Saturday, March 6, 2021

MINI WRAPS BAHARU DARI MISSION FOODS

Hi Korang,

Yang mana satu, idaman kalbu! Mission Foods, pengeluar wrap tortilla kegemaran ramai memperkenalkan rangkaian wrap bersaiz kecil yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kecil saiznya, rasanya tetap enak dan semestinya akan membuatkan anak-anak dan juga ibu bapa teruja dengan tiga rasa yang hebat dan ilustrasi yang menarik pada bungkusannya.



Tersedia dalam tiga perisa – Tomato, Wholemeal dan Original, wrap ini didatangkan dalam bungkusan yang boleh ditutup semula. Saiz wrap yang kecil dengan diameter 5.75 inci sememangnya sesuai untuk jari jemari halus kanak-kanak.

Randall Tan, Pengurus Jenama bagi Mission Foods Asia Selatan, berkata, saiz bagi rangkaian terbaharu ini amat sesuai untuk hidangan si kecil. “Anak-anak memerlukan khasiat yang tepat untuk tumbesaran, namun untuk memastikan mereka memakan makanan yang betul boleh menjadi satu cabaran. Di Mission Foods, kami juga ibu bapa dan kami sentiasa mencari jalan untuk menjadikan makanan sihat lebih menarik untuk anak-anak,” kata beliau sambil menambah bahawa wrap tersebut mengandungi kurang gula dan merupakan sumber serat. “Kami hasilkan wrap ini menjadi lebih kecil untuk disesuaikan dengan anak-anak yang mempunyai tangan serta selera yang lebih kecil. Wrap ini lebih mudah untuk dipegang dan diguna oleh kanak-kanak, dan menjadi satu kanvas untuk seni masakan yang boleh mereka fikirkan,” tambah beliau.

Ilustrasi raksasa comel yang menarik dan berwarna-warni pada bungkusan juga menambahkan lagi keriangan waktu makan. “Makanan yang menarik akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka biasanya lebih mementingkan visual. Ini merupakan cara terbaik untuk menambah elemen bermain dan eksperimentasi dengan makanan supaya mereka dapat menghasilkan hidangan mereka sendiri,” kata Randall.

Baru-baru ini Mission Foods telah melancarkan satu kempen yang dinamakan #PerfectForLittleFingers, di mana mereka bekerjasama dengan penulis blog dari komuniti keibubapaan dan penggaya set bento untuk berkongsi resipi dan idea menggunakan Mini Wraps di platform media sosial mereka. Abang Brian, alumni Le Cordon Bleu dan selebriti Masterchef, turut bersama-sama menjayakan kempen dengan berkongsi resipi yang boleh dicuba oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah. Juga pemilik Young Chefs Academy yang terkenal, cef selebriti ini menghasilkan tiga resipi yang mengubah Mini Wraps menjadi hidangan kanak-kanak yang menarik iaitu Caterpillar Chicken Wrap menggunakan Tomato Mini Wrap, Bear Bear Pizza Wrap menggunakan Wholemeal Mini Wrap dan Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap menggunakan Original Mini Wrap.

Bear Bear Pizza Wrap

Caterpillar Chicken Wrap

Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap

“Dengan Mini Wraps, anda tidak akan rasa bersalah untuk mengajak anak anda untuk ‘bermain’ dengan makanan. Tidak ada umur yang terlalu muda untuk anak-anak mula terlibat dalam menyediakan hidangan sihat mereka sendiri. Dengan sedikit bantuan dari ibu bapa, waktu makan akan menjadi seronok seperti waktu bermain!” kata Abang Brian.

Sebagai sebahagian dari kempen, Mission Foods juga mengadakan satu pertandingan untuk pengguna menyertai bengkel eksklusif bersama Abang Brian. Peserta perlu menghantar lukisan raksasa yang paling kreatif berdasarkan bungkusan Mini Wraps baharu, yang dilukis oleh anak-anak mereka. Pemenang – 20 pasangan ibu/bapa dan anak, akan berpeluang menyaksikan penyediaan resipi Caterpillar Chicken Wrap oleh Abang Brian dan menghasilkan resipi tersebut bersama-sama, seterusnya membawa pulang hasil ciptaan mereka beserta barangan dari Mission Foods bernilai RM200 setiap seorang.

Ini dia resipi untuk korang jadikan panduan yer





Mission Mini Wraps terbaharu yang didatangkan dengan tiga perisa kini boleh didapati di pasaraya terkemuka, tersedia di bahagian roti di samping produk Mission Foods yang lain termasuk wrap, naan, pita dan kerak piza. Sebagai keperluan asas di dapur, Mini Wraps ini merupakan satu kemestian untuk senarai barangan runcit anda sama ada untuk anak-anak bereksperimentasi pada musim cuti sekolah mahupun sebagai hidangan untuk kembali ke sekolah.


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari:

laman web Mission Foods

Facebook: 

Instagram: 



No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!