Hi Korang,
Dengan pademik Covid-19 yang melanda di
seluruh dunia, Malaysia juga turut terkena tempiasnya dan kini kita di fasa ke
empat perlaksanaan PKP di seluruh negara. Maknanya segala pergerakkan agak
terbatas dan kita hanya di kehendaki duduk di rumah sahaja.
Bila tibanya bulan Ramadan ini, kerajaan
mengambil langkah effektif untuk tidak
membenarkan bazaar Ramadan beroperasi seperti tahun-tahun sebelumnya bagi
membendung tersebarnya wabak Covid-19 ini, maknanya tiada dapat kita merasai
menu-menu klasik berbuka puasa seperti roti john, tepung pelita, air katira dan
pelbagai lagi.
Biasa dengar bazaar online?
Untuk mereka yang kaki shopping online
sudah tentu biasa dengar shopping online tapi bazaar online ermm ianya
merupakan sesuatu yang baru yang kita di ketika ini. Bazaar online ini adalah
lokasi jualan secara virtual di atas talian, dan terdapat pelbagai jenis bazaar
yang terdapat di alam maya ini.
Sini kak lily akan kongsikan info
menarik mengenai satu platform bazaar makanan sempena di bulan Ramadan ini
PLATS
merupakan platform e-bazaar dilancarkan oleh Menteri Besar
Selangor Incorporated (MBI)
bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. PLATS
ini adalah satu inisiatif kerajaan
negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan
aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh
Malaysia pada tahun ini (disebabkan pandemik COVID-19)
Kiranya kalau kita kekurangan masa untuk
memasak di bulan Ramadan ini ataupun teringin nak merasai menu Ramadan korang
boleh ke laman web ini untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan yang terdapat
di sini.
Di antara
menu-menu yang boleh di dapati di dalam platform PLATS ni adalah :-
murtabak
roti jala
Menu pembuka
selera seperti murtabak, roti john, roti canai, roti boom, popia, bubur lambuk,
segala jenis mee berkuah.
ayam penyet
nasi kerabu
nasi ambeng
Menu
hidangan utama seperti lauk-pauk, ayam percik, ayam golek, set nasi kambing,
nasi beriani, nasi arab, ikan bakar, nasi ayam, nasi tomato, nasi kerabu, gulai
kawah
Bubur Jagung
kuih - muih
onde-onde
Pemanis
mulut seperti kuih muih, puding, bubur manisan, apam balik, jagung rebus.
asam boi
cendol
Minuman
sejuk dan panas seperti air katira, cendol, laicikang, air balang, jus
buah-buahan
PLATS menubuhkan konsep e-Kitchen
yang hanya berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan
tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan
melalui platform ini.
Pembelian secara terus
(walk in) juga sama sekali tidak
dibenarkan.
Kalau korang
nak tahu yang e-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan
sekitar Selangor. Pada masa
ini (30 April 2020), PLATS sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan
Ampang, dan beberapa lokasi lain yang bakal di wujudkan tidak lama lagi.
Yang penting semua e-Kitchen
ini mematuhi jarak sosial
yang
telah
ditetapkan
oleh kerajaan
dan
amalan
kebersihan
yang
ketat
sementara para peniaga juga perlu mendapat
suntikan pelalian tifoid seperti
yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Cara
menempah makanan di PLATS
Pesanan makanan boleh dibuat bermula dari 9.00 oagi hingga
4.00 petang melalui laman web PLATS (https://www.plats.com.my/) dan
penghantaran akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam pada hari yang
sama.
Kaedah pembayaran
Selepas korang
memilih menu-meu yang di kehendaki boleh terus membuat bayaran di sini atau
melalui aplikasi Grab online.
Kesemua tempahan
makanan akan di hantar menggunakan beberapa syarikat penghantaran yang
berkolaborasi dengan PLATS ini seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch
mengikut lokasi yang tertera.
Lepas order, korang
standby sahaja di rumah dan nantikan penghantaran korang tiba di depan pintu.
Bagi kak lily
platform e-bazaar PLATS ini amat memudahkan kita untuk membeli-belah makanan di
bulan ramadan ini dengan kepelbagaian menu yang yang disediakan yang mampu
memenuhi keinginan tekak kita untuk berbuka puasa.
Untuk info lanjut
dan tempahan korang boleh ke :
Laman web rasmi: https://www.plats.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/platformselangor/
Instagram : https://www.instagram.com/plats_my/
#PLATS
#Selangor
#KitaBantuKita
#RamadanPKP
#UsahawanSelangor
#JuadahBerbuka
#Iftar
#Ebazar
#KuihMuihMelayu
#BazarRamadan
#PARAM
#BisnesAmalMBI
#MBISelangor
Sedap ni nampak. Nak kena try lah
ReplyDelete