Hi Korang,
Pasukan '23 Motors’ telah melangkah lebih jauh dalan sukan permotoran Malaysia apabila memenagi beberapa kejohanan besar. Bermula dengan meraih juara keseluruhan untuk’ 2017 TCR Asian Championship’, di ikuti dengan juara pada tahun 2018, untuk’ Stock Production Championship’.
Barisan Pasukan 23 Motors untuk Sepang 1000KM Endurance Race
Pasukan ini, sekali lagi, mencatat sejarah dalam memenangi juara keseluruhan untuk ‘2019 Malaysia Championship Series, Overall Champion’. Tahun ini bakal memperlihatkan 2 org pelumba selebriti Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu dan 7 org pelumba professional Dato Farouk, Keifli Othman, Baron Sim, Mirza Syahmi, Zen Low, Akid Azlee, Tarmimi Tahang.
Salah seorang pelumba selebriti, Shuib Sepahtu
Perlumbaan kali ini akan berlangsung dari 22 November hingga 24 November, bermula dari jam 12 tengah hari. Ia adalah satu perlumbaan tanpa henti yang memerlukan daya ketahanan yang tinggi serta minda yang fokus. Dengan jarak 1000KM (seribu kilometer), Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi saksi kepada satu acara yang akan memakan lebih dari 250 (dua ratus lima puluh) pusingan dan dijangka akan mengambil masa lebih dari 9 (sembilan) jam.
Dato Farouk, Pengasas kepada 23 Motors, menjawab soalan media
Pengasas kepada 23 Motors Sdn Bhd, Dato’ Abdul Kaathir atau lebih mesra dengan panggilan Farouk, mengambil langkah dalam melabur untuk sukan pemotoran ini kerana minat yang mendalam serta nampak peluang perniagaan di dalam industri ini. Beliau berkata:
“Saya ingin menaikkan taraf industri pemotoran negara dengan lebih maju lagi. Dengan langkah saya yang kecil ini, mampu membantu menampakkan potensi sukan industri ini kepada orang luar terutamanya kepada usahawan-usahawan di luar sana. Sukan ini mampu menjadi salah satu cabang baru dalam pelancongan sukan. Syarikat saya sejak dari awal penubuhan, nampak potensi besar dalam industri ini dan ia juga merupakan salah satu faktor dalam menceburi perniagaan import kereta ‘Muscle’ dari Amerika Syarikat.”
Dengan pengenalan kepada dua pelumba yang bukan dari bidang perlumbaan, ia menunjukkan, sukan ini boleh dilakukan dan berlumba boleh dijadikan satu aktiviti riadah. Melalui pakej -pakej yang ditawarkan dari serendah RM 10, 000 (sepuluh ribu ringgit Malaysia) hingga ke RM 30,000 (tiga puluh ribu ringgit Malaysia), seseorang individu boleh berlumba dengan kelolaan dari pengurusan pasukan profesional.
Pasukan 23 Motors sebelum ini telah memenangi trofi ‘Overall Championship’ di dalam ‘Malaysia Championship Series’ baru- baru ini. Melalui kemenangan ini, pasukan ini telah meletakkan niat untuk memenangi perlumbaan ketahanan Sepang 1000KM.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tentang ’23 Motors’ Sdn Bhd
Sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2014. Diasaskan oleh Dato’ Kaathir Mustafa atau lebih di kenali sebagai Farouk,syarikat ini mula bertapak di Batu Pahat, dengan impian yang besar untuk mengukir nama dalam industri automotif tempatan .
Dengan berbekalkan pengalaman sebagai seorang pelumba kereta profesional dan minat yang mendalam dalam industri ini, pada tahun 2015, Farouk telah menubuhkan ’23 Motors’ di Johor Bahru dengan menjadi satu-satunya pengedar yang fokus untuk import kereta ‘Muscle Cars’ dari Amerika Syarikat ke Malaysia.
Pada tahun 2016, syarikat berkembang dengan membuka cawangan kedua dengan menyediakan lebih banyak pilihan kereta import, yang terdiri daripada MPV berpatutan hingga ke sedan mewah dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat.
Pembukaan cawangan ketiga, adalah pada tahun 2017 di Bangsar, Kuala Lumpur, adalah bukti untuk syarikat sentiasa memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.
Laman sesawang: http://23motors.my/
Waaaa. Menarik..Terima kasih Cik Lily!
ReplyDelete