Hi Korang,
Kitaorang memang tak plan pun untuk ikut #StaycationistaBeaute anjuran Swiss Garden Genting Highlands dan Toscana Clinic ni sebab baru je balik dari Viper Challenge di Ion Park Genting last week.
Tup-tup bila Marcus pujuk 2-3 kali untuk join dan Mr Big seems ok je plak so ktorang pun agree untuk join tanpa sesiapa pun yang tahu sebab malas nak kecoh-kecoh kan. So bile bebudak ni excited asyik citer pasal trip ni, ahkak ko ni diam membisu seribu bahasa sebab takut rahsia terbongkar haahaha
So jumaat hari tuh, lepas keje dari office Mr Big terus ktorang drive up ke Genting Highlands lagi. Nasib baik Swiss Garden ni tak sampai atas pun so dalam 45 minit ktorang dah sampai dah. Ya ampun cantik yer hotelnya tak pernah lagi kitaorang sampai ke mari.
Just nice ktorang sampai time dinner so apa lagi gamat sekejaplah The Terrace Garden tuh ek, memasing terperanjat bila nampak ktorang seriously diorang cam tak percaya yang ktorang ada kat situ hahhaha.
Magic tak?? Haruslah magic yer hehehee
Lepas makan ktorang naik bilik dulu untuk kuar lepak hangout kan
Tada ini lah bilik ktorang
PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE
Cantikkan biliknya. Bilik ala apartment mengandungi 2 bilik dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur comel sesuai untuk 4 orang. Of courselah kak lily serumah dengan anak-anak hakak hah Zharip dan Faries kan alah tak per dah biasa dengan diorang ni hah, Mr Big pun ok sajor dengan budah berdua ni dah macam adik beradik heehehhehe..
Siap ade dryer untuk basuh dan keringkan baju lagi ek so senanglah kan dah mandi swimming pool naik terus basuh baju. Eh Wifinyer laju ya amat ek, malam tuh sempat kak lily siapkan kerja-kerja opis untuk submission.
Kalau korang nak tau ada beberapa jenis bilik di Swiss Garden Genting Highlands ni iaitu Deluxe Room, 1-Bedroom Suite dan Executive 2-Bedroom Residence.
Cantik-cantik semua bilik dan view balkoni semuanya mengadap Genting Highlands yang kat atas tuh tau
The Garden Terrace
Selama 3 hari 2 malam kami di sini, ermm inilah tempat lepak untuk makan-makan tak kira waktu hehehe masa sarapan, lunch dan dinner semua di sini.
Makanan sangat sedap-sedap belaka tak kiralah buffet breakfast. Fine dine lunch dan juga dinner semua authentic rasanya. Terletak di tingkat 5 di hotel ini, dan kalau korang nak tau view luar restoran ni sangat-sangat indeh wei, cantikkksss sekali.
Kemudahan-Kemudahan Lain Di Swiss Garden Genting Highlands
Ya ampun nampak macam hotel dan residence je kan tapi macam-macam ada rupanya di sini ek.
Di antaranya gymnasium, kolam mandi rooftop, jakuzi, sauna, taman permainan kanak-kanak, gelanggang squash, tenis, bilik istirehat dan taman-taman indah di seluruh kawasan hotel ini.
Jangan bimbang, ada lebih 300 parking kereta di bahagian basement hotel ini, oh ye ada perkhidmatan shuttle untuk korang ke Genting Premium Outlet, stesyen bas, stesyen cable car dan banyak lagi.
So untuk korang yang inginkan percutian singkat di hujung minggu, kak lily cadangkan korang ke Swiss Garden Genting Highlands ni ek. Bilik yang cantik, view yang indah dan tempat instagramable yang hebat sekali
Jom kite ke :
Swiss-Garden Hotel and Residences, Genting Highlands
Windmill Upon Hills,
Genting Permai,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel :+603 9213 0777 dan +603 9078 2600
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
Facebook :
Instagram :
#SHRGH #MeetYouUpHills
#SwissGardenGentingHighlands
#ToscanaMediClinic
#MediaCelebrityEvent
#MarcusOsmandOfficial
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!