Wednesday, December 2, 2020

Ting Tong Ayam Goreng – Bersih, Halal, Segar Dan Pastinya SEDAP

Hi Korang, 

Ayam goreng memang di antara makanan kegemaran rakyat Malaysia terutama sekali bila tak tau nak makan apa. Sebab ianya senang, di mana pun boleh kita dapati cuma samaada sedap ataupun tidak jer kan. 

Kebetulan ktorang hujung minggu ni tak de buat apa so jalan-jalanlah ke Lake Field Sg Besi, di samping Mr Big nak tengok helmet motor, kak lily ada janji jugak dengan bebudak ni ajak lepak petang minum hah sebab lama tak jumpa kan. 


Lepak kat food court area sini, tup-tup ternampaklah Ting Tong ayam goreng ni kan. 

Gilerlah nama ko Ting Tong kan, mesti ownernya gila-gila kan sebab tuh letak nama Ting Tong ni. Kebetulan owner Ms Yenti ada di kedai so apa lagi teruslah ktorang sembang-sembang sket mengenai Ting Tong ayam goreng ni. 



Kalau korang nak tau yang jenama Ting Tong Ayam Goreng memang baru di pasaran. Di mana ianya Mempertengahkan konsep ala-ala 'street-food', melalui jualan di gerai membolehkan penggemar ayam goreng mendapatkan makanan kegemaran mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk pengetahuan semua, Tong Tong Ayam Goreng berpegang kepada 4 prinsip dalam pengendalian makanan iaitu bersih, halal, sedap dan segar, 

Latar Belakang Ting Tong Ayam Goreng 

Ting Tong Ayam Goreng diusahakan oleh pengusaha bumiputera iaitu pasangan suami isteri Puan Yenti dan Encik Rosdi Lew. Menurut Puan Yenti, beliau begitu semangat ini menjalankan bisnes dengan membuka gerai Ting Tong Ayam Goreng adalah inspirasi daripada arwah ibunya yang memang hebat dalam memasak. Bahkan rahsia tepung gorengan juga dari arwah ibunya sendiri. 



Puan Yenti juga berkata dalam perniagaan makanan beliau memang mengambil berat terutama dari segi keenakkan rasa, kebersihan dan kualiti yang mana perlulah setanding dengan kita masak untuk keluarga sendiri. Ianya perlu dari keikhlasan hati untuk memberikan dan menawarkan yang terbaik untuk pelanggan. 

Cara Penyediaan Ayam Goreng Ting Tong 

Ayam-ayam adalah disembelih mengikut syarat agama Islam. 

siap sijil halal semua yer

Diambil dari terus daripada pembekal-pembekal yang mempunyai sijil halal dalam pemprosesan ayam mentah. Ini juga antara rahsia kesedapan Ting Tong Ayam Goreng iaitu menggunakan ayam-ayam yang segar bagi mengekalkan kemanisan isi daging ayam itu sendiri. 

Rahsia ramuan tepung gorengan adalah dari 10 bahan istimewa yang dicampur menggunakan sukatan yang betul. Ini adalah rahsia keenakan Ting Tong Ayam Goreng yang mana keranggupannya boleh bertahan berjam lamanya. Gabungan bersama penggunaan ayam segar dan rahsia tepung gorengan turun temurun menjadikan Ting Tong Ayam Goreng begitu istimewa. 



Tambahan pula, minyak gorengan juga diambil kira dari segi kualitinya. Minyak sudah hitam atau berkeladak tidak akan digunakan sama sekali, ini kerana ianya boleh menjejaskan dari segi rasa dan rupa. Suhu kepanasan gorengan juga perlu betul bagi memastikan ayam dimasak sekata. Tidak hangit di luar dan mentah didalam. Ini bagi memastikan pelanggan berpuas hati setiap kali membeli Ting Tong Ayam Goreng, 


Antara yang ditawarkan di Ting Tong Ayam Goreng adalah seperti berikut:- 

· Peha Ayam - RM4.50/1 ketul 

· Thigh Ayam - RM4.50/1 ketul 

· Kepak Ayam - RM3.50/1 ketul 

· Leher Ayam - RM3/5 ketul 

· Pedal Ayam - RM3/ 8 ketul 

· Rangka Ayam - RM3.50/1 ketul rangka 

· Kulit Ayam - RM3/ 8 ketul 

· Kaki Ayam - RM3 / 5 ketul 

· Tauhu Goreng - RM3/6 ketul 

· Kentang Goreng - RM2.50/1 set 


Rangka Ayam 

Peha dan Thigh Ayam 

Kepak Ayam 

Pedal Ayam 

Kulit Ayam 

Kaki Ayam

Leher Ayam

Menu sampingan lain : 

Kentang Goreng 

Tauhu Goreng

Kemain banyak lagi menu ayam ni kan, boleh di katakan kesemua bahagian ayam boleh di makan kecuali kepala dan bulu ayam kan hehehe 

Harga pula tidaklah terlalu mahal just nice mengikut pasaran tempatan ayam-ayam goreng di luar sana kan. 

Ting Tong Ayam Goreng kini mempunyai 3 outlet iaitu :- 

AB Corner Wangsa Maju 
62 Jalan 2/27a, 
Seksyen 1 Wangsa Maju, 
Kuala Lumpur. 

Medan Niaga (bersebelahan Klinik Kesihatan) 
Jalan Tasik Utama 6, 
Medan Niaga Tasik Damai, 
The Trillium, Lake Field, 
Sungai Besi, Belakong, 
Selangor. 

Abang Besar Food Court
Jalan Sri Cheras, 
Taman Kota Cheras, 
Cheras Selangor. 

Akan datang satu lagi outlet akan dibuka iaitu iaitu di kawasan Melawati. Ting Tong Ayam Goreng dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang sehingga 11.30 malam. Untuk setiap 2 minggu, Ting Tong Ayam Goreng akan cuti sehari iaitu pada hari Isnin. 


Jika tidak berkesempatan membeli di gerai, korang boleh juga order melalui Grab Food, Food Panda dan terkini adalah MyGO. 

Peluang Jana Pendapatan 

Ting Tong Ayam Goreng juga sedang membuka peluang buat mereka yang terkesan di musim PKP mahupun surirumah yang ingin mendapatkan pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga. Di mana jika berminat untuk berniaga Ting Tong Ayam Goreng, bolehlah hubungi Puan Yenty di talian 012-2597711. Segala tepung gorengan dan ayam mentah akan dibekalkan sepenuhnya oleh pihak syarikat. Modal adalah melalui perbincangan mengikut kesesuaian dan situasi. Ini kerana matlamat Puan Yenty sendiri bertujuan membuka peluang buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan. 

Baguskan Ting Tong ayam goreng ni membuka peluang kepada mereka yang memerlukan ketika ini. 


Kalau kak lily ada peluang pun, mahu jugak menjana pendapatan menjual ayam goreng kan, sambil jual sambil makan hehehhe sudahnya ahkak ko makan je lebih sebab sedap bak hang!! 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page: 

Instagram : 




No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!