Hi Korang,
Petikan sedikit dari mstar.com.my
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju mengarahkan sejuta pekerja untuk bekerja dari rumah berkuatkuasa 22 Oktober ini.
SERAMAI 1 juta pekerja daripada sektor awam dan swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarahkan untuk bekerja dari rumah (work from home) berkuatkuasa 22 Oktober ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan berkenaan adalah bertujuan mengurangkan pergerakan di kawasan-kawasan merah sekaligus bagi mengelakkan penularan Covid-19.
Memula arahan arahan hanya di galakan pekerja bekerja dari rumah tup-tup semalam terus keluar pekeliling mengatakan tiada kompromi lagi semuanya harus bekerja dari rumah.
Ermm cam ner tuh.
Garu-garu kepala kejap ahkak ni hah.
Memang seronok bekerja dari rumah, sambil membalas email, sambil-sambil jugak mengemas rumah. Time lunch bolehlah masak untuk lunch dan dinner sekali. Yang ada ade anak tuh, kita dapat pantau apa aktiviti yang anak-anak kita lakukan selain daripada menghadiri kelas online kan.
Memang jadi impian semua wanita diluar sana
Tapi setiap perkara mesti ade pro dan cons kan, betul tak?
Dalam seronok-seronok kite bekerja dari rumah tuh, ada jugak yang tak bestnya.
Contohnya bila kena online meeting hahahaha.. I tell you people, previous PKP yang bulan March tuh memang payah time webex meeting wei. Dengan tak dengar, dengan connection internet kejap hilang-hilang kan.
Yang tak boleh tahan tuh, bila tengah kita nak bercakap muncul plak anak-anak dari belakang sibuk cakap laparlah ibu bile boleh makan hahahaha, terus jadik malu rasanye kan. Even kak lily yang tak de anak nieh, bila kucing akak #Dakuban tuh datang mengiau-giau bising woi, sampai kena tegur dalam meeting hah hahhahah
So terpulanglah kepada individu itu sendiri yer
Ada orang siap sediakan bilik special untuk berkerja dari rumah yang look exactly macam kat office, wah kak lily kagum dengan effort diaorang ni. Macam kak lily bekerja depan tv jer, ada meja kecik satu just nice letak laptop, mouse, buku nota untuk jot down something dan dekat dengan plug cukuplah. Bila meeting off je tv tuh, bile reply email biar jelah kann heehe
Permudahkan apa yang patut katanya, janji kerja dapat disiapkan dengan sebaik mungkin.
Jadi selamat bekerja dari rumah semuanyee
Semoga cepatlah berakhirnya pandemik Covid 19 ni, kita belum menang lagi yer. Teruskan jalani hidup dengan norma baru.
good luck to uolls ye.
ReplyDeletemoga lembah klang kembali hijau dan ekonomi dpt burst cepat.
kami di melaka masih lagi keluar keje, semua aktiviti mcm biasa.
positif covid masih ada :( tapi, tu la. semua masih mcm biasa.
jadik takut nak ke mana-mana bwk anak.