Hi Korang,
Siapa yang belum pernah kena tipu lagi dengan Scammer nieh?
Meh sini bagitau akak ko ni, baca artikel yang akak kongsi kan ni eh
CTOS melancarkan CTOS SecurelD, iaitu perkhidmatan perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan 'dark web' adalah yang terulung seumpamanya dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.
Sekarang kita hanya melihat internet pada permukaan sahaja seperti lungsuri lama web, social media, lepak di google, shopping online tapi hakikatnya banyak benda yang berlaku yang kita tak tau di 'dark web' ini. Di 'dark web' hanya orang yang cerdik pandai mengenai IT yang paham selok belok apabila berada di sini, mereka-mereka menmpunyai akses yang mudah untuk memasuki ke data peribadi kita tak kira melalui email, bank account ID, even social media kita pun mereka ni boleh ‘hacked‘
Apakah Itu CTOS
CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit vang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil dan sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan berkanun
Majlis Pelancaran CTOS Secure ID
Di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini.
Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka sepertl misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam 'dark web'.
Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.
Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.
"Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan rneningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform. maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara," tegas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.
"Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan 'dark web' untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam 'dark web'. Selain itu, perlindungan takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian."
Memperkenalkan Kapten CTOS
Wow!!
Untuk kempen-kempen sebegini haruslah kena ada seseorang yang serba tau mengenai produk yang di perkenalkan.
So pihak CTOS memperkenalkan Kapten CTOS iaitu pelakon Hisyam Hamid untuk kempen CTOS Secure ID ni. Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui pelbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.
Meh layan iklan Kapten CTOS ni ek ehehehehe
"Dengan adanya CTOS SecurelD hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman," jelas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.
Harga Pakej CTOS Yang Korang Mampu Melanggannya
Pelanggan CTOS SecureID akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan nenipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat laporan Skor MyCTOS setahun.
ada perlindungan takaful ni yang kak lily suka ni
Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecurelD dan ketenangan fikiran.
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Official Website:
Facebook:
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!