengatasi kulit kusam
Satu set mini dipakejkan dengan UV White Foundation yang diformulasikan dengan pigmen mineral semulajadi dan kaya dengan kandungan Vitamin C, ia meliputi kecelaan sambil membetulkan tona kulit yang tidak sekata dan meminimumkan penampilan pori dan garis halus. Pelanggan boleh memilih warna sama ada Super Light dan Light.
Pakej Pesona Raya Miniset (1 unit miniset Noir dan 1 unit UV White Foundation) ini dijual dengan harga RM289.
Pakej Pesona Raya Pure White
Noir Pure White merupakan produk Noir yang telah membantu ramai wanita tampil cantik dan sihat. Kaya dengan vitamin C, Camu-Camu membantu menguatkan sistem imunsasi anda dan diperlukan untuk pembentukan kolagen dan pembentukan Glutathione, secara semula jadi di dalam badan anda. Bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam badan anda dan penting untuk kesihatan kulit dan sistem imunsasi anda.
Manfaat mengambil Noir Pure White sebagai makanan tambahan:
• mencerahkan kulit
• memudarkan jeragat dan parut
• melembutkan permukaan kulit
• anti penuaan
• menghapus toksin dalam badan
• mengatasi masalah alahan kulit dan eczema
Pakej Pesona Raya Pure White ini didatangkan dalam 10 sachet dengan harga RM85.
Pakej Noir Iconic
Noir memperkenalkan rangkaian produk kosmetik yang terkini. Set Noir Iconic merupakan set asas bagi wanita yang ingin tampil manis walau dengan solekan minima.
Noir Iconic terdiri daripada Total Translucent Loose Powder, Perfect Glow Cheek Blush, Volumizing Lash Mascara, Ultra-Definition Brow Sculptor dan Lasting Liquid Eyeliner.
Bedak wajah Noir, Total Translucent Loose Powder, menjadikan pemakaian solekan meluas menerusi debu-debu bedaknya yang halus. Ia mampu melitupi liang pori, garis halus dan cela wajah. Serbuk lembut dan ringan bak udara, ia dapat meminimumkan kilauan wajah. Anda boleh mendapatkan permukaan wajah tampak matte, rata dan cantik.
Dilengkapi dengan pemerah pipi, Perfect Glow Cheek Blush, warna pipi merah jambu menambahkan lagi seri wajah ditambahkan oleh efek glowing daripada bahagian highlighter dalam set kompak ini. Duo ini membantu menenangkan dan mencerahkan kulit anda. Meningkatkan penghidratan dapat membantu kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.
Volumizing Lash Mascara keluaran Noir didatangkan dalam 2 jenis berus yang berbeza, iaitu Jumbo dan Skinny. Bahagian Jumbo untuk menghasilkan bulu mata yang lentik dan kemas, manakala bahagian Skinny untuk memanjang dan melebatkan lagi bulu mata.
Hasilkan kening yang kemas dan jelas dengan Ultra-Definition Brow Sculptor. Gel berwarna coklat gelap yang meluncur pada kening dengan lancar dan tidak pudar. Didatangkan dengan berus, spooley dan angled brush.
Lasting Liquid Eyeliner boleh dipakai sepanjang hari supaya anda tetap selesa. Buat rupa yang dapat dibayangkan pada setiap bentuk mata. Hujung berus mudah untuk digunakan dan memberi ketepatan yang ingin dicapai.
Set Noir Iconic dilengkapi 5 item ini boleh didapatkan dengan harga RM255. Percuma tote bag edisi khas Noir.
Pakej Lady Noir
Set yang lengkap ini mengandungi rangkaian produk dari Noir Cosmetic untuk tampil mempesona di Hari Raya.
Pakej Lady Noir ini merangkumi Hydro-Soothing Makeup Remover, Total Translucent Loose Powder, Perfect Glow Cheek Blush, Timeless Obsessions Eye Palette (Rouge Edition), Volumizing Lash Mascara, Ultra-Definition Brow Sculptor, Lasting Liquid Eyeliner dan Soft Eyeliner Pencil. Terdiri daripada 3 produk ekstra berbanding Noir Iconic.
Selain menanggalkan kesan mekap, Hydro-Soothing Makeup Remover turut menghidratkan permukaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, formulasi ini menyegarkan dan melembapkan kulit anda.
Timeless Obsessions Eye Palette edisi Rouge ini menampilkan warna-warna ros yang neutral, sesuai dipadankan dengan warna pakaian. Warna yang kaya - dari kemasan matte yang boleh dipakai harian dan kemasan berkilat untuk tampak elegan. Susun palet warna dalam baris yang berasingan untuk membuat penampilan yang mudah dan versatil.
Pensil mata tahan lama! Soft Eyeliner Pencil dengan tekstur yang meluncur, memastikan aplikasi yang tepat dan lembut pada bahagian dalam mata untuk penampilan yang lebih menonjol.
8 produk kosmetik untuk melengkapi pagi Raya anda dengan harga RM455. Percuma tote bag edisi khas Noir.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kami di saji dengan demonstrasi solekan muka dengan menggunakan produk Noir. Ternyata warna-warna yang di gunakan oleh MUA ini sangat cantik dan kena pada modelnya, dan cara solekannya amat mudah dan senang untuk kami ikuti
Sambil menikmati juadah hidangan berbuka, kami dihiburkan oleh penyanyi Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana. Siti Nordiana begitu anggun sekali telah yang menyampaikan 2 buah lagu yang cukup istimewa. Dan sememangnya kami benar-benar terhibur.
Jangan lupa untuk dapatkan produk Noir Pesona Raya 2021 yang ditawarkan sehingga Hari Raya sahaja. Esklusif untuk tempoh terhad pada harga yang cukup hebat!
Untuk keterangan lanjut dan pembelian produk boleh layari:
Website :
Facebook Page :
Instagram :
https://www.instagram.com/noirhealthbeauty/
Untuk pembelian produk boleh hubungi agen atau stokis Noir yang berdekatan dengan korang
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!