Tuesday, April 13, 2021

Kenapa Internet Slow Sangat Nieh? WiFi Problem Kot.

Hi Korang,

Sebagai seorang yang Buta IT, kak lily memang redho jer dengar cakap salesman ISP tuh.

Even WiFi tuh kak lily ingatkan modem/router yang ada kat umah tuh. Sebenarnya bukan yer.

Secara asasnya, WiFi singkatan kepada Wireless Fidelity sama seperti WLAN yang berasal dari 'Wireless Local Area Network'.

WiFi berfungsi sama seperti lain-lain peranti tanpa wayar - ia menggunakan frekuensi radio untuk menghantar isyarat antara peranti. Frekuensi radio yang digunakan berbeza dengan frekuensi yang digunakan di walkie talkie, radio dan telefon bimbit. Contohnya radio di kereta anda menerima frekuensi dalam julat Kilohertz dan Megahertz (AM dan FM), tetapi WiFi menghantar dan menerima data dalam julat Gigahertz.

credit : google.com

Untuk WiFi, frekuensi yang digunakan 2.4Ghz dan 5Ghz. Gelombang ini adalah sangat serupa dengan frekuensi yang ditemui dalam microwave. Microwave menggunakan 2.450Ghz untuk memanaskan makanan dan router pula menggunakan 2.412 GHz hingga 2.472 GHz untuk menghantar data melalui WiFi.

Baru korang paham sket kan, biasalah kita acik-acik nieh menda teknologi ni agak lembab sket.. Iye dakk

Jadinya setiap kali ada je promo terbaru dari oleh syarikat Internet Service Provider (ISP) yang kak lily langgan tuh ermm terus upgrade. Bila dia cakap kena tambah duit sket untuk bayaran bulanan eh dengan keterpaksaannya kak lily pun bayo jugaklah janji speed internet laju.

Mana taknya walaupun duduk berdua kat rumah ni tapi device ktorang memang banyak.

Dengan 2 laptop, 2 ipad, 3 smartphone, android tv box even kat dapur pun ada Google Home Mini tuh, bayangkan usage internet yang ktorang guna setiap hari. Ada berangan jugaklah nak letak speaker dalam toilet macam kat hotel tuh hehehhee

Bila malam jer baru nak tengok android tv box ermm 2-3 minit lagging. Lepas tuh dia elok balik kemudian dia jadik balik. Aje giler bila citer tuh nak abis kalau asyik lagging jer kan. Sama jugak macam tengok youtube kat ipad hah itulah dia, gelung-gelung tuh berputar jer, tapi tetap tengok jugak walaupun hazab.

Bayangkan kalau weekend plak, lagiklah usagenya mendadak naik sebab sepanjang hari ada kat rumah, but still samo gaklah. Sampai kekadang terfikir agaknya jiran-jiran ni hack password modem rumah ni itu yang jadik slow tuh.

Bila pi komplen kat ISP, diorang cakap nanti diorang datang check.

Ye memang diorang datang siap letak booster lagik tapi hasilnya sama gak cam tuh jelah, bayar mahal tapi servis cam tuh jugak. Itu yang redho jer sebab penat nak ulang-alik buat komplen tapi hasilnya nan hado

Maka wujudlah #bertabahlah kalau sedara mara datang mintak WiFi password kan. Masa bagi password siap pesan hati kene tenang ek, doa bebanyak WiFi laju hehehehe

Kebetulan kawan kak lily si Afzal ni kenal dengan En Mazlan dari Power Link Transmission Malaysia Sdn. Bhd. (PLT), dan si Afzal ni pun ada masalah internet yang sama hauk dengan kak lily so dia ajak sekali ke rumah maknya untuk dengan DEMO Percuma WiFi ni.

Orang dah ajak janganlah lepaskan peluang so kitaorang pi lah last weekend ke rumahnya.

Seronok dengar citer En Mazlan ni

Memula sekali En Mazlan tanya, kenape internet slow?

Kak lily cakaplah wifi tak cukup speed untuk laju kot terus dia cakap eh bukan masalah WiFi. WiFi perantara router dengan device (macam kak lily citer kan atas tuh) so kalau modem/router yang cukup tak kuat secara automatiknya WiFi pun slow.

