Monday, May 11, 2020

Berbuka Puasa di Grandmama's Pavilion Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Dah nama pun musim PKP kan so payahlah nak keluar ke mana-mana. 

Tapi di sebabkan pihak kerajaan sudah menukar dari PKP ke PKPB so dapatkan restoran dan beberapa tempat makan dibuka mostly untuk take away dan delivery service jer. 

nampak standby mask jer all the time

Kebetulan minggu lepas kak lily ada kerja di KL area Pavilion dan almost time berbuka dah masa tuh so ktorang plan nak take way saja, and then ternampak plak restoran Grandmama’s ni buka untuk dine in so apa lagi singgah makan sahajalah di sini. 

Bagaimanapun restoran Grandmama’s ni mengikut peraturan yang telah di tetapkan seperti mengambil suhu badan, sediakan hand sanitizer serta ada penjarakkan sosial di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain, ermm barulah rasa selamat nak berbuka puasa di sini. 

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran Grandmama’s menyediakan beberapa hidangan set menu untuk berbuka puasa. So tak delah korang pening nak pilih yang mana satu nak makan, biasalah decision yang lambat menyebabkan kita semua meroyan kelaparan ni bila tengok meja lain semua makanan dah terhidang tapi kita duk memilih menu lagi ye. 


Hah amik ko, banyak betul pilihan set berbuka puasa di Grandmama’s ni kan. Ni kak lily tunjukkan korang set hidangan #SafeAtHome yang kak lily order hari tuh. 


#SafeAtHome Untuk 3-4 orang

Kerabu Buah-buahan Muda
Seafood Curry Hot Pot
Deep-Fried Malay Spice Chicken
Stir-Fried Vegetables with Sambal Belacan
Nasi Putih
Kurma
Chilled Melon & Sago
Kuih Muih Tradisional

minuman panas ada sejuk pun ada

kuih-muih dan kurma

Ok kalau korang rasa tak cukup makanan-makanan di dalam set menu tuh korang boleh jugak order ala-carte ye. Ada beberapa menu yang boleh di order secara ala carte jugak.

Seafood Curry Hot Pot

Kerabu Buah-buahan Muda

Ayam goreng berempah

sayur goreng dengan belacan

Syiok kan!! 

Itulah kak lily pun rasa, jangan makan macam nak rak sampai balik tak boleh nak jalan ye awassss 

Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini di sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall 

Bagi outlet di KLIA dan Genting Highlands, Grandmama’s menyediakan hidangan Individual Set. 

So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua. 

Jom kita ke: 


Grandmama's Pavilion KL 
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur 
Tel: 03 – 2143 9333 


Outlet Grandmama's yang Lain:-
 
G-12, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Razak, 50400. Kuala Lumpur 

Lot a, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor. 

Lot T2-06, Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands, 69000, Pahang


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 



#safeathome
#shareathome
#saviourathome
#grandmamaspavilion










1 comment:

  1. Sayur goreng belacan tu nampak sedap gile! Kecur terus...rasa petang ni nak buat gak lerrr...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!