Hi Korang,
Pertama kali kak lily mendengar jenama Beras Ashraffi ni.
Sudah pastinya keluaran tempatan dan dimiliki orang melayu kita.
Suci, berkualiti dan sedap dinikmati.
Itulah slogan Beras Ashraffi yang telah pun dilancarkan baru-baru ini.
Selaku pemilik jenama ini, Ustaz Dr Mohd Ashraf bin Suarin, seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) Tanjung Karang, bertekad untuk mengeluarkan makanan ruji ini sebagai satu ibadah fardu kifayah bagi membolehkan masyarakat mendapatkan makanan yang halalan toiyiba,bersih tanpa diragui.
Istimewanya Beras Ashraffi
Beras ini yang dijual peratusan hancurnya sangat rendah iaitu 5% sahaja. Istimewanya beras putih diimport daripadaVietnam dan Thailand. Manakala Beras Basmathi Pusa 1401 adalah daripada India dan Pakistan.
Harga runcit beras yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Beras Putih Ashraffi:
1KG - RM4
5KG - RM20
10KG - RM40
Beras Basmathi Pusa 1401 Ashraffi:
1KG - RM14
19KG - RM70
Menurut Ustaz Mohd Ashraff antara asbab beliau mengeluarkan Beras Ashraffi ini adalah sebagai salah satu punca pendapatan bagi menampung pelajar tahfiz di Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ). Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pelajar di PMTHQ merupakan anak yatim dan juga bagi membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz.
gimik pelancaran Beras Ashraffi dijayakan oleh anak-anak dari tahfiz di Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ)
Beliau juga menjadi pengedar untuk maahad-maahad tahfiz lain mendapatkan makanan ruji ini kerana menerusi penelitian beliau kebanyakan pengeluar beras terdiri daripada golongan non-muslim.
Bertepatan itu, beliau merealisasikan impiannya dengan menaja rancangan Yadul Ulya, iaitu sebuah rancangan berbentuk CSR yang sudah pun menjalani rakaman mendekati golongan Orang Asli di Genting Peras dan membantu asnaf fakir miskin di Sungai Besar.
Projek Beras Ashraffi adalah kerjasama antara pihak Pondok Motivasi Sdn Bhd dan Enigma Food Technology.
Justeru, Pondok Motivasi Sdn Bhd melantik Enigma Food Technology untuk mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk Beras Ashraffi.
Pelakon Eby Yus, adalah salah seorang daripada penyelaras projek untuk menjayakan projek beras Ashraffi.
Beliau juga menyarankan agar semua umat Islam hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain serta memajukan masyarakat Islam ke satu tahap yang lebih tinggi.
Di majlis pengenalan dan pelancaran prodik turut hadir sama dalam memberi sokongan adalah kumpulan nasyid Hijjaz. Sebanyak 3 lagu telah dipersembahkan dan lagu favourite kak lily iaitu Sumayyah antara yang sangat dinantikan, seronok mendengar secara LIVE.
Bersama rakan-rakan artis yang memberi sokongan
Beras Ashraffi kini sudah berada di 70 kedai sekitar Lembah Klang (terutama di kawasan Glenmarie).
Marilah kita sama membantu mereka dengan menyokong produk-produk tempatan, pendek kata membeli sambil menderma. Semoga ada saham kita di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!