Sunday, September 27, 2020

UZU Chicken, Ayam Goreng ‘Boneless’ Korea Boleh Order Online Jer Senang.

Hi Korang, 

Perkara paling senang untuk seorang yang tak sempat nak masak mahupun malas nak masak ada order secara online jer. Yelah musim-musim pandemok Covid 19 ni, rasa leceh nak pi makan kat kedai dengan secara mak neka SOP yang kita kena patuh. 

Cara terbaik dengan order online sajor!! 

Bukan setakat masakan melayu, masakan cina, masakan india, fast food, western semua kita order sajor termasuklah masakan Korea. Yeah siapa tak suka dengan menu makanan Korea kan. 

Ya ampun, kalau bab Korean food ni kak lily memang suka betul especially ayam goreng seriously sedap wei kene plak dengan sos pedas tuh lagilah sedap kan. 

Pernah dengar UZU Chicken?? 

Itulah korang nieh, ingat kepsi jer kann haahahaa 

Ok Uzu Chicken salah satu jenama bagi ayam goreng tidak bertulang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ini. Rasanya enak di nikmati panas-panas bersama dengan pelbagai jenis sos yang di sediakan. Ala-ala popcorn chicken gituh tapi saiznya agak besar-besar jugak yer. 

Kebetulan jugak hari tuh, kak lily browse-browse kat Facebook then nampak plak Uzu Chicken ni ermm nampak tempting apa lagi teruslah kak lily order untuk 3 orang yelah nak makan kat opis dengan bebudak ni so order online jelah. 

Jeng jeng jeng 

Hah sampai pun, panas-panas lagik. Itu yang kita mahu sebab memang enak kena makan panas-panas 


Kemain cantik packagingnya ek, ada gambo ayam hah, cuteeee hehehhe comey plak ayam tuh kan



Kak lily order pelbagai jenis ayam goreng yang sosnya lain-lain so bolehlah kita rasa satu persatu kelainannya. 

Ada… 


Korean Boneless Fried Chicken @ Cheese Snowing 

Korean Boneless Fried Chicken @ Honey Butter 

Korean Boneless Fried Chicken @ Hot Shocking 

Korean Boneless Fried Chicken @ Soy Garlic 

Korean Boneless Fried Chicken @ Sweet & Spicy 

Hah pening-pening sebab tak tau nak mula yang mana dulu ek hehehe. Sudahnya rasa sana sini tapi rasa semua sekali hah. Sepatutnya sos tuh di gaul sekali tapi kak lily mintak jangan campurkan sebab kak lily nak rasa sendiri sos tu yang tidak digaul tuh. 



Setiap order ayam goreng ini di datangkan sekali bersama salad dan dressingnya. Lagi bertambah enaklah rasa ayam goreng ni kan hehhehee 



Kak lily gemarkan Korean Boneless Fried Chicken yang bersosnya Sweet & Spicy. Tidak terlalu manis dan tidak juga terlalu pedas. Tak sama macam Hot Shocking tuh pedas betul hah!! 

Menu-menu lain 

Kak lily order jugak Japche Glass Noodle Set, Cheese Rice Stick Set dan Dakkgalbi Fried Rice Set. 

Japche Glass Noodle Set 
Sedap,sedap, sedapp!! Ingat rasanya seperti macam mee hoon tapi tidak nyer. Walaupun nampak gelap-gelap tapi rasanya sedap. 

Dakkgalbi Fried Rice Set 
Sedapnya nasi goreng berperisa kimchi gituh, di makan sekali dengan telur mata wow terangkat rasanya 

Cheese Rice Stick Set 
Kek beras bercheese yang di salut tepung untuk menambahkan lagi rasa kenakannya, kenyal-kenyal gituh. 

Side Dish : Radish and Kimchi 

Alah nak rase-rase nyer, kalau di kongsi beramai seronok dan lagipun portionnya agak banyak untuk makan seorang. Sekurang-kuranya sesuai untuk 2 orang so barulah habis hehehhee.. Rasanya memang enak, sangat authentic macam makan di restoran Korea rasanya. 



Cara Order Uzu Chicken?? 

Melalui online via foodpanda (https://www.foodpanda.my/restaurant/d2ii/uzu-chicken-dc-mall#) dan facebook page Uzu Chicken ataupun telefon sahaja di 03-7731 1776 sajor dan buat pesanan. 

Once dah order, pesanan korang akan di hantar secepat mungkinlah bagi mengelakkan ianya sejuk bila sampai nanti. 

contact no : 03-7731 1776 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Link : 
https://www.facebook.com/UzuKoreanFriedChicken

Instagram Link : 
https://www.instagram.com/uzuchicken/?hl=en 




1 comment:

  1. Mak aaiii! Semuanya nampak sedap ni. Mana satu dulu yang nak diterkam...ahaks!

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!