Monday, December 23, 2019

Sambut Hari Jadi Anak-Anak Di MARRYBROWN Bersama DORAEMON

Hi Korang, 

Seriously birthday party ni memang amat memeningkan ibubapa bila memikirkannya. Walaupun kak lily ni ada 3 orang anak sedara bila time masa hari jadi tak tau nak fikir lokasi mana untuk di buat party tuh kan. Setahun 3 kali birthday party so tak ke pening sangat tuh kan. 


Dan kini Marrybrown restoran rangkaian makanan halal segera yang terbesar di Malaysia telah bekerjasama dengan Doraemon dalam usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi, bermula pada Disember 2019. Orang ramai berpeluang meraikan sambutan hari jadi bersama salah satu daripada watak kartun Jepun yang diminati seluruh dunia. 

Doraemon rnerupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot jenis kucing dari masa depan. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang pen uh bermakna. 

credit to : Minz

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pastid engan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini," kata Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown. 

Bersempena sambutan hari kanak-kanan dan mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih cerah, Marrybrown membawa lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon. 




Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah. 

Sebagai restoran makanan segera yang menyediakan sajian ayam goreng rangup selama 38 tahun, Marrybrown kini bekerjasama dengan Doraemon bagi membawa lebih kegembiraan kepada rakyat Malaysia dimana mereka kini boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi yang akan membuatkan mereka lebih gembira. 



Datin Nancy berkata bahawa kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif yang bermakna bagi Marrybrown kerana kerjasama ini mampu menghubungkan rakyat Malaysia yang berkongsi minat yang sama. 

"Marrybrown sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown," kata Datin Nancv.


Pakej Hari Jadi DORAEMON


Ye ni kak lily nak kongsikan pada korang lah ni kan


Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown beserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari https://marrybrown.com/birthday-party/ 





Bukan kata anak-anak, kitorang yang dewasa ni un sukakan Doraemon yer, maklumlah kami membesar dengan kartun-kartunnya setiap Sabtu malam kann hehehhe 




Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook: 

Instagram :

Youtube Channel: 
MarrybrownTV


#Marrybrown
#SomethingDifferent
#MBxDoraemon
#DoraemonBirthdayPackage





1 comment:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!