Thursday, December 5, 2019

GLOMAC 121 Residences, SOHO Serviced Apartment Di Petaling Jaya

Hi Korang,


Rumah merupakan asset yang paling penting di dalam kehidupan kita tak kira siapa jua pun, tak kan lah nak duduk menyewa hingga ke tua kan. Sekurang-kurangnya kita kena ada rumah sebuah walaupun kecil untuk kesenangan di hari tua nanti. Kita tak tau lagi nasib kita di masa hadapan, mana tau terjadi apa-apa pada yang tersayang kan at least kita ada rumah tak kiralah besar atau kecil untuk kita berteduh.

So lokasi rumah tuh cam ne plak ek?

ok nak duduk tingkat berapa ek

Kalau kak lily seharusnya kak lily mencari kawasan perumahan yang dekat dengan segala kemudahan awam seperti public transport, sekolah, ada kedai-kedai even dekat dengan hospital pun tak per. Semua ni penting wokeh, ingat tuh!!

Teringat plak hari tuh kak lily temankan kengkawan mencari rumah di sekitar Lembah Klang ni. Yelah orang baru mula kerja semuanya serba kekurangan so dia mencari tempat tinggal yang ada segala kemudahan yang kak lily cakapkan tuh. 

Yang penting katanya tak kisahlah besar ke kecil tapi kemudahan semuanya ada. 

Kami ke showroom di Menara Glomac ni minggu lepas.


Itu pun atas saranan kengkawan lain jugak sebab diorang pun sibuk mencari rumah jugak. Lokasi yang di maksudkan adalah GLOMAC 121 Residences yang terletak di Kayu Ara Petaling Jaya Selangor. 

Wow!! Ini betul –betul tengah bandar, memang boleh masuk dalam list jugak ni.


Dengan slogan "The Lifestyle Collection" telah memperkenalkan konsep "CO" yang membawa maksud kepada 3 elemen iaitu connect (menghubungkan), comfort (selesa) dan community (komuniti). Semuanya disatukan di bawah satu bumbung esklusif khas untuk penghuni 121 RESIDENCES.

Secara konsep dari tagline 3 patah perkataan ini iaitu COMFORT, CONNECT, COMMUNITY. membawa erti:-

COMFORT 

ianya menggambarkan pembangunan dalaman yang dapat memberi keselesaan

CONNECT 

merujuk kepada bahagian luaran - aksesibiliti yang mudah terutama di kawasan bandar

COMMUNITY 

merujuk kepada perkongsian ruang dan fasiliti diantara penghuni di 121 Residences.



Nampak tak??

Dari tagline ni kita dah boleh faham dah bahawasanya GLOMAC 121 Residences sangat mementingkan keperluan dan kehendak para penghuninya.

GLOMAC 121 RESIDENCES

Beberapa perkara yang kak lily rasakan apa yang menarik mengenai GLOMAC 121 Residences yang berstrata pegangan ‘LEASEHOLD’ ini adalah ianya terletak di tengah-tengah pusat bandar di antara Petaling Jaya dan Damansara jadi kalau nak ke mana-mana shopping malls seperti 1 Utama, Centrepoint, Glo Damansara, The Curve dan banyak lagi shopping mall ek. 

Lagi pulak LRT3 sedang dalam pembinaan di mana ianya hanya dengan berjalan kaki sahaja ke stesyen LRT3 tersebut.

Selain itu, terdapat juga institusi pendidikan di kawasan berhampiran seperti sekolah, kolej dan pelbagai lagi. Jadi tiada masalah untuk kita mencari penempatan persekolahan untuk anak-anak kerana terdapat banyak pilihan sekolah yang berdekatan dengan rumah. Begitu juga dengan pusat perubatan seperti Hospital Pakar KPJ Damansara.



Untuk 121 Residences terdapat 2 menara yang menawarkan 33 tingkat dengan 834 unit rumah. Terdapat dua jenis pilihan bilik iaitu samada 2 bilik ataupun 3 bilik.

