Hi Korang,
Tengah buat apa sekarang tuh di bulan puasa ni kan??
Takkan tidur plak, cuba bawak-bawak mengemas rumah ke, beriadah bersama keluarga kann jangan asyik nak tidur je yer tak elok tuh.
Jadi di bulan suci Ramadhan inilah masanya untuk bersolat, memenuhi waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama bulan ini, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul sebab badan kita mengalami perubahan semasa berpuasa.
Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.
~ Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
~ Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
~ Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.
Kebetulan kak lily memang senantiasa standby Kentang A.S ni di rumah.
Dengan kentang A.S. ni pelbagai menu yang kita boleh sediakan dan cara memasaknya mudah dan tidak complicated pun.
Salah satu menu yang kak lily sediakan sambal kentang ikan bilis
Mudah di sediakan dan berkhasiat pula. Masak banyak-banyak pun tak pe sebab memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.
2 resipi enak lagi sedap menggunakan Kentang A.S.
Kita amat gembira dapat belajar dari pakar diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail mengenai khasiat and perincian nutrient. Beliau juga sudi berkongsi 2 resepi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my
Ikuti penerangan info dari Cik Rushda Adiba Ismail / KPJ Damansara
Dalam bulan Ramadan, berlaku perubahan waktu makan bagi semua umat Islam. Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.
Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:
· Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
· Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
· Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
· Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.
Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.
Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan.
Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resepi berikut, US Russet potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting bagi tubuh badan manusia. Selamat mencuba!
Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)
Masa Penyediaan : 15 minit
Bilangan Sajian : 3 orang
Masa Memasak : 20 minit
Bahan-bahan:
· 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
Bahan menumis:
· 1 batang kayu manis
· 1 kuntum bunga lawang
· 2-3 tangkai cengkih
· 3 biji buah pelaga
· ½ batang lobak merah, dipotong panjang
· 1 biji tomato, dipotong 4
· Bunga kobis
· Sawi
· 300 gram isi ayam, potong kecil
Bahan ditumbuk atau kisar:
· 1 inci halia
· 3 ulas bawang merah
· 2 ulas bawang putih
· 3 sudu makan minyak masak
· Secubit garam
Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
5. Sedia dihidang.
Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis
Masa Penyediaan : 20 minit
Bilangan Sajian : 4 orang
Masa Memasak : 45 minit
Bahan-bahan:
· 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)
Untuk inti:
· 15 tangkai cili kering
· 2 biji bawang besar
· 4 ulas bawang putih
· 50 gram ikan bilis
· 2 sudu makan asam jawa
· Secubit garam/gula
· Garam
· Keju Mozarela
· Brokoli potong kecil, stim
· Minyak masak
Cara-cara Penyediaan:
1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
Untuk inti:
4. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
6. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
7. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
9. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
10. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
11. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
12. Taburkan keju mozarela.
13. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
14. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.
Nampak mudah kan!!
Sebab itulah kak lily syorkan korang senantiasa menyimpan kentang A.S. di rumah, ianya tahan lama dan pelbagai jenis menu yang kita boleh sediakan dengan Kentang A.S ni.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kentang A.S, boleh layari laman web
#uspotatoes
#uspotatogoodness
#potatogoodness
#healthyramadhan
#goodnutrition
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!