Tuesday, November 17, 2020

Diskaun 25% Untuk Bawa Pulang Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Ke Rumah Dari Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 

Di musim PKPB ni memang kita tidak di galakkan makan di luar secara beramai-ramai untuk mengelakkan lagi tersebarnya Pandemik Covid-19 ini. Tapi kalau teringin nak makan menu ala-ala hotel camne ek? 

Senang aje, order online sudah. 

Dengan ini pihak Sime Darby Convention Centre (SDCC) mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah ataupun ke pejabat korang untuk merasai sendiiri menu makanan ala-ala hotel. 



Terdapat pelbagai pilihan menu yang di sediakan di Sime Darby Convention Centre ini iaitu menu masakan Cina Klasik dari China Treasures dan menu melayu fusion dari East Café. 

China Treasures 

Dari menu dimsum hingga ke daging barbeku, korang bakal menikmati menu-menu ini bermula dari harga RM12 + untuk 3 keping. 





Diskaun 25% akan diberikan untuk semua pilihan Dim Sum dan menu ala-carte. Tersedia setiap hari, korang boleh membuat pesanan dari jam 11 pagi hingga 6.oo petang dan makanan akan dihantar ke depan pintu anda dalam masa 60 minit setelah membuat pesanan. 




Bayaran penghantaran dikenakan untuk jarak lebih dari lima kilometer melalui Grab atau Lalamove. 

EAST Café 

Untuk pilihan masakan melayu asli dan fusion korang boleh dapatkan di East Café Sime Darby Convention Centre ini. 

Set Ayam Masak Merah

Spagethi Aglio Olio

Set Asam Pedas Kepala Ikan Salmon

Harga makanan ala-carte bermula dari hanya RM6 + dan korang boleh menikmati semuanya dari Cucur Udang, Mee Goreng, Pasta dan Chicken Chop kegemaran anda hingga Ayam Masak Merah. Boleh cuba hidangan Kepala Ikan Salmon Asam Pedas yang enak dengan harga RM15 + setiap set. 

Cara Tempahan Dan Pembayaran 

Pesanan dibuka dari jam 7 pagi hingga 6.00 petang dan mesti dibuat 1 jam lebih awal. Pembayaran penuh diperlukan melalui pemindahan dalam talian. Untuk membuat pesanan untuk East Caf ~ hubungi 03 20893799 (Talian terus) atau WhatsApp 012 2209087 (Helmi). 

Untuk pesanan China Treasures dibuka dari 12:00 hingga 18:00 dan mesti dibuat 1 jam lebih awal hubungi 03 2089 3788 (talian terus) atau WhatsApp 016 6599186 (Eric) dan 016 2555738 (Ben).


Oklah tuh kak lily rasa tak delah mahal sangat pun, harga berpatutan di musim PKPB nie. Dengan nak keluar bagai, so delivery dapat jimatkan masa dan tenaga. Semuanya boleh di hantar kemana juga korang berada


Jom kite order di: 

Sime Darby Convention Centre, 
1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 

Tel : 03-2089 3688 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

1 comment:

  1. Oklah tu asalkan halal. Dalam tempoh pkpb ni memang patut kita makan di rumah je.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!