Hi Korang,
Ubat gigi MISMIS berperisa pudina koko?
Mesti kali pertama korang dengar kan, ermm kak lily pun sama gak. Tup-tup terjadi jakun plak heehhe
MISMIS??
Comey nau bunyinya kan.
Menurut Puan Wanie (Pengasas MISMIS), perkataan MISMIS adalah 'kata singkatan' daripada slogannya iaitu Make It Smile. Dari 3 perkataan ini maka terlahirlah MISMIS, bunyi yang sangat unik dan mudah diingat.
ok MISMIS!!
Produk terbaharu jenama Mismis adalah Ubat Gigi Premium Pudina Koko dengan kerjasama penyelidikan dari Syarikat NFA Techonology Sdn Bhd dan Lembaga Koko Malaysia. Produk ini menggunakan bahan aktif polifenol-tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya oleh Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada masalah kaviti mulut
Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko | 100g
Ubat gigi ini tidak mengandungi Paraben, SLS dan flourida. la juga alternatif bagi pengguna yang mencari ubat gigi yang berasaskan bahan semulajadi. Tidak lupa juga aroma koko yang mengharumkan dan menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Ekstra Pudina Segar | 200g | 85g | 60g
Selain itu, produk yang sudah lama di kenali di pasaran adalah ubat gigi MISMIS sejuk tambahan (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. lanya juga formulasikan tanpa bahan paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat dari bahan pembuatan makanan 'food grade' dan selamat jika termakan semasa memberus gigi terutamanya untuk kanak-kanak.
"Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari ekstrak Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan bahan semulajadi seperti cengkih, dan minyak zaitun ini akan mengekalkan senyuman manis dan nafas yang segar anda sepanjang masa" kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat.
MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dengaan warna warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru mengikut warna kegemaran korang.
Diperbuat dari nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. la selamat untuk korang dan keluarga dan kini korang boleh memberus gigi tanya ragu. Berus gigi MISMIS yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan melindungi gusi daripada kecederaan, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan plak.
Produk MISMIS yang terbaharu adalah buat gigi MISMIS just for kids. Terdapat dalam 2 perisa, Chocolata dan Bubble Gummy. la amat sesuai kepada keluarga yang inginkan produk yang bebas dari flourida dan selamat jika tertelan. Buih ubat gigi juga menggunakan dari sumber kelapa.
MISMIS Multiple Action - Medium Soft
Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semas mengembara dan Mismis ubat kumur Minty Leaf (mouthwash) yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit diseluruh negara. Mismis boleh juga didapati di online Watson, Airasia (Rokki.com),Shopee, Lazada dan di semua online e-commerce.
Sessi pemberi cenderahati produk MISMIS sebagai tanda penghargaan buat Dr Nurul Akmar (pemilik Klinik Pergigian Nurul Akmar). Penyampaian telah dilakukan oleh Pengarah Urusan NFA Technologies Sdn Bhd iaitu Puan Noormawarni Nordin.
Sedikit latar belakang NFA Technologies Sdn Bhd
NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. lanya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa. Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS.
Syarikat NFA Techonology Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program symbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation - (MTDC). Program Symbiosis adalah program dimana MTDC akan memilih lepasan siswazah dan usahawan sedia ada untuk menjadi 'technopreneur' dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan dari Research Institute (IR)/Universiti dengan latihan dan bimbingan yang berterusan dari MTDC.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS dipasaran, syarikat mensasarkan lebih banyak lagi pasaraya-pasaraya besar ,farmasi dan pengedar runcit di seluruh negara menyokong dan memberi peluang kepada jenama MISMIS untuk dipasarkan di premis mereka. MISMIS telah berjaya menembusi pasaran Maghribi dan dimasa akan datang bercita-cita untuk meluaskan pasaran di Negara Timur Tengah dan Jepun. Usaha promosi dan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko telah giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.
Jenama MISMIS telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Prociuk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
memasing tak sabar nak cuba ubat gigi MISMIS ni tau
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
Facebook:
Instagram :
menarik sangat ni dah la packaging pun comey je ^_^
ReplyDelete