Thursday, February 4, 2021

Cosmoderm Perfect Balance Dengan Formulasi Prebiotik Dan Calamine

Hi Korang,

Kalau korang nak tahu yang Cosmoderm telah melancarkan secara rasminya produk terbaru mereka iaitu "Cosmoderm Perfect Balance" baru-baru ini. Kak lily sempat menyaksikannya secara virtual di FB live Cosmoderm, cuba-cuba jugak join contest giveaway tuh ermm tapi tak de rezeki lah


Bila korang tengok packagingnya korang akan tentu tertarik kerana warnanya yang begitu menyerlah sekali iaitu PINK. Kebiasaanya produk Cosmoderm, packgingnya lebih kepada warna-warna biasa seperti kuning, hijau dan merah, seriously memang kak lily sukakan packaging kali ini.

Cosmoderm terkenal dengan produk penjagaan kulit muka yang pelbagai jenis seperti normal, berminyak, kulit kering dan sensitif.

Kali ini set Cosmoderm Perfect Balanced di datangkan dengan 2 formulasi iaitu prebiotik dan calamine. Kedua-dua formulasi ini mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri.



Kebaikan Prebiotik dan Calamine

Di antara kebaikan prebiotik dan calamine adalah seperti berikut:-

Prebiotik
Prebiotik dari sudut kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dan menyeimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dan memberi perlindungan yang konsisten.

Calamine
Calamine pula berfungsi meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit. Selain itu dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan. Ianya juga memberi perlindungan kulit akibat pendedahan pengcahayaan matahari.

Set Cosmoderm Perfect Balanced

Untuk set asas Cosmoderm Perfect Balanced ini, ianya di datangkan dengan 4 produk mengikut 4 langkah penggunaaannya, iaitu:-

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA ++

Cara Penggunaan Cosmoderm Perfect Balanced

Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser


Perfect Balanced Foaming Cleanser ini diformulasi dengan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Produk ini Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES dan pewarna tiruan. Kebaikan produk ini adalah dapat membersihkan wajah secara 'deep clean' sekaligus menghapuskan kotoran dan celaan pada wajah kita. Ianya juga dapat mengurangkan masalah minyak berlebihan di muka.

Ini merupakan langkah pertaman dalam rutin penjagaan wajah. Membersihkan kulit dengan hanya picit sedikit (mengikut amaun yang dikehendaki) ke telapak tangan. Campurkan sedikit air dan bersihkan ke seluruh wajah dan bilas

Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion


Seterusnya kita gunakan Perfect Balanced Toning Lotion. Ianya adalah dalam berbentuk cecair berwarna mereah jambu. Diformulasi dari calamine dan juga 20,000ppm prebiotik yang dapat melegakan masalah kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan melembap. Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Paling penting ianya selamat digunakan bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.

Setelah muka selesai dibersihkan, lap kering. Seterusnya letakkan sedikit toning lotion ke telapak tangan dan tekapkan sahaja dimuka secara perlahan-lahan.

Cosmoderm Perfect Balanced Wow Cream


Untuk langkah ketiga, gunakan Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream bagi tujuan untuk melembapkan wajah. Sememangnya produk ini dapat memberi 3x peningkatan kelembapan kulit, mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta dapat mengurangkan cela pada permukaan kulit.

Diformulasikan dengan calamine pekat dan 30,000ppm bertujuan untuk memeri kelegaan kepada kulit dan memperbaiki daya ketahanan kulit.

Krim ini berwarna gabungan pink dan putih. 

Tekstur krim yang agak likat sedikit. Hanya sapu krim secara menyuluruh ke seluruh wajah dan leher. Krim ini boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF 25 PA ++


Produk terakhir adalah Cosmoderm Mineral Sun Milk dengan SPF25PA++. Sememangnya berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UVA dan UVB.

Produk ini mampu meningkatkan perlindungan terhadap kulit terutama sekarang cuaca yang agak panas. Ini bagi mengekalkan kecerahan kulit selain daripada mengatasi masalah seperti kerengsaan kulit, sunburn dan sebagainya.

Hanya picit sedikit di telapak tangan. Sapukan rata ke seluruh wajah.



Review Cosmoderm Perfect Balanced

Kak lily dah cuba 2-3 kali kesemua rangkaian produk dari Cosmoderm Perfect Balanced memang dapat kak lily rasakan perbezaannya. Muka lebih rasa bersih dan lembut

Langsung tak ade nampak kesan kemerahan-merahan di pipi. Rasa selesa jer kulit muka.

HARGA PRODUK :

Foaming Cleanser : RM19.90
Toning Lotion : RM45.90
Soothing WOW Cream : RM65.00
Sun Milk with SPF25 PA+++ : RM60.00


Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. 

Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website:

Facebook Page:

Instagram Link :


1 comment:

  1. Warna die tu cute sangat lah... Nani kalau cosmoderm gune Vit E cream tu je.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!