Wednesday, October 2, 2019

MARRYBROWN Rendang Ayam Asli Sedap dan Asli Betul!!

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan rendang?? 

Cakap lekas ek!! 

Penipu benau orang tuh kan, giler tak suka kan, one of the Malaysian favourite tuh. Kalau dulu zaman masa kak lily kecil-kecil nak makan rendang kena tunggu masa raya je tau. Sekarang ni bila dah reti buat sendiri ermm haruslah sebulan sekali masak kan. Bukan apa proses memasaknya kemain leceh lagi, nak kena tunggu pecah minyaklah, nak kena rasa keseimbangan santan lah dan memacam lagi. 

Senang pi makan je kat kedai kalau betul-betul teringin kann, abis citer hehehehe 


Kak lily suka rendang ayam, korang suka rendang ape? 

Kalau sama jugak Rendang Ayam, kite geng!! 

Sekarang ni bukan kita je orang melayu yang gemarkan rendang ayam, malah satu Malaya ni sukakan jugak tau. Tak kiralah orang Cina ke orang India ke orang putih ke orang biru ke kan semua sukakannya kekadang tuh siap bertambah lagi bila makan. 


Para penggemar Rendang Ayam kini dapat bergembira kerana restoran rantaian makanan segera tempatan Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia, Marrybrown membawa rasa makanan asli tempatan ke cawangan-cawanganya di Malaysia bulan ini! Membawakan dua kombo Rendang Ayam Asli iaitu Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang, para peminat dapat menikmati menu mengujakan ini dari 19 September 2019 hingga 3 November 2019 di cawangan Marrybrown terpilih di seluruh Malaysia. 

Wahh seriously I like!!! 

Kalau korang nak tau kombo Marrybrown Rendang Ayam Asli diperap dengan pelbagai herba dan rempah yang akan memberi deria rasa yang seakan-akan sama kerana Marrybrown menggunakan cara memasak tradisional yang sama dalam penyediaan makanan tersebut bagi mengekalkan rasa yang kaya dengan asli dan enak. 

So malam hari tuh sebab tak tau nak makan apa so ktorang ke iOi City Mall je ni alah dekat kan. Pusing-pusing dan ternampak Marrybrown ni. Masuk jelah ingat nak makan ayam je eh ternampak plak Kombo Rendang Ayam ni so haruslah kena cuba kan. 

Burger Rendang Ayam (harga dari RM12.50) 

Simple burger tapi rasanya daging ayamnya penuh dengan rasa rendang. Perapannya enak dan bila di makan wow memang rasa sebijik makan rendang ayam. 

Nasi Rendang Ayam (harga dari RM13.90) 

Sangat-sangat tipikal rasa rendang ayam wei, nasi, rendang ayam, telur rebus dan siap papadom lagi ek. Itu yang menambahkan rezeki makan lagi. 

Cantik kan, take away packging Nasi Rendang Ayam ni, truly Malaysia sungguh! 

Kalau korang nak tahun ini, Marrybrown berbangga untuk meraikan kejayaan selama 38 tahun sebagai rantaian makanan segera Halal yang terbesar dan pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Jenama ini telah berkembang dengan pesat selama 38 tahun yang lalu dengan pelan pengembangan domestik dan antarabangsa yang akan datang bagi 2019/2020. 

Marrybrown kini berkhidmat buat berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan matlamat utama untuk menyediakan kualiti dan servis serta nilai kebersihan dan kepuasan yang tinggi bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna. 

jemput tengok ek heehhe

Nampak betapa seronoknya makan kan, Mr Big siap pakai tangan lagi. Melayu sangat hah! 

Ok jangan lupa dapatkan kombo Rendang Ayam Asli ni tau 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook: 

Instagram: 

Youtube : 
www.youtube.com/MarrybrownTV




#Marrybrown
#SomethingDifferent
#MBRendangAyamAsli


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!