Tuesday, April 27, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Kembali Eratkan Jalinan’ Di TH Hotel Kelana Jaya

Hi Korang,

Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kali ini kak lily bawak korang ke TH Hotel Kelana Jaya untuk merasai sendiri menu-menu buffet ramadan yang di sajikan kepada kita.


Tema Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya pada tahun ini adalah ‘Kembali Eratkan Jalinan’. Tema ini dipilih kerana pada tahun 2020 tahun yang lepas, kita semua tidak dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Hotel juga tidak dapat menyediakan juadah berbuka puasa untuk dinikmati oleh orang ramai. Justeru pada tahun ini, setelah kerajaan membenarkan hotel beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan, tema ini menggambarkan suasana waktu berbuka puasa yang dapat diraikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.




Bufet Ramadan tahun ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh di nikmati ialah Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Kurma, Rendang Abe Aji, Sayur Pucuk Paku Lemak Kuning, Ikan Patin Tempoyak, Tulang Rawan Gulai Kawah, Daging Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Tenggiri, dan banyak lagi.



Tetamu boleh menikmati pilihan tempatan seperti Ulam-Ulam dengan Sambal Belacan, Budu, Cincaluk, Jeruk Buah-Buahan, Pelbagai Keropok, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Pegaga, Kerabu Perut, Kerabu Kacang Panjang, Telur Masin, Ikan Masin, dan sebagainya.




Tetamu juga boleh melihat barisan gerai yang menampilkan konsep berbeza semasa waktu berbuka. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah Gerai Middle East, Gerai Char Kuew Teow, Gerai Goreng-Goreng Rangup, Gerai Mongolian Beef, Gerai Shellout ‘Kava’, Gerai Noodle Station, Gerai Ais Leleh, dan Gerai Minuman Panas & Sejuk.

Tarikan utama Bufet Ramadan tahun ini adalah Kibas Golek!


Jarang sekali kita dapat lihat Bufet Ramadan menghidangkan Kibas Golek. Kibas Golek boleh dimakan bersama Nasi Arab Mandy atau dimakan begitu sahaja dengan sos pilihan iaitu Mushroom Sos, Black Pepper Sos, Mint Sos, dan Air Asam Bunga Kantan.



Selain hidangan bufet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Antara pemanis mulut yang dihidangkan adalah Sago Gula Melaka, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Pulut Panggang, Kuih Talam, Jelly Buah-Buahan Tempatan, Puding, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam dan sebagainya.

Bufet Ramadan TH Hotel dibuka setiap hari dari jam 6.00 malam hingga 10.00 malam dari 14 April 2021 hingga 12 Mei 2021. 

Harga bagi Bufet Ramadan 

RM69.90 bersih untuk dewasa
RM39.90 untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU.

TH Hotel Kelana Jaya juga menawarkan Promosi Hari Gaji berharga RM59.90 bersih untuk dewasa. Promosi adalah sah daripada 22 April sehingga 1 Mei 2021.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, hubungi Jabatan Jualan & Pemasaran di 03-7873 6297 atau melalui Whatsapp 014-7572808 (Bismi), 014-9585662 (Nadhira).

Jom kita ke :


TH Hotel Kelana Jaya
Tabung Haji Complex in Kelana Jaya
Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7873 6297


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :


Website :

Facebook Rasmi :
facebook.com/thhotel dan facebook.com/tahacafe

Instagram Link :
instagram.com/thhotelkelanajaya dan instagram.com/tahacafeofficial


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


#BuffetRamadan2021
#bukapuasadihotel
#hargabuffetramadan

1 comment:

  1. Wow. Another one harga bawah RM100. Nak share dengan kakak la sebab dia nak bawa famili ke sana

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!