Hi Korang,
Lama betul menulis mengenai makan-makan nieh.
Selalu update di social media jer
Dapat jugaklah kitorang berjumpa setelah sekian lama, ada yang dah mula kerja dan ada yang masih bekerja di rumah lagi. Bila ada kesempatan ni haruslah kita jangan lepaskan peluang.
Setelah 2 bulan Hotel Maya Kuala Lumpur menutup operasinya berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), kini ianya kembali beroperasi tetapi mengikut segala garis panduan SOP yang telah ditetapkan. Pelbagai menu baru telah diperkenalkan dan paling unik dalam menikmati hidangan di sini, pelanggan perlulah mengikuti penjarakkan sosial (distancing social).
Untuk satu meja hanya 2 orang sahaja dibenarkan.
Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis dan hidangan signature Jepun dan Kantonis di Restoran Still Waters setiap hari, Maya Brasserie dan Ramah Tamah dan kak lily rasa harga yang ditawarkan semua adalah berpatutan dan korang berpeluang dapat merasai sendiri hidangan etnik yang menjadi kegemaran.
Pelbagai hidangan menu yang ditawarkan samada masakan tempatan, barat, Jepun dan pelbagai lagi. Terdapat juga set menu yang diperuntukkan untuk 2 orang makan dan lebih.
Set menu ini termasuklah pembuka selera, hidangan utama, dan pencuci mulut.
Terdapat 3 set menu yang boleh dipilih yang bermula daripada harga RM60 untuk 2 orang dan tambahan RM20 dikenakan untuk setiap penambahan orang.
Antara item yang terdapat dalam set menu seperti:-
Japanese Breaded Tiger Prawns
Stewed Australian Ribeye with Miso Paste
Braised Hot and Sour Szechuan Soup
Braised Duck with Ginger and fresh Shitake Mushroom
Creamy Chicken with Curry Leaves and Homemade Spicy Dried Shrimp Sauce
Deep Fried Spicy Seabass Fillet with Homemade Plum Sauce
Shredded Young Mango and Supreme Spicy Soya Sauce Tiger Prawns
Untuk pencuci mulut, antara hidangan yang ditawarkan seperti:-
Chilled Sea coconut with longan and Lemon Syrup
Double Boiled dried Pear with Chrysanthemum
Sea Bird's Nest, White Fungus and Dried Longan
Selain hidangan set, terdapat juga hidangan ala-carte yang boleh dicuba. Harga adalah daripada RM8 ke atas.
Antaranya seperti:
Nasi Kerabu with Ayam Goreng Berempah.
Nasi Tomato with Ayam Masak Merah.
Olive Vegetable Fried Rice.
Work Fried Shell-less Tiger Brawns with Butter and Golden Oat.
Butter Squid with Salted Egg Yolk.
Grilled Japanese Shishamo Fish.
Double Boiled Old Cucumber Chicken Soup dan Choice of Fragrant White Rice and Brown Rice.
Japanese Gyoza with Shrimp and Chicken
Kawasan untuk menikmati hidangan di Hotel Maya memang luas dan selesa. Memang sangat praktikal untuk kita datang menikmati hidangan di sini dan pada yang sama mengamalkan SOP yang ditetapkan iaitu penjarakkan sosial.
Dine ini hanya dibuka pada hari bekerja sahaja (kecuali Cuti Umum) bermula dari jam 11 pagi sehinggan 8 malam (order terakhir adalah jam 7 malam).
Perkhidmatan Penghantaran
Selain daripada menikmati hidangan di sini, pihak Hotel Maya juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Ini bermakna kita boleh menikmati hidangan hotel di mana sahaja samada di rumah mahupun pejabat.
Korang boleh hubungi hotelmayakl.beepit.com untuk tempahan. Caj penghantaran dalah PERCUMA dengan minimum perbelanjaan RM60 didalam jarak 5KM dan minimum RM80 untuk jarak sehingga RM10KM. Bukan itu sahaja korang juga boleh nikmati cashback 10% untuk tempahan kedua. Tempahan dan penghantaran adalah dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Light bites at Ramah Tamah
Salah satu kafe di sini yang menawarkan hidangan seperti sandwich, pastri dan juga kek. Lebih istimewanya di Ramah Tamah Kafe juga menawarkan hidangan sarapan pagi seperti nasi lemak, bihun goreng, laksa kari Maya dan pelbagai lagi hidangan dengan harga bermula RM7. Hidangan hebat ini pula dipadankan dengan teh tarik dan juga kopi kampung, perghh memang betul-betuu padu rasanya
Maya Elite Privilege
Hotel Maya juga ada memperkenalkan Maya Elite Privilege sata program cash voucher yang membolehkan pengunjung mendapatkan pra-pembelian cash voucher samada RM50 dan RM100. Di mana cash voucher ini boleh digunakan untuk masa akan datang bagi tempahan spa, bilik dan juga hidangan di sini. Penggunaan cash voucher juga melayakkan kita untuk menerima tambahan 30% diskaun. Oh ya! Penggunaan cash voucher adalah sah tempoh lakunya sehingga 18 bulan bermula dari tarikh pembelian.
Untuk keterangan lanjut mengenai Maya Elite Privileges boleh hubungi christy.woon@hotelmaya.com.my atau hubungi di talian +6012-2849813.
lama betul tak jumpa diaorang ni lah
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website:
Facebook:
Instagram:
#mayabrasserie
#stillwaters
#ramahtamah
meriah makanan
ReplyDeletealhamdulillah :)
Alaaaaa...bila nak ajak kiter ni..lama dah kita x makan-makan...
ReplyDeletesedapnya kak lily..menu depa fuh!!
ReplyDelete