Monday, September 23, 2019

Tahniah MATXI CORP Di Atas Kejayaan Hebat Selama 2 Tahun Ini.

Hi Korang, 

Hujung minggu lepas kak lily berkesempatan ke majlis ulang tahun ke-2 syarikat Matxi Corp yang berlangsung di Plenary Hall KL Convention Centre, yang mana majlis gilang gemilang ini turut dihadiri 2000 pengedar dari 30 negara. 


Para peserta yang hadir terdiri daripada negara Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan pelbagai negara lagi, bergaya mengikut tema glamour yang sangat-sangat menarik even kak lily pun terpesona melihat busana yang mereka kenakan, syantik-syantik bangat. 


Apa yang lebih menarik, di malam bersejarah ini juga Matxi Corp telah mengumumkan mengenai pelaburan stategik yang melibatkan kumpulan Malaysia yang mana transformasi daripada Matxi S.G ke Matxi Corp. Ini adalah bagi membuka peluang syarikat ini melebarkan sayap mereka melangkah masuk ke pasaran antarabangsa 



Pelbagai persembahan telah dipertontonkan sangat menarik terutama sekali tarian lampu LED daripada pemenang Asian Got Talent baru-baru ni, even kak lily pun rasa teruja bila melihatnya. 

Antara acara yang dinantikan selain daripada persembahan dan pemberiaan penganugerahan adalah kemunculan orang-orang kuat syarikat dari setiap negara. Di mana pada awal pembukaan majlis juga telah diserikan dengan ucapan ringkas daripada CEO syarikat dari setiap negara yang hadir. 

Antaranya adalah seperti Miss Luck Kim (CEO Matxi Corp Korea) , Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd), Miss Nung (CEO Matxi Corp Vietnam), Mr Kenny (CEO Matxi Corp Malaysia) dan Miss Jenny (CEO Matxi Corp USA). 


Dengan kemunculan CEO memberi ucapan yang sangat ringkas dan padat mempu menarik semangat pengedar produk Matxi untuk lebih bekerja keras memajukan perniagaan mereka. 

Ini kerana dengan semangat dan konsisten dalam perniagaan ini mereka boleh berjaya dan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik. 

Ada juga persembahan daripada artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim. 


Majlis penyampaian anugerah kepada ahli-ahli yang bergelar director

Siapa sangka dalam 2 tahun beroperasi Matxi Corp boleh mencapai kecemerlangan yang boleh dibanggakan. Di mana Matxi Corp (Vietnam) dulu dikenali sebagai Matxi S.G ianya adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn. Bhd. Untuk pengetahuan semua, Matxi Corp ditubuhkan bagi membantu individu dan syarikat yang mahukan jualan yang suskses melalui perjalanan hala tuju yang strategik dan teratur. Selain itu Matxi Corp juga memberi sokongan dari segi latihan perniagaan dan pembangunan manusia. 

Tidak hairanlah untuk tempoh 2 tahun beroperasi, syarikat ini berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa dengan sistem profesional terbaik terutama di negara Vietnam dan lain-lain dengan lebih daripada 20,000 jumlah pengedar dan agen (untuk rekod 2019).

"Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik"

Slogan ini dipegang bukan hanya untuk pengedar dan agen bahkan buat pengguna produk dan perkhidmatan Matxi Corp. Rentetan daripada matlamat Matxi Corp itu sendiri yang mahu memberikan yang terbaik bukan sahaja kepada pengguna (pelanggan) bahkan meliputi kepada komuniti, rakan kongsi dan juga pelabur.

Matxi Corp telah mengurangkan 10% keuntungan bulanan bagi tujuan untuk membantu serta meringgankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Usaha yang sangat murni. Apatah lagiMatxi Corp juga telah menubuhkan Rumah Ah Nien di bawah Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan juga warga tua.

Antara industri yang disertai oleh Matxi Corp seperti:- 

- Hartanah 

- Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak 

- Percetakan dan Pembungkusan 

- Syarikat Penyelenggaraan Acara 

- Produk Kesihatan dan Kosmetik 

- Restoran 

Siapa sangka banyak dan besar juga penglibatan syarikat Matxi Corp ini dalam industri yang begitu dengan keperluan masyarakat. 

Kak lily juga dapat melihat beberapa produk keluaran Matxi Corp ini, antaranya seperti kosmetik - lipstik, suplemen kesihatan seperti kolagen, ekstrak tongkat ali dan pelbagai lagi. 



Dan ada banyak lagi produk kesihatan dan barangan kosmetik. Apa yang pasti ke semua produk ini telah melalui penyelidikan secara klinikal yang terperici ini kerana Matxi Corp mempunyai pusat R&D mereka sendiri untuk mengkaji dan sentiasa meningkatkan kualiti produk mereka. 

Matxi Corp juga ada menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan termasuklah Malaysia bagi memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan serta aliran operasi mengikut piawaian yang paling ketat. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Instagram:

Facebook: 


Moga kumpulan Matxi Corp terus sukses bagi membantu masyarakat dunia untuk hidup lebih selesa dan berjaya. 





#MATXICorp 
#YouDeserveABetterLife


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!