Hi Korang,
Masih teringat lagi dengan trajedi MH17?
Of course masih segar ingatan kak lily walaupun
ianya sudah hampir 6 tahun berlalu.
Kak lily imbaskan sedikit infomasi mengenai kejadian
tersebut
Penerbangan
17 Penerbangan Malaysia (MH17), juga dikenali
sebagai Penerbangan 4103 KLM, adalah sebuah penerbangan
penumpang antarabangsa yang dijadual berlepas dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur.
Pesawat Boeing
777-200ER tersebut telah terhempas
berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan
Rusia pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam
pesawat tersebut maut.
Menurut laporan awal oleh
pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada
ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Kejadian ini merupakan
kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia,
kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga
merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang
terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa
MH370 yang melibatkan 227 penumpang
(info dari Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia)
Pebagai siasatan telah di jalankan namun
tanda-tanda untuk menampakkan kebenaran masih belum lagi di temui dan salah
seorang individu yang merupakan bekas pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine
berkongsi hasil siasatan persendirian dalam dokumentari khas untuk tatapan
umum.
Vasily Prozorov - Head of the Vasily Prozorov
Investigation Center-UkrLeaks
Encik Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan
Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat
Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks” (ditubuhkan pada tahun 2019) mengumumkan
penerbitan dokumentari berjudul “MH17:
Mencari Kebenaran” yang memfokuskan tentang tragedi pesawat Malaysia
Airlines (MH17) yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dalam penerbangan ke
Kuala Lumpur.
Walaupun pihak berkuasa Ukraine menuduh kumpulan
pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan
pembabitan kerajaan Rusia, Prozorov mempunyai teori lain.
“Kebanyakan penyiasat persendirian
menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak
Kiev. Oleh itu, saya memulakan siasatan sendiri untuk mencari maklumat yang
tidak dinyatakan dalam laporan tersebut,” kata Prozorov yang pernah berkhidmat dalam SBU selama lebih 15 tahun.
The MH17 plane crash site
Desas desus mengatakan terdapat kunjungan dari pegawai khas British
(British Special Services) di tapak kejadian sebelum trajedi ini berlaku, namun
adalah ianya kebetulan.
Atas dasar konspirasi ini Prozorov dan beberapa
sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut
yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan, apabila beliau menyedari
tentang laporan yang diterbitkan mempunyai maklumat yang tidak tepat.
Terdapat banyak persoalan yang misteri dalam
tragedi MH17 ini, di antaranya :
Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut?
Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?
Siapa yang memutuskan untuk mengecualikan kerajaan Malaysia daripada
siasatan rasmi tersebut dan mengapa?
Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik?
Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus
selepas siasatan?
“Oleh itu, saya percaya dokumentari ini boleh membuka
mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas
di minda” kata Prozorov lagi.
Persoalannya masih tidak terjawab…
The investigation and cleaning process of the
crashed plane debris
Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang
dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang
siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan
kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi.
Dokumentari MH17 ‘Mencari Kebenaran’
Satu dokumentari khas yang berdurasi kira-kira 40 minit ini dibahagikan kepada dua bahagian
dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi
kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat
bersama. Dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan
hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan
tragedi MH17. Dokumentari ini turut mengandungi perspektif beliau sepanjang
perkhidmatannya dalam SBU.
Dokumentari tersebut boleh ditonton di:
Atau menerusi Youtube:
Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman
sesawang dan platform Youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Jerman,
Perancis dan Sepanyol. Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan
oleh lebih daripada 2 juta penonton.
Vasily Prozorov dan sukarelawan yang lain mahu
masyarakat global amnya dan khususnya kepada semua rakyat Malaysia untuk
mendapatkan kebenaran dari tragedi ini dan tidak mudah mempercayai laporan
berat sebelah yang diterbitkan.
Untuk info lanjut, boleh hubungi Encik Vasily
Prozorov (Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”)
Emel: ukr-leaks@inbox.lv
Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!