Hi Korang,
Siapa tengok ending citer ni malam tadik??
So what do you think??
Ahkak pun lama benau tak menengok citer melayu kan asyik duk layan Netflix dengan Korea langung tak nampak tibitige tuh hah
Ermmm nanti kak lily share my opinion ek.
Kalau korang nak tau drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 17 Februari 2021 dan baru sahaja habis episode akhirnya semalam.
Nah ni sinopsisnya sket amik kat Wikipedia hah senang…
Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?
Jeng jeng jeng..
Kak lily mula tengok drama ni masa episode 3 itu pun sebab nampak Kinah macam perangai hanat jer dalam drama ni, so continue tengok jelah.
Makin-makin lama, watak antagonis Kinah tuh makin geram plak di tengoknya.
Kenal plak dengan Cik Embun tuh makin manjadi-jadilah amalan syiriknya, sanggup buat menda-menda terkutuk ni demi cinta. Betul kata orang kalau dah cinta mati tuh. Siap ada bilik untuk memuja bagai, itulah hantu duk bertapa kan.
Tapi memang kuatlah ilmu-ilmu hitam ni kan sampaikan si Eizlan tuh lupa anak bini, lupa keluarga semua sanggup dia ceraikan Raihani tuh ermm sedih wei bila episod tuh, mak sebak nyah.
Nasib ada Pian yang sudi menjaga family Rai ni sampai kena kawin kan itulah over protective sangat, memula tuh tak suka tapi dah lelama tuh eh seronoklah plak kawin ek hehehhehehe biasalah tuh sampai tak nak ceraikan si Rai tuh.
Episod Akhir Aku Yang Kau Gelar Isteri
Seriouslah tak sangka habis secepat ini, ingatkan lagi minggu depan.
Bagi kak lily laju sangat fast forwardnya. Lepas Eizlan ceraikan Laila dengan Talak 3 tup-tup dah terbaring kat serambi rumah kat kampung dengan ada Naim dan Pian serta sorang ustaz kot untuk ubatkan dia.
Si Laila balik ke kampung untuk cari gambar Rai untuk di santau plak.
Eh kena plak santau tuh kat Raihani itu yang Pian mati tuh sebab nak selamatkan Rai, akhirnya dia sendiri mati di tangan Rai. Takperlah sebab si Pian ni dah cakap dengan Mak Lang yang dia sanggup mati untuk selamatkan Raihani eh memang cinta mati sungguhlah kan. I lap u Pian eh over plak ahkak ko ni kan
Aduimak kisah ending Laila tragis wei, demi nakkan Eizlan balik di suruhnya Cik Embun tuh gugurkan kandungan Laila. Hah cucuk dengan batang ape tuh ek, ishkk ngilu plak part kat tepi sungai tuh. Menangis-nangis si Laila tuh dah ler berdarah-darah bagai. Kak lily tak sanggup nak tengok, aku tutup mata aku sebelah dengan bantal.. sedey weii… Kesudahannya si Laila mati kat bilik air akibat tumpah darah yang banyak.
Tapi
Tetiba dah hujung-hujung tuh si Cik Embun tuh mengorek kubur si Laila tuh!!
Berderau darah aku menengok pompuan rambut mengerbang bawak anak depan pintu rumah Eizlan huhuhuhu dah confirm-confirm anak si Eizlan dengan Laila tuh, kemudian mata terbeliak pandang kamera ishkkk hampeh sungguh terlepas remote tv akak semalam tau.
Jadikk mungkinkah ada Season 2???
Tungguuuuu…..
p/s : credit photo dari Google.com
wajib la tgk sbb ada adi putra..tp ending smlm hampeh je...mcm nk cpt je...tu kata mayb ada season 2...tp masa rai bertenggek yg kena rasuk tu seram juga
ReplyDelete