Hi Korang,
Kemain ye korang time PKP ni melayan Tik Tok kan!!
Eleh jangan nak tipu, kak lily nampak je korang duk scroll-scroll kat handphone tuh ek. Hahahahaa bukan korang je, ktorang laki bini pun ade masa free jer memang melayan Tik Tok jer lah.
Sedikit asal usul aplikasi Tik Tok ni ek
TikTok (Bahasa Cina: 抖音; Dǒuyīn) ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian China dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video bakat Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China. ByteDance mula melancarkan Douyin untuk pasaran China pada September 2016. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync 3 hingga 15 saat dan video gelung pendek 3 hingga 60 saat. Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia. TikTok boleh didapati di China sebagai Douyin; pelayannya berpusat di negara tempat aplikasi ini tersedia.
TikTok ialah aplikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Pada Februari 2019, TikTok, bersama-sama dengan Douyin, meraih satu bilion muat turun secara global, tidak termasuk pemasangan Android di China. Pada tahun 2019, TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun pada dekad 2010-an, iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/TikTok
Kalau dulu-dulu ramai orang menyampah dengan Tik Tok ni sebab banyak nau video-video tarian yang merapu tapi memang konsep Tik Tok ni untuk memuatnaik apa jua video dan video tarian yang paling mendapat tempat di hati di kalangan pengscrollernya.
Seriously kak lily dulu cam bengang-bengang jugak bila Mr Big download Tik Tok apps nie sebab dia memang leka menengok orang berjoget-joget bagai, agaknya dia macam tau jer muke aku panjang bile dia bukak orang berjoget-joget nie terus dia tengok video-video ilmiah. Ermm ilmiah kata ko kan!!
Selang 2-3 bulan bile PR sibuk duk tanya ada account Tik Tok ke tak, terus kak lily download jugak lah. Niatnya kalau ada task yang kena guna Tik Tok at least kak lily dah ada kan.
Memula tuh kak lily tak de lah layan video makcik-makcik joget tuh kan, aku pun scroll jelah. Tup-tup terjumpa plak video DIY barang-barang rumah, video masak-masak, video café hopping isk bermanfaat sungguh lah kan.
Sekarang ni asal ada free time sempat layan Tik Tok sekejap.
Kak lily suker tengok anak-anak dara nieh buat video ECO Shop haul, Shopee checked, deko-deko biilik. Memang menarik, terus banyak idea datang pas tengok video-video ni.
So apa pun, kak lily memang terhiburlah bila melayan video-video sebegini.
Ok nak pesan sket nieh, apa yang kite buat posting di mana-mana social media ni adalah tanggungjawab kita bersama. Kalau kita post menda yang bebaik elok-elok maka eloklah jadiknya tapi kalau kita buat posting yang buruk maka buruklah tanggapan orang lain terhadap kita yer.
So long…
Terpesona aku terpesona
memandang wajahmu yang manisssss
hehehhee….
Betul. Rawlins layan banyak yang hacks nie - make up hack, kitchen hack and macam-macam lagi idea nak nampak cantik/ kemas/ indah dengan belanja yang ciput hehehe
ReplyDelete