Hi Korang
JACK ‘n JILL Roller Coaster kembali dengan satu lagi kempen yang MENYERONOKKAN, kali ini mendorong rakyat Malaysia menyumbang kepada masyarakat. Peraduan 'Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020' (The Roller Coaster Share the Fun, Share the Kindness Contest 2020) merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan para pengguna untuk berkongsi keseronokkan, dan kebaikan' bersama rumah anak-anak yatim.
Setelah bertahun mendapat tempat dalam hati para penggemar snek dengan kerangupan yang luar biasa,gegelang ubi kentang hebat ini kini memberi peluang pula kepada mereka untuk melibatkan diri dalam satu usaha murni yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia. Untuk keseronokan berterusan, JACK 'n JILL Roller Coaster akan menyatukan penggunanya untuk menghasilkan kombinasi yang menggandingkan gegelang ubi kentang berkerak dengan hidangan kegemaran mereka.
Memandangkan ramai di antara rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di rumah baru-baru ini, kemahiran memasak mereka sudah pasti bertambah baik.
Untuk memupuk semangat perpaduan, JACK 'n JILL Roller Coaster akan menguji rakyat Malaysia dengan satu peraduan yang menarik. Sama ada untuk melengkapkan hidangan Nasi Lemak pedas ataupun menambah kerangupan kepada resipi Rojak istimewa anda, JACK ‘n JILL Roller Coaster mencari idea juadah hidangan kreatif dan menyeronokkan yang dipasangkan dengan gegelang ubi kentang rangup. Penggemar snek mempunyai pilihan untuk menyediakan masakan kegemaran dari dapur sendiri, ataupun membeli dari restoran dan seterusnya menonjolkan kreativiti masing-masing. Kombinasi yang terbaik akan berpeluang untuk meraih hadiah menarik dan pada masa sama menjadi sebahagian daripada usaha JACK ‘n JILL Roller Coaster menyumbang kepada masyarakat.
“Matlamat 'Peraduan The Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020' (The Roller Coaster Share the Fun, Share the Kindness 2020 Contest) adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti masing-masing dengan menggunakan gegelang ubi kentang berperisa hebat kami. Sesuatu hidangan itu pasti boleh menjadi lebih hebat jika ditambahkan elemen kerangupan yang luar biasa, jadi JACK 'n JILL Roller Coaster ingin memberikan peluang kepada pengguna-pengguna untuk berseronok dengan makanan masing-masing. Oleh itu, kami berharap akan dapat menerima sebanyak mungkin gambar makanan yang dipasangkan dengan JACK ‘n JILL Roller Coaster daripada peserta peraduan, dan sekaligus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui makanan, kata Emmanuel B. Puno, Naib Pengerusi Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Sebagai sebuah syarikat, kami amat menghargai sumbangan yang pengguna-pengguna kami salurkan kepada masyarakat kerana kepuasan menyumbang kembali kepada masyarakat adalah tiada tolok banding. Justeru, kami juga akan mendermakan RM17,000 kepada tiga rumah anak-anak yatim terpilih,” ujar Puno.
JACK 'n JILL Roller Coaster telah mengenalpasti tiga rumah anak-anak yatim untuk disalurkan sumbangan - Rumah Penyayang Darul Ilmi (Gombak), Rumah K.I.D.S (Klang) dan House of Joy (Puchong). Rumah-rumah kebajikan ini merupakan tempat perlindungan yang menyediakan persekitaran yang selamat.bagi golongan anak-anak yatim membesar.
KONGSI KESERONOKKAN DENGAN 3 LANGKAH MUDAH:
Langkah 1
Beli produk JACK 'n JILL Roller Coaster yang bernilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit. Simpan resit itu.
Langkah 2
Sediakan satu hidangan kegemaran anda yang dipasangkan dengan JACK ‘n JILL Roller Coaster dan ambil gambar juadah masakan tersebut (paket JACK ‘n JILL Roller Coaster mestilah jelas kelihatan)
Langkah 3
Kongsikan gambar tersebut menerusi laman Facebook atau Instagram anda, dan 'Tag'-kan kami di Facebook @URCRollerCoaster atau Instagram @RollerCoasterMalaysia, 'Tag'-kan juga 3 sahabat and letakkan tanda Hash kami #JACKnJILLRollerCoaster #RollerCoasterShareTheFun
KESERONOKAN TIDAK BERAKHIR DENGAN KEJUTAN-KEJUTAN YANG MENGUJAKAN:
HADIAH UTAMA X 1
RM1,500 dan tambahan RM1,500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim
HADIAH KEDUA X 2
RM1,000 untuk setiap pemenang dan tambahan RM1,000 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim
HADIAH KETIGA X 5
RM500 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim
HADIAH KHAS X 55
RM200 untuk setiap pemenang dan tambahan RM200 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim
Tempoh Peraduan : 1 Ogos 2020 – 16 September 2020
Personaliti YouTube - Instagram terkenal, Nur Aisyah atau lebih dikenali sebagai ‘Cupcake Aisyah’ juga akan berkongsi idea-idea kreatifnya untuk kebaikan di Instagram.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook kami di https://www.facebook.com/urc.rollercoaster/.
KONGSI KESERONOKAN, KONGSI KEBAIKAN!
#JacknJillRollerCoaster
#SharetheFunSharetheKindness
#RollerCoasterSharetheFun
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!