Tuesday, October 8, 2019

PREGO Sos Pasta Makaroni Dan Keju, Senang Masak Tanpa Fikir Panjang

Hi Korang, 

Satu perkara yang semua orang akan fikirkan terutamanya para ibu-ibu, isteri, anak dara yelah apa nak masak malam nanti masa on the way balik keje, ermm betul kan?? 

Memang ye pun! 

Sebenarnya boleh je kita beli atau pun makan di kedai tapi kalau dah setiap hari memang muak di buatnya. Bayangkan tengahari dah tentu kita makan luar sebab waktu bekerja kan, kemudian malamnya nak makan luar lagi?? 

Muak wei muakkkkk!! 

Bagi kak lily kalau makan nasi putih dengan telur ikan memalam dah memang awesome tapi kalau selalu sangat pun muak jugak hehehe so nak jugak kelainan dalam masakan kita hehehe betul tak?? Barulah suami bertambah sayang ewahh 


So haruslah kak lily usha kat Instagram apa nak masak kan, ada yang senang nak buat ada yang bahan payah nak dapat hauhauaha. Kak lily ni suka masak apa yang ada kat dapur ni je sebab malas nak pi beli bahan-bahan memasak time crucial ni. 

Bila hujung minggu ni barulah membeli belah barang-barang dapur, bila jejalan kat grocer ni terperasanlah Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju ni. Ermm produk baru ni, bila baca cara-cara nak masak tuh kemain senang bagat, terus kak lily ambil 2-3 tin masukkan dalam troli ek. 

Kebetulan semalam balik keje lambat plak sebab ada tender submission so sampai rumah terus tengok apa yang dalam fridge then teringat plak akan Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju ermm itulah jelah yang masakkan sebab malas nak fikir. 

Baca sekali imbas resipi mudah kat belakang tin ermm terus idea datang hehehe 

Bahan-bahan: 

sket je kan bahan-bahannya, senang keje

pasta spiral yang tengah di rebus 

eh nasib udang tak tertinggal ek


Sedikit minyak olive oil 
Prego Spiral Pasta (1 paket – di rebus sehingga al dente) 
Prego Mac & Cheese (1 tin) 
1 labu Bawang putih (kak lily cincang je hah) 
Cendawan Shitake (di hiris - abiskan satu bekas sebab kak lily suka ) 
Udang (di siap kopek – untuk tambahkan sedap) 
Keju parmesan (sedikit untuk tambahkan lemak lagi) 

Cara - cara: 

Panaskan minyak olive oil 


Masakkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau 


Masukkan cendawan shitake 


Masukkan udang dan kacau hingga sedikit masak 



Masukkan Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju, nak kuah banyak tambah lagi satu tin tapi kalau nak cair tambahkan air sedikit. 

Tambahkan garam atau serbuk perasa untuk sedapkan lagi. 

Siap!!

Meh tengok video simple kak lily ni hah


Mudah kan, tak yah nak pening-pening kepala nak fikir camne nak masak

Kak lily tak campurkan sekali sebab taknak pasta kembang bila makan, so nak makan then baru di letakkan kuah sos pasta tuh di atas pasta spiral. Ya ampun cukup berkrim dan pekat plak tuh ditambah lagi dengan keju hah aduimak leleh leleh wei

nampak cam sket je kuah tapi bila angkat hah amik ko!!

Nampak tak yah nak jadi Chef terkenal sampai nak kena belajar masak pasta ke Itali ermm dengan Prego pun boleh uollss 

Dengan gunakan satu tin sahaja ktorang kenyang sampai ke pagi malam tuh hehehehe, yang penting mudah nak dimasak tanpa menggunakan banyak bahan. 


Harga Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju ini adalah RM6.49 dan boleh didapati di semua pasaraya besar dan pasaraya di seluruh negara. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 



#SuperLeleh 
#YourYummySuperHero 
#PregoMalaysia


2 comments:

  1. nampak senang cara masaknya. Boleh cuba nanti. :)

    ReplyDelete
  2. Wow.. memang nampak senang je dengan sos prego ni. Bolehla try

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!