Type A - keluasan 450 kaki persegi

Type B - keluasan 750 kaki persegi


Bagi harga 2 bilik 1 bilik air dengan keluasan 450 kaki persegi, harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM318K. Manakala untuk 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 750 kaki persegi, harga adalah bermula dari RM522K. Fee penyelenggaraan pula adalah RM0.38 per kaki persegi.

ruang tamu yang selesa

Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Bilik ketiga - boleh di jadikan bilik tidur ataupun stor

Ruangan dapur dari pandangan ruang tamu

pandangan dari pintu masuk ke ruang tamu

Tawaran yang diberikan juga agak menarik yang mana setiap pembeli akan diberikan pakej Home Ownership Campaign (HOC) 2019 yang mana setiap pembeli akan mendapat PERCUMA Memorandum of Transfer (MoT) dan Loan Stamp Duty. Selain itu pembeli juga akan mendapat SPA Legal Fee dan Disbursements (pengeluaran pembayaran) secara PERCUMA.  Dengan hanya sebanyak RM1000 untuk booking fee bagi unit bumi-lot dan booking fee RM5000 untuk non bumi-lot.

Dan dijangkakan 121 Residences siap dibina pada tahun 2024.

PLAZA KELANA JAYA

Ada lagi satu lokasi yang kak lily rasa bakal mendapat tempat di hati korang yang sedang mencari rumahku syurgaku ni ialah di Plaza Kelana Jaya. 


Terdapat servis apartmen dan kedai pejabat yang berstatus 'freehold' ditawarkan di sini. Dengan 2 menara, 31 tingkat dan 696 unit nemawarkan 1+1 bilik bersama 1 bilik air pada keluasan ruang 450 kaki persegi. Harga yang ditawarkan adalah dari RM380K. Manakala untuk 3 bilik dan 2 bilik air yang berkeluasan 750 kaki persegi harga yang ditawarkan dari RM580k 

Fee penyelenggaran adalah RM0.38 per kaki persegi dan dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2022. Untuk penjualan rumah ini tidak ketinggalan dengan tawaran pakej penjualan iaitu Home Ownership Campaign (HOC) 2019 (Free MOT dan Loan Stamp Duty) , PERCUMA SPA Legal Fees dan Disbursements.

Dengan hanya sebanyak RM1000 untuk booking fee bagi unit bumi-lot. Dan booking fee RM5000 untuk non bumi-lot. 

TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA

Yesza, ini ada satu lagi berita baik untuk korang ni tau.

GLOMAC bakal menyambut ulang tahun yang ke 30 pada 8hb Disember 2019 nanti

Tarikh : 8 Disember 2019 (Ahad) 

Masa : 11.00 pagi sehingga 6.00 petang 

Lokasi : Ruang Legar Utama (Main Concourse), Glo Damansara.


Di antara kelebihan korang datang ke Triple Boost Year End Bonanza ini adalah:

ALWAYS BE THE FIRST!
Jadilah di kalangan individu pertama yang memiliki GLOMAC 121 RESIDENCES. Menara B adalah pelancaran yang terkini.

CANNOT LOSE!
Peluang terakhir untuk menikmati faedah HOC2019.

GIVE ME MORE!
Jangan ketinggalan untuk menikmati Diskaun Istimewa, Cashback dan Giveaway bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 GLOMAC.

KOLABORASI BERSAMA BOOST E-WALLET
RM50 cashback segera dengan urusan tempahan (booking) menggunakan BOOST e-wallet.

SPEAKER JEMPUTAN
Speaker jemputan yang bakal memberikan input menarik dan bermanfaat iaitu Khalil Adis yang merupakan seorang konsultan antarabangsa hartanah pada jam 12 tengah hari. dan Jason Lu, Head of Strategy - The Makeover Guys pada jam 3.00 petang.

LIGHT REFRESHMENTS
Bubble Tea dan aiskrim PERCUMA. Acara dan aktiviti permainan dengan tawaran hadiah-hadiah yang banyak untuk dimenangi.


Pendaftaran acara TRIPLE BOOST YEAR END BONANZA boleh dilakukan di pautan https://bit.ly/33ymw7N


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :

Facebook Page :

Instagram Page :

Youtube Channel :







No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!