Sunday, September 15, 2019

Ubat Gigi SENSODYNE Sensitivity & Gum, Mengurangkan Masalah Gigi Sensitif.

Hi Korang, 

Kalau siapa yang follow IG stories kak lily mesti tau yang kak lily ade masalah dengan gigi dan gusi hingga sampai bengkak-bengkak muka di buatnya ermm ingat tak?? 

Ada dulu awal tahun ni kak lily kena sampai berubah bentuk muka sampai tak kuar rumah 2-3 hari sebab nak redakan bengkak tuh. Sejak tuh kak lily sangat-sangat menitikberatkan keadaan gigi kak lily ye. Takutlah pisang berbuah 2 kali kan, kang melarat boleh effect satu badan ooo 


Untunglah orang yang tak de masalah gigi dan gusi ni kan tapi orang-orang cam kami ni cam ne plak. Seriously memang kak lily sentiasa bertukar-tukar ubat gigi untuk mendapatkan keserasiaan gigi ni supaya dapatkan meredakan sket gigi sensitif ni. 

Gigi sensitif dan masalah gusi, masalah pergigian biasa dalam kalangan rakyat Malaysia 

Bayangkan korang tengah haus tup-tup depan mata ada air sejuk plak hah haruslah pekena seteguk, sekali masuk mulut terus kena panah petir kat gigi korang tuh aduimak rasa nak menitik air mata tau 

Secara global, 50% pesakit gigi sensitif juga mengalami tanda-tanda masalah gusi dan melalui kajian yang dijalankan pada 2010, ia menyatakan 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi. 



Doktor pergigian menemui wujud hubungan rapat antara dua simptom ini, gigi sensitif dan masalah gusi. Gusi menyusut adalah punca utama berlakunya gigi sensitif dan penipisan gusi berlaku kerana masalah gusi. Apabila dentin dalam gigi terdedah, liang halus di dalamnya juga terdedah dan hal ini boleh mengakibatkan gigi sensitif. 

Laporan mendedahkan hampir separuh (44%) yang mengalami gigi sensitif memilih untuk menukar tabiat memberus gigi dengan mengelak daripada memberus kawasan gigi dan gusi yang terjejas. Hal ini menyebabkan timbulnya lapisan bakteria dipanggil plak. Plak yang tidak dibersihkan dengan berusan gigi dua kali sehari akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi dan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain. Doktor pergigian berpendapat bahawa simptom ini memerlukan perhatian dan pesakit boleh bermanfaat jika menyelesaikan dua masalah ini dengan segera. 


Minggu lepas kalau korang perasan di ig stories, kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran produk dari Sensodyne yang terbaru iaitu Sensodyne Sensitivity & Gum di Sunway Piramid, siap ada roadshow sekali tau. 

Ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum baharu telah terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi. Formula dwi-aksi ini bertindak membina lapisan meliputi kawasan gigi sensitif untuk melindungi daripada sensitiviti di samping menanggalkan bakteria plak yang akan mengakibatkan masalah gusi bengkak, mulut berbau dan lain-lain masalah gusi. 


Bryan Wong, Pengarah dan Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, berkata, “Kami melancarkan Sensodyne Sensitivity & Gum untuk mengatasi dua masalah ini secara serentak dan melegakan ketidakselesaan pesakit supaya mereka dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik. Kesihatan pergigian adalah keutamaan kami dan sebagai jenama ubat gigi sensitif nombor satu di negara ini, kami berbangga melancarkan produk dwi-aksi terkini yang akan memanfaatkan warga Malaysia.” 


“Gigi sensitif dan masalah gusi kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini, tetapi ia sering dipandang remeh dan tidak dirawat segera. Peningkatan bilangan pesakit juga dilihat tidak peka untuk menangani simptom-simptom ini. Dua masalah ini berkaitan antara satu sama lain dan perlukan penjagaan rapi.” kata Dr Cheah Chia Wei, Pensyarah, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. 


Dr Say Sazril berkongsi pengalaman mengenai Sensodyne Sensitivy & Gum kepada pada orang ramai semasa majlis pelancaran tersebut. 


Oh ye, bersempena pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum, Sensodyne akan menganjurkan pameran dengan Farmasi Guardian di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid Mall di mana pengguna berpeluang mengenal pasti dan mempelajari tentang isu gigi sensitif dan masalah gusi serta mendapatkan pemeriksaan pergigian bermula 12 hingga 16 September dari 10 pagi hingga 10 malam. 


Sensodyne juga bekerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia untuk menjalankan Pemeriksaan Pergigian Percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna memeriksa gigi dengan kerap di klinik pergigian agar gigi dan gusi sentiasa sihat serta mendidik mereka dengan cara penjagaan gigi yang lebih baik. Ketahui cawangan yang terlibat di www.sensodyne.com.my.



Sensodyne Sensitivity & Gum boleh didapati di farmasi tempatan dan pasar raya di seluruh Malaysia dengan harga yang dicadangkan RM16.90 sekotak dan RM10.90 untuk berus gigi. Sila rujuk doktor pergigian berdekatan anda untuk maklumat lanjut. 

Sensodyne Sensitivity & Gum dibawakan oleh Sensodyne, Jenama Ubat Gigi Sensitif No. 1 Dunia. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:

Facebook: 






#sensodyneSensitivityandGum
#sensodynedualaction
#sensodynemy

4 comments:

  1. ngam sgt aku gune sensodyne ni gigi sensitif sgt. terima kasih cik lily..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi , saya baru guna sensodyne ni sis, first pakai gosok Gigi selalunya Colgate lain sejukk , tpi sensodyne mcm panas2 gitu , itu memang ke sis?

      Delete
  2. Gigi rasa ngilu sgt,tp keliru nk guna yg ungu ka yg pink dua² utk sensitif kan

    ReplyDelete
  3. Gigi sakit n gusi bengkak sesuai tak

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!