Hi Korang,
Masalah rambut gugur ni sudah sinonim dengan wanita yang berumur 30 tahun ke atas, mungkin kurang hormon dan vitamin baik di dalam badan kita. Pemilihan syampu yang salah juga menjadi salah satu faktor gugurnya rambut.
Ye kak lily pun mengalami dan senantiasa mencuba pelbagai jenis syampu. Setelah di perkenalkan oleh kawan-kawan, jadi kak lily pun mencuba syampu Sensenique yang menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Fakta Yang Perlu Diketahui Mengenai Syampu Sensenique
Buih
Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa anda gunakan. Namun, tidaklah bermakna syampu ini tidak membersihkan rambut korang atau korang perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa. Rambut mestilah benar-benar basah sebelum korang menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural.
Korang hanya menambahkan air supaya menikmati pembersihan yang berkesan dan bukannya menambahkan lebih syampu seperti yang biasa korang lakukan. Justeru, korang menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik.
Keadaan rambut selepas menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural
Kulit kepala korang mungkin mengambil masa seawal 2-3 minggu hingga selewat 1-2 bulan untuk serasi apabila korang bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar semula jadi.
Pada permulaannya, rambut korang mungkin terasa sedikit kering dan kasar. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut korang dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia.
Selepas tempoh penyesuaian ini, korang akan mendapati bahawa rambut korang lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Hasilnya, korang akan memperoleh rambut dan kulit kepala yang lebih sihat.
Cara untuk menggunakan penjagaan rambut TIADA Silikon, Sulfat & Betaina yang betul
• Pastikan rambut benar-benar basah sebelum menggunakan syampu. Jika rambut tidak betul-betul basah, sukar untuk menggunakan produk dan meratakannya pada rambut.
• Gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Korang sebenarnya memerlukan kuantiti yang sedikit sahaja. Jika korang mahukan lebih banyak buih, gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkan syampu merata ke seluruh rambut korang.
• Bersyampu sebanyak dua kali. Jika rambut korang tebal atau kasar, bersyampu sebanyak dua kali. Pada kali yang kedua, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan lebih berkesan.
• Bilas rambut dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut terasa berat.
• Susuli dengan perapi. Gunakan jari jemari untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujung (kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi, terutamanya jika rambut anda halus atau berminyak). Kemudian bilas dengan sempurna.
Bagi yang ingin mencuba syampu dan perapi Sensenique Natural boleh dapatkan di link dibawah.
Sangat sesuai bagi yang sangat mementingkan penjagaan rambut semulajadi kerana ia diperbuat dari minyak semulajadi dan pati minyak. Syampu dan perapi ini diperbuat di bawah GMP dan standard ISO 9001. Produk ini juga disahkan HALAL dan tanpa ragu-ragu menggunakannya.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website :
Facebook :
www.facebook.com/senseniquenatural
Instagram :
www.instagram.com/sensenique
Nota: Formula syampu dan perapi tidak mengandungi Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS).
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!