Wednesday, July 29, 2020

JOM! EXPERIENCE PENANG

Hi Korang, 

Usaha pihak Pelancongan Negeri Pulau Pinang untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan negeri disambung di pusat bandar Kuala Lumpur dengan pelancaran kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang” (JOM! Experience Penang) bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur hari ini. 


EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang, melancarkan kempen ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism Encik Ooi Chok Yan. 

Penang is the only Asian _Street Art_ destination in Lonely Planet 2017

Kempen ini bertujuan menarik pelancong domestik ke Pulau Pinang dengan promosi hebat seperti Tawaran Hotel Terbaik, Tawaran Tempat Tarikan Pelancong Terbaik, Tawaran Pakej Pelancongan Terbaik dan Terima Kasih Pejuang Barisan Hadapan yang boleh didapati di laman web kempen - penangtraveldeals.com. Promosi kempen ini menawarkan pengunjung pengalaman yang berbeza disamping potongan harga yang menarik untuk penginapan, tempat tarikan pelancong dan pakej pelancongan. Di samping itu, kempen ini juga menzahirkan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan di Malaysia dengan tiket masuk percuma dan tawaran menarik untuk hotel, tempat tarikan pelancong, dan perkahwinan melalui kempen Terima kasih Pejuang Barisan Hadapan. 

EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) YB Yeoh Soon Hin berkata, “Setelah berbulan lamanya kita duduk di rumah, inilah masa terbaik untuk mengembara dan meneroka kepelbagaian dan keindahan Pulau Pinang yang terkenal di seluruh dunia dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town, seni jalanan yang unik, makanan jalanan yang sedap, hutan hujan dara yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi. Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia yang kini dijenamakan sebagai 7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang yang terdiri daripada Penang Hill, The Habitat, The Top Penang, The Gravityz, Tech Dome Penang, Entopia by Penang Butterfly Farm dan Escape Theme Park. Di samping itu, terdapat juga beberapa permata tersembunyi di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. 

Special guests unveils the new "JOM! Experience Penang" campaign billboards in KL city centre today. 
(From L-R):
a. Mr Ooi Chok Yan, CEO of Penang Global Tourism
b. Tan Sri Richard Koh, Member of Association of Tourism Attractions Penang (ATAP) and Founder & CEO of Only World Group
c. YB Yeoh Soon Hin, Penang State EXCO for Tourism, Arts, Culture & Heritage (PETACH)
d. Dato' Albert Tan of  National President, Malaysian Chinese Tourism Association (MCTA)
e. Datuk Michael Tan Yew Tiong, CEO Parisign Media 

"Bukan sahaja Pulau Pinang merupakan zon hijau COVID-19 sejak 25 April, malah pihak PETACH juga telah melancarkan sistem akreditasi kesiapsiagaan pasca COVID-19 (COVID-19 safety accreditation programme) untuk memperkuat lagi langkah kebersihan dan keselamatan yang digaris pemain industri pelancongan Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang bertujuan memulihkan kembali keyakinan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Saya amat berbangga kerana Pulau Pinang adalah negeri pertama di Malaysia yang memastikan perjalanan yang selamat kepada pelancong kami dan negeri pertama memberi penghargaan kepada pejuang barisan hadapan. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang pertama di Malaysia yang memulakan sistem akreditasi kesiapsiagaan pasca COVID-19 dan juga negeri yang pertama di Malaysia yang menawarkan tawaran dan pakej khas untuk barisan hadapan berwarganeraga Malaysia dari seluruh negara. 

Visit The Gravityz for heart stopping adventures


"Mereka yang inginkan percutian bertaraf dunia tidak perlu lagi mengembara jauh dari sini. Disebut CNN sebagai salah satu “Tempat Terbaik untuk Dikunjungi untuk Pengalaman Asia Terunggul" (Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience), Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia seperti Trek Terowong Tercuram Di Dunia; Menara Skywalk Melengkung Pertama Di Dunia; Cabaran Aktiviti Ropes Course Tertinggi di Dunia; Gelongsor Menegak Pertama di Dunia; Jambatan Stressed Ribbon Altitud Tertinggi di Dunia; Sanktuari Rama-rama & Serangga Yang Pertama di Dunia dan Gelongsor Air Terpanjang di Dunia dengan Rekod Dunia Guinness! 

"Dengan potongan harga dan tawaran menarik, saya sarankan rakyat Malaysia merebut peluang ini. Datanglah ke Pulau Pinang — destinasi pelancongan bertaraf dunia yang berdekatan dengan anda — untuk cuti Hari Merdeka yang akan datang ini.” 

Awal pagi ini, dua iklan baharu “JOM! Nikmati Pulau Pinang” yang menampilkan promosi kempen dan 7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang telah dilancarkan di hadapan Wisma Genting di Jalan Sultan Ismail. Iklan ini menyertai Kempen Pengiklanan Luar Nikmati Pulau Pinang 2020 (Experience Penang 2020 atau EPY 2020) yang sedang dipamerkan di laluan pejalan kaki berbumbung Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan, berhadapan Wisma Genting dan Wisma Cosway. Pelancongan Negeri Pulau Pinang adalah lembaga pelancongan pertama untuk beriklan di ruangan ini dalam mempromosikan kempen sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Visit Escape Waterplay to experience the world's longest slide

Kempen JOM! Nikmati Pulau Pinang adalah sebahagian daripada kempen EPY 2020. Dengan slogan “Kepelbagaian Asia” (The Diversity of Asia), EPY 2020 mengetengahkan kepelbagaian budaya, warisan, seni, makanan serta persekitarannya alam semujadi Pulau Pinang yang indah. Kempen ini juga mengetengahkan beberapa permata tersembunyi Pulau Pinang dan Seberang Perai. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi di bawah kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang”, lawati penangtraveldeals.com



No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!