Sunday, October 4, 2020

TRONSERVE Perkenalkan Platform Laman Web Konsep DIY dan Aplikasi Mesyuarat Maya, LINK Pertama Di Malaysia

Hi Korang,

Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn Bhd memperkenalkan laman web berkonsepkan DIY (do it yourself) serta aplikasi mesyuarat maya, Link pertama di Malaysia , hari ini. 


Menariknya mengenai laman web berkonsepkan DIY pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh rakyat tempatan di platform Tronserve ini, ia menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti membina komuniti, peluang pekerjaan serta pengajian secara online. 

Malah kemunculan Link turut mencipta satu fenomena baharu apabila kehadirannya memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau interaksi secara maya apabila hampir seluruh dunia kini berdepan pandemik Covid-19 hingga ada yang bekerja daripada rumah. 


Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Arash Abdullah, pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baru bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0) yang kini giat dibicarakan oleh pelbagai pihak. 

“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang perubahan kepada gaya hidup dan cara kita bekerja. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam IT. 

“Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti mencipta satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih ramai badan korporat dan individu menyertai dan mengembangkan idea di dalam satu platform. 



“Selain itu, laman web ini turut memberi peluang pekerjaan bagi membantu syarikat dan rakyat yang saling mencari pekerja dan pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi platform yang disediakan ini juga, khalayak boleh menimba ilmu apabila ia memberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelajar bertukar bahan pelajaran secara atas talian. 

“Tidak ketinggalan, cadang lain yang dicipta adalah seperti platform E-Dagang untuk membantu SME menjalankan perniagaan ‘offline’ ke ‘online’ serta direktori perindustrian iaitu meningkatkan imej SME dengan memudahkan pelanggan berpotensi untuk mencari maklumat syarikat. 

“Jadi laman web berkonsep DIY yang ditawarkan ini memberi segala kemudahan dan akses dalam satu laman web kepada masyarakat selain lebih berdaya saing dalam mengetuai apa-apa tugasan dengan strategik,” katanya. 


Tambah Arash: “platform mesyuarat maya yang dibangunkan kepada rakyat Malaysia ini dilihat adalah masa yang tepat untuk digunakan apabila kebanyakan syarikat tempatan meminta pekerja mereka untuk bekerja daripada rumah. 

“Link turut mampu menghubungkan antara majikan dan pekerja dengan mudah dan pantas. Link turut menjamin keselamatan data setiap individu daripada tersebar,” katanya. 


Sementara itu, melihat ramai individu yang terjejas teruk susulan pandemik Covid- 19 sehingga ada yang dibuang kerja, Tronserve turut tampil memperkenalkan ‘Referral Program’ iaitu menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan pasif aliran tunai kepada syarikat dan individu. 

Tawaran ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan terutamanya disebabkan oleh wabak yang melanda ini selain ingin mengajak selebriti serta penggiat seni untuk menyertai program ini kerana menjanjikan ganjaran wang tunai yang lumayan. 

Penubuhan laman web berkonsep DIY ini juga menawarkan tawaran harga yang berbaloi kepada mana-mana syarikat baru, usahawan, mahupun individu yang ingin memiliki laman web rasmi. 


“Laman web DIY ini sebenarnya memberi peluang kepada semua individu untuk mencipta laman web mereka dengan cara tersendiri dan mudah. Kami percaya laman web berkonsep DIY akan lebih dekat dan memberi keseronokan kepada setiap individu untuk membentuk laman web mereka menjadi sebuah medan terbaik untuk dilayari bagi mempromosikan apa saja perkara yang ingin dikongsikan selain menawarkan pelbagai cabang menarik di dalam satu laman web,” katanya.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!