Hah gituh citernya

Setiap lokasi berbeza cara penerimaan WiFinya, kena tempat tuh tak de halangan di antara router ke device macam di ruang tamu, ruang makan so internetnya smooth je. Tapi kalau kita duduk di dalam bilik, ataupun di dapur mahupun di dalam toilet sekalipun dan kemudiannya pintu tutup pulak itu yang menjadikan ianya slow, maknanya ada halangan iaitu dinding dan pintu ataupun mungkin sebab-sebab lain. Jadinya layout dan perletakan router itu sendiri memainkan peranan di dalam keberkesanan WiFi tersebut.


Bila tengok line kat rumah mak Afzal ni asyik lagging jer terus En Mazlan menukarkan peranti WiFi yang dia bawak tuh.

Sangat-sangat berbeza yer.

Langsung tiada sangkut-sangkut at all

Speed Test


 

Lain machiam perginya, kadar upload dan download berbeza dari sebelumnya.

Menonton Video



Nampak tak En Mazlan drag cursor tuh bagi laju langsung tak de buffering yer. So nak forward ke nak rewind ke boleh tak de masalah.

Menonton Youtube Video 4K



 

 Tengok kualiti gambarnya langsung tak pecah, cantik betul lah kan


Video Call


Masa ni kak lily kat luar rumah, keluar daripada kawasan rumah sampai ke jalan depan, Afzal dalam bilik belakang sekali dan Zati dekat hall. Still ktorang boleh borak-borak tanpa gangguan putus-putus macam borak-borak kat sebelah jer.

Kelebihan peranti WiFi ini, ianya memberikan liputan kawasan internet (coverage) yang lebih luas dan boleh digunakan sehingga 100 peranti dalam satu-satu masa. Ini kerana kebanyakan peranti WiFI di kedai di luar (market) menawarkan HANYA sehingga 5 pengguna peranti pada satu-satu masa. Paling penting kelajuan akses internet yang ditawarkan memang cemerlang.

Sangat-sangat puas hati.


Memacam ilmu baru yang kak lily belajar dari seorang yang memang pakar dan mahir dalam bidang Network ni. Terus rasa celik IT dibuatnya hehehehehe

Apa yang menarik sesi demonstrasi ini adalah dilakukan secara PERCUMA.

Eh seriously kak lily tak tipu lah wei !

Tidak ada sebarang yuran atau caj yang dikenakan. Ianya lebih kepada atas nasihat dan penerangan secara PERCUMA mengenai apa masalah yang sedang berlaku.

Buat masa sekarang DEMO secara PERCUMA hanya meliputi kawasan Lembah Klang sahaja (pada masa akan datang insyaallah satu Malaysia.).

Kak lily syorkan bagi korang yang still Work From Home (WFH) dan anak-anak yang still ade online class hujung minggu tuh memang patut mencuba DEMO ni dulu, tengok sendiri keberkesanannya. 

Pertanyaan dan juga temujanji sesi demonstrasi boleh hubungi :

No Tel : 019-2307867 (Mazlan)
E-mail : sales@plt.com.my



Sedikit Info Mengenai Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd

Untuk pengetahuan semua Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd (PLT) adalah pembekal kepada peranti wifi yang dapat menyelesaikan masalah sambungan internet yang perlahan di rumah, organisasi pejabat dan sebagainya. Kepakarannya bukan hanya sebagai pembekal tetapi PLT juga menyediakan khidmat nasihat tentang masalah yang sering dihadapi oleh pengguna wifi/internet.


#PowerLinkTransmission 
#PLT 
#WiFiPower 
#InternetLaju 
#MeshWiFi 
#Routers 
#gamingexperience 
#videoconferencing 
#Zoom 
#GoogleMeet 
#MicrosoftTeams 
#GoogleClassroom 
#InternetSlow 
#InternetProblems 
#WiFiWeak 
#poorWiFi 
#SlowWiFi 
#WorkFromHome 
#BetterWiFIMadeGreat 
#SimplyBetterWiFi 
#NoMeshBoosterExtenderShits


2 comments:

  1. Kalau akak pasang, Dak Uban akan bawa kengkawan lepak rumah layan movie tu.

    ReplyDelete
  2. Jom kita lajukan internet kita supaya boleh main PUBG atau MLBB dengan geng lain...bayar mahal kan bulan-bulan internet tu tapi menyiput je. Baik la beli device nie utk upkan kelajuan.....hati senang dan tenang je layan cite korea kan

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!