Hi Korang,
Lama betul tak pi Lulu Hypermarket kan, yelah sejak PKP ni agak payah sket nak keluar so bila kak lily kerja di KL ni dapatkan singgah ke Lulu maklumlah berdekatan dengan office baru so tak jadi masalah untuk membeli belah di sini.
Lulu Hypermarket memang terkenal dengan harga barangannya yang lebih murah daripada supermarket di luar sana dah sekali lagi Lulu mengadakan promosi “SUPER FRIDAY” Sale di mana Kempen Lulu Super Friday ini ditawarkan setiap hari bermula daripada 23 November sehingga 6 Disember 2020. Apa yang menarik produk-produk hebat yang terpilih ditawarkan sehingga 70% diskaun. Sangat berbaloi –
Super Products, Super Deals! Itu taglinenya!!
Selain daripada produk elektrik, perkakasan rumah, pakaian, kasut dan barangan dapur dari jenama terpilih turut terlibat didalam kempen Lulu Super Friday. Pelbagai jenama terkemuka dengan pelbagai pilihan barangan yang berkualiti boleh didapati pastinya memberi kepuasan didalam membeli.
Produk Digital (Barangan Elektrik dan Gadget)
Pada mereka yang mencari telefon bimbit, barangan komputer, pencetak, perkakasan elektrik dan pelbagai lagi. Pelbagai promosi yang boleh kita rebut bersempena dengan Lulu Super Friday.
Ni kak lily kongsikan beberapa produk yang termasuk di dalam promosi ini adalah power bank dijual serendah dari harga RM30, televisyen Sony 65' 4K Android hanyalah RM3299 daripada harga asal iaitu RM4299.
Begitu juga Microwave Oven daripada jenama Sharp diberi diskaun sebanyak 40%, harga asal RM329 dan bersempena dengan Lulu Super Friday ditawarkan pada harga RM199.
Terdapat pelbagai jenis model, jenama dan spesifikasi sangat membantu para pelanggan untuk membuat pilihan.
Gajet yang harganya ermm menarik sangat nieh
Dengan harga penjimatan serta pemberian ganjaran seperti hadiah dengan setiap pembelian dan juga voucher Lulu Hypermarket, memang sangat menarik perhatian. Seriously ni memang kak lily syorkan
Fesyen dan Gaya Hidup
Bahagian pakaian tidak juga ketinggalan. Dengan pelbagai rekaan pakaian yang ditawarkan mengikut citarasa masyarakat tempatan memberi lebih banyak peluang kepada pelanggan. Sempena dengan Lulu Super Friday, pelbagai jenama pakaian dewasa wanita, lelaki mahupun kanak-kanak ditawarkan dengan potongan diskaun yang hebat.
Koleksi pakaian formal agak menarik dengan rekaan dan warna yang ditawarkan. Ini terutama lelaki metropolitan yang suka rekaan baju yang 'up-to-date'.
Untuk koleksi pakaian lelaki dari jenama seperti Eten, Sin Denim, Tom Smith, Sunnex, Twills, Debackers, Zeyrek dan Xemberg diberikan diskaun sebanyak 30%
Untuk pakaian wanita jenama seperti Eten, modernform, Ladies Fashion dan pelbagai lagi ditawarkan sehingga 30%.
Begitu juga dengan jenama pakaian kanak-kanak O'Dear diberikan diskaun hebat iaitu 50%, manakala jenama Ruff diskaun sebanyak 30%.
Peminat jenama kasut Sketchers, pasti tidak sabar rebut pelung untuk dapatkan diskaun 50% bersempena dengan Lulu Super Friday. Seperti yang kita maklum jenama Sketchers memang cukup popular dengan keselesaan, praktikal dan cantik, even kak lily pun ada 2 pasang kasut Sketchers ini ermm selesa sungguh lah
Selain daripada Sketchers, turut ditawarkan adalah jenama popular seperti Reebok dan New Balance yang menawarkan diskaun sebanyak 35%, Atlanta, Tag Basic dan pelbagai lagi dengan diskaun 30% dan 40%.
Untuk beg tangan seperti Eten, Joh Louis, Cortigiani dan Debackers potongan sebanyak 30% bersempena dengan Lulu Super Friday.
Rambang mata ketika membuat pilihan. Kak lily dah tergoda dengan salah satu handbag ini, memang nak beli jugak nieh cantik bebenau.
Dekorasi dan Barangan Keperluan Rumah
Kaum wanita pastinya akan menggemari produk di bahagian ini. Terutamanya perkakasan dapur dan juga barangan perhiasan rumah seperti karpet dan pelbagai lagi.
Sukanya tengok set perkakasan memasak jenama FLGranite Cookware yang ditawarkan pada harga RM299 sahaja. Harga asal RM399, memang jauh beza potongan diskaun yang diberikan.
Terdapat juga produk Lulu sendiri seperti Coffee Pot 1L yang ditawarkan pada harga RM29.99 daripada harga asal RM49.99. Yang ini kak lily suka sebab senang minum kopi kat office tak payah nak ulang alik ke pantri banyak kali.
Eh ada lagi nieh, peralatan dapur yang murah-murah hah.
Permainan untuk anak-anak juga sale tau!!
Begitu juga pilihan permainan kanak-kanak dari soft toys, hotwheels dan pelbagai lagi ditawarkan pada harga cukup berbaloi bersempena dengan Lulu Super Friday.
Produk Segar dan Barangan Dapur
Lulu Hypermarket memang cukup popular dengan produk segar dan barangan dapur yang dijual dengan harga berpatutan. Bersempena dengan Lulu Super Friday terdapat produk yang kita boleh dapatkan di sini dengan harga yang jauh lebih murah berganda dari pasaran.
Contohnya kek karamel jenama Luppo yang kita boleh beli dengan harga RM4.95 iaitu 50% diskaun daripada harga asal iaitu RM9.90.
Jika nak top up susu, boleh dapatkan susu Nestle Every Day. Untuk 1.kg (Percuma 200g) harga asal adalah RM47.90, tapi sepanjang kempen berlangsung ianya hanyalah RM38.49.
Susu Goodday Full Cream, Low Fat, Chocolate dan Strawberi ditawarkan RM4.95 sahaja.
Peminat air Barbican jangan lupa dapatkan produk ini di Lulu bersempena Lulu Super Friday. Harga yang ditawarkan RM1.99 daripada harga asal RM4.90.
Coklat Kit Kat, minyak Naturel, Beras Cap Saga, Beras Cap Sunflower, biskut White Castle, sabun Dynamo, sabun Top, sabun Good Maid dan pencuci pinggan Joy antara jenama yang terlibat didalam kempen Lulu Super Friday!!!!
Banyak giler produk best yang memang kita guna dan menjadi keperluan harian boleh didapati di Lulu Hypermarket. Kenapa bayar lebih jika kita boleh jimat banyak dengan berbelanja bersempena dengan kempen Lulu Super Friday.
Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,
Website :
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook Page :
Instagram Link :
#LuLuKL
#LuLu1Shamelin
#LuLuSuperFriday
#HappyAtLuLu
#JomkeLuLu
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!