Tuesday, February 18, 2020

Koleksi Casa Kayangan Dari AVON Sempena Hari Raya Nanti

Hi Korang, 


Inginkan sentuhan moden yang turut menggabungkan keunikan warisan tempatan? 

Masanya untuk mendapatkan koleksi langsir, linen, set hidangan dan dekor terbaru - Casa Kayangan dari Avon.


Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Koleksi Casa Kayangan dari Avon sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Diinspirasikan oleh seni halus Songket, koleksi ini menggabungkan corak tradisi bunga-bungaan dan geometri. Rona Maroon - lambang keghairahan, cinta dan kemeriahan ini menjadi warna utama bagi tiga rangkaian dalam koleksi ini: set hidangan, langsir dan set kamar tidur. 

Tingkatkan pengalaman santapan : Set Hidangan Casa Kayangan 



Pamerkan masakan terunggul dengan Set Hidangan Casa Kayangan dan balang biskut kaca, dihiasi bentuk geometri yang pasti akan mengagumkan tetamu korang nanti. 

Tirai mahligai impian: Langsir dan Dekor Casa Kayangan 




Lengkapkan keanggunan dan kemewahan ruang hadapan dengan langsir Casa Kayangan, dihiasi motif terulung tradisi Songket Bunga Pecah Lapan dan Tampuk Manggis. Sepadan dengan sarung bantal, alas meja makan dan 'runner' serbaguna. 

Keanggunan di ruang beradu: Set Kamar Tidur Bujang, Ratu dan Raja Casa Kayangan 


Set cadar, bantal dan selimut Casa Kayangan yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang lembut dan dingin ini akan membelai korang sepanjang tidur. Setiap set mengetengahkan satu warna mewah dan corak songket bagi menimbulkan suasana eksklusif dan harmoni. 

Serlahkan kediaman korang dengan Koleksi anggun Casa Kayangan, bakal dipasarkan mulai 1 April 2020.


So korang boleh riki-riki Avon dealer korang ek, diorang mesti dah ada sampel untuk korang rasai sendiri kualiti materialnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800- 18-AVON (2866).

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: 




No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!