Ayam Brand™ Santan Super Light baharu dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar[1], tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma. Malah produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli. Santan juga bebas kolesterol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa.
Dibuat Mengikut Citarasa
Malaysia – Ringan dan Bebas Kolesterol
Ayam Brand™ Santan Super
Light adalah bebas kolesterol dan sebagai penyelesaian masalah rakyat Malaysia
yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi iaitu 47.7% daripada populasi
golongan dewasa[2].
“Santan ialah satu bahan
utama dalam hidangan rakyat Malaysia dan mereka sangat sukakan makanan yang
enak. Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan
supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan
yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand™ Santan Super Light yang mengandungi
75% kurang lemak berbanding santan segar, sementara mengekalkan rasa dan aroma
yang sama, tanpa kolesterol,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan
Deverre.
Beliau menjelaskan bahawa
jenama ini mengutamakan kesihatan dan makanan yang baik dengan menawarkan ramuan
lebih sihat.
“Makanan Ayam Brand™ yang
sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan MSG merupakan sebahagian
daripada identiti kami. Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan
menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baru. Di sinilah Ayam Brand™ Santan
Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat,
selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global,” jelasnya.
Menghargai Kelapa, Makanan
Superfood
Pakar Nutrisi, Shermin Low
dari MyKenZen, sebuah syarikat perunding nutrisi turut hadir untuk membetulkan stigma masyarakat
terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan.
“Lemak kelapa adalah antara
jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa
ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs). MCTs digunakan secara
langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme,
memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki
kandungan anti-bakteria dan anti-virus,”[3]
kata Low.
Manfaat lain santan adalah
ia bebas kolesterol, tinggi dengan serat, mengandungi Vitamin C, E, B1, B3, B5
dan B6. Di samping mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium
dan fosforus. Ia juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan
yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan.
Beliau menyarankan bahawa
memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana adalah kunci dalam
memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya, pada masa yang sama dapat
menikmati hidangan enak.
“Di sinilah produk seperti
Ayam Brand™ Santan Super Light dapat
memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya
hidup, tanpa perlu berkompromi dengan keenakan hidangan mereka,” jelas
Low.
Aroma dan Rasa Asli, Kini
Lebih Ringan
Ayam Brand memanfaatkan
bakat ahli akademik kulinari dan pengkaji makanan, Chef Syafiq Othman dalam
menunjukkan rasa serta aroma Ayam Brand™ Santan Super Light menerusi satu
demonstrasi masakan dan merasa makanan melibatkan media dan influencer
di Giant Bandar Kinrara, Puchong.
Chef Syafiq menghasilkan
pilihan hidangan warisan antaranya Gulai Mackerel, Bingka Labu, Lawa Terung,
serta makanan yang menjadi trend zaman sekarang seperti Matcha Santan Boba Tea
dan Seafood Laksa Spaghetti. Semua resepi ini boleh dimasak kurang daripada 30
minit menggunakan bahan yang senang didapati serta peralatan dapur asas seperti
dapur gas dan pengisar.
“Santan merupakan satu
ramuan penting dalam banyak resepi. Ia mempunyai rasa yang berkrim, sedikit
masin dan mempunyai aroma karamel yang tidak boleh ditiru oleh produk tenusu,
susu soya atau susu kacang. Santan ialah elemen yang memberikan kari, rendang
dan pencuci mulut tradisional rasa tambahan dan lemak yang enak. Bagaimanapun,
lemak itu boleh jadi terlalu padat dan pekat, sebab itulah Ayam Brand™ Santan
Super Light dihasilkan. Dengan 75% kurang lemak berbanding santan kelapa segar,
ia dapat ‘meringankan’ hidangan anda tanpa mengorbankan aspek rasa, tekstur dan
aromanya,” jelasnya.
“Inovasi seperti Santan
Super Light boleh membantu mengekalkan hidangan tradisional kita, menjadikannya
tidak ditelan zaman dan relevan buat rakyat Malaysia yang semakin mengutamakan
kesihatan tubuh badan. Ia juga menggalakkan generasi baru untuk meneroka dan
bereksprementasi dengan warisan citarasa tempatan,” kata Chef Syafiq.
Resepi Chef Syafiq yang
menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light boleh didapati di www.ayambrand.com.my – lazat dan sihat.
Penutup Lebih Bersih, Tidak
Perlu Gunting atau Koyak
Ayam Brand™ Santan Super
Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah.
Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Anda
boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk, habiskan dalam tempoh tiga
hari selepas dibuka.
Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan
Super Light (330ml) adalah RM 3.10 dan kini ia boleh didapati pada
harga promosi RM 2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober
2019. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati
di pasaraya di seluruh negara.
Ok ni kak lily kongsikan resipi yang menggunakan Santan Super Light yang korang akan suka tau.
Resipi Gulai Mackerel with Roti
Portion Size: 4
Cost: RM 12.00
Ingredients
Ayam Brand™ Mackerel in Tomato Sauce - 1 can (425 g)
Ayam Brand™ Santan Super Light - 200ml
Curry Leaves - 3 stalks
Water - 150ml
Cooking Oil - as needed
Paste A
Shallot - 6 pieces (medium size)
Garlic - 3 pieces
Ginger - 1 Inch
Paste B
Curry Powder - 3tbsp
Water - 100ml
Vegetables
Okra - 6 pieces
Tomato - 2 pieces (medium size)
Seasoning
Tamarind Extract - as needed
Salt - as needed
Sugar - as needed
Method
1. Heat up cooking oil, fry the Paste A with Curry Leaves until the paste is brown and fragrant.
2. Pour in Paste B (mix well curry powder with water before pour in the pot) continue stir until it become a bit thick.
3. Pour in Water and Santan Super Light Ayam Brand. Let it boil
4. Stir in Mackerel Ayam Brand and vegetables let it simmer for 5 minute.
5. Season to taste
6. Serve piping hot with Roti
Resipi Matcha Boba Tea with Santan
Portion size: 1 Portion
Cost: 3.50
Ingredient
Boba Pearl (boiled & cold it) - 100gm
Ingredients A
Ayam Brand™ Santan Super Light - 200ml
Matcha Tea Powder - 50gm
Palm Sugar Syrup - 150ml
UHT Milk - 400ml
Ice - as needed
Method
1. Combine Ingredients A in cocktail shaker. Shake the mixture for a while
2. Pour the mixture and Boba pearl in a glass cup
3. Enjoy while it cold
[1] 75% less fat than raw coconut milk (
Raw coconut milk (100g) contains 23.8g of fat. Based on US FDA Food Reference).
apa lagi .. cepat masakkan untuk aku .. hahaha
ReplyDelete