Sunday, August 30, 2020

Pelancaran Kolaborasi Esklusif HABIB & Duo Ikonik Terkenal MALAYSIA

Hi Korang,

Pengeluar barangan kemas tempatan, Habib untuk julung kalinya meraikan kempen Merdeka yang disambut setiap tahun dengan satu kelainan pada kali ini. Majlis pelancaran kolaborasi antara Habib dan Les’ Copaque telah telah diadakan di IOI City Mall dan dihadiri oleh wakil kedua pihak. Kolaborasi ini dilancarkan oleh Dato Sri’ Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar. 

Haji Burhanuddin Md Radzi (Managing Director Les' Copaque Production) and Dato’ Sri Meer Habib (Executive Chairman Habib Group)

Perasmian syiling emas Upin dan Ipin ini seberat 0.2gram dan dijual pada harga RM118 adalah kemuncak kepada pameran merdeka yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September. Majlis juga turut dimeriahkan dengan tarian goyang Upin Ipin yang dipersembahkan oleh kakitangan Habib dan maskot Upin dan Ipin bersama-sama selebriti dan deejay radio tempatan. 

HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi terkenal ini merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Animasi Upin dan Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan hanya menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja. 

Dato’ Sri Meer Habib (Executive Chairman Habib Group),Haji Burhanuddin Md Radzi (Managing Director Les' Copaque Production)

Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan di mana ia bertujuaan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini. 

Melalui kempen ini, pengguna digalakkan untuk menyokong produk dan servis tempatan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Tambahan pula, tiada yang lebih bermakna untuk menyahut seruan #SokongLokal di Bulan Kemerdekaan memandangkan Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 pada 31 Ogos ini. 

Seperti stok dan bon, emas juga merupakan satu bentuk pelaburan yang menjamin kerana harganya sentiasa meningkat. Malahan, harga bagi logam berharga ini dilihat meningkat sehingga 30 peratus tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Secara tuntasnya, tiada bentuk pelaburan lain yang lebih menguntungkan seperti pelaburan emas. 

Selain daripada menjadi penghias koleksi terhad syiling emas, kembar seiras ini berkongsi jalan cerita yang hampir sama dengan Habib di mana Upin dan Ipin membesar secara sederhana di sebuah rumah di Kampung Durian Runtuh. Manakala kisah Habib bermula di sebuah rumah Jawi 

Peranakan di Pulau Pinang yang sekarang ini sudah berusia lebih 100 tahun namun berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan. 

Animasi Upin dan Ipin telah berjaya melebarkan sayap ke segenap rumpun di seluruh pelosok Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Malahan video muzik animasi ini juga telah mendapat jumlah tontonan sehingga 31 juta (semasa siaran media ini dikeluarkan) di saluran Youtube Produksi Les’ Copaque. 



Pencapaian ini cukup membanggakan tambahan pula ianya merupakan hasil anak tempatan dan Habib juga tidak kurang hebatnya. Habib pada masa yang sama telah berjaya dalam meraih pelbagai anugerah di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 1958, Habib kini telah berdiri megah menjadi antara pengeluar barangan kemas utama di Malaysia dengan menerima permintaan daripada Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh benua Asia termasuklah Brunai, Indonesia, Singapura dan Hong Kong. 

Jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Merdeka Habib untuk mendapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka dan juga Upin & Ipin sepanjang pameran ini berlangsung sehingga 6 September 2020. 

